Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB, MSTAR ONLINE. 26 NOV 2012, SHAH ALAM : Kerajaan negeri Selangor pada Isnin menafikan penubuhan Skim Rondaan Kejiranan (Seroja) untuk mensabotaj Rukun Tetangga yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan kerajaan negeri, Iskandar A. Samad berkata, Seroja bukan untuk bersaing dengan Rukun Tetangga. "Timbul tuduhan bahawa kerajaan negeri cuba sabotaj Rukun Tetangga dan juga Skim Rondaan Sukarela (SRS). Kita bukan nak sabotaj tetapi sebagai sokongan kepada Rukun Tetangga. "Ini kerana di pangsapuri tidak ada Rukun Tetangga, tidak ada SRS," katanya kepada para pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Isnin. Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka berkata, beliau berharap agar Kerajaan Persekutuan tidak memandang serong terhadap usaha kerajaan negeri dalam menubuhkan Seroja yang didakwa mahu mensabotaj Rukun Tetangga. "Perumahan ini adalah tanggungjawab Ke