Tuesday, December 20, 2011

20/12/2011 - Telah mempengerusikan Dialog Mekanisme Penyelenggaraan Kuota Perumahan Bumiputera di SUK, Shah Alam.

Isu kuota perumahan Bumiputera melibatkan kepentingan 2 pihak iaitu pemaju dan masyarakat Bumiputera. Oleh itu, saya telah menjemput kedua-dua pihak.

Bagi pihak pemaju, REHDA dan FIABCI telah menghantar delegasi yang ramai. Lebih 10 orang telah mewakili REHDA.

Tetapi malang sekali hanya 1 NGO Melayu/Islam yang hadir.