Saya ingin respon kepada kenyataan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian keluaran 23 Mac 2013, muka surat 17 edisi Lembah Kelang bahawa pimpinan PAS Negeri Selangor dan Exco-Exco PAS Negeri Selangor gagal membangkitkan isu-isu berkaitan kepentingan umat Islam di negeri ini. Respon-respon saya adalah, 1.) Kebanyakan isu-isu tersebut dibincang secara dalaman sama ada di dalam mesyuarat Exco atau di dalam mesyuarat di antara PAS Selangor dan Menteri Besar. 2.) Ianya juga dibincang di dalam mesyuarat mingguan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. 3.) Mesyuarat di antara Menteri Besar dan PAS Selangor yang akan datang adalah pada 29 Mac depan. 4.) Perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat Exco sudah tentu tidak boleh dibawa oleh mana-mana Exco untuk dibincangkan secara terbuka di luar mesyuarat. 5.) Saya hairan kenapa Datuk Hasan tidak sedar akan amalan ini walaupun pernah menjadi Exco selama hampir 4 tahun. 6.) Amalan ini adalah selari dengan lafaz sum