TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN YB ISKANDAR A. SAMAD, EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN PERUMAHAN NEGERI SELANGOR 31 MAC 2011.
PEMBERIAN AIR PERCUMA SECARA TERUS KEPADA PENDUDUK PEMBANGUNAN KOS RENDAH BERSTRATA. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekelian yang telah menyentuh tentang pemberian air percuma 20 meter padu kepada penduduk di pembangunan-pembangunan kos rendah. Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat-Yang Berhormat terhadap nasib begitu ramai penduduk rumah kos rendah itu yang tidak mendapat air percuma kerana tidak mempunyai meter individu. Tindakan awal Kerajaan Negeri adalah untuk menggalakkan migrasi dari meter pukal kepada meter individu. Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan dengan Syabas agar proses migrasi ini dapat dipercepatkan dan dipermudahkan. Kerajaan Negeri mahu Syabas melonggarkan syarat-syarat migrasi dan telah berlaku sedikit kelonggaran. Walau bagaimanapun, proses migrasi ini masih tidak cukup pantas. Masih ramai yang tidak mendapat air percuma. Oleh itu, tindakan seterusnya Kerajaan Negeri adala