Skip to main content

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD : PENCEROBOHAN TAMAN PERMAINAN UNTUK BILIK GERAKAN PILIHANRAYA DIKESALI.

Tindakan pihak yang meletakkan kabin di atas taman permainan dan tanah rizab amat dikesali dan dibimbangi akan digunakan untuk bilik gerakan pilihan raya.

Kabin-kabin telah mula diletakkan di kawasan Dewan Negeri Chempaka sejak awal tahun ini walaupun tidak mendapat kebenaran daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Berdasarkan maklumat daripada penduduk tempatan, kabin-kabin itu telah disumbangkan oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Dato' Seri Ong Tee Keat.

Penduduk tempatan mendakwa kabin itu akan digunakan sebagai bilik gerakan beliau untuk pilihanraya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Saya berharap beliau akan tampil ke hadapan memberi penjelasan sekiranya dakwaan penduduk adalah tidak benar.

Adalah menjadi polisi Kerajaan Negeri Selangor untuk tidak membenarkan kawasan-kawasan lapang, taman-taman permainan dan tanah-tanah rizab dicerobohi.

Kejadian di Chempaka ini telah dibangkitkan pada Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 20 Februari 2013 dan YAB Dato' Menteri Besar Selangor akan bertemu dengan Dato' Bandar dan Yang Dipertua Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan pada 22 Februari ini.

Tindakan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dilihat sebagai terlalu perlahan kerana tapak kabin itu dan kawasan di sekelilingnya boleh disimen tanpa sebarang tindakan daripada mereka. Sudah tentu kerja-kerja ini memakan masa beberapa hari.

Kabin yang diletakkan itu telah mengurangkan kawasan untuk orang ramai terutamanya kanak-kanak berekreasi. Tindakan membolot kawasan untuk orang ramai bagi kegunaan kelompok tertentu adalah satu tindakan yang tidak sensitif kepada keperluan rakyat dan juga tidak bermaruah.

Sebelum ini terdapat penduduk yang meminta saya menyokong permohonan mereka untuk meletakkan kabin di atas kawasan lapang, taman permainan dan tanah rizab. Walau bagaimanapun saya tidak pernah menyokong mana-mana permohonan tersebut.

Saya bertegas bahawa kawasan-kawasan tersebut adalah untuk kegunaan seluruh rakyat dan tidak wajar dimonopoli oleh sesiapa.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor / Ahli Dewan Negeri Chempaka
21 Februari 2013


Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...