Sunday, November 7, 2010

Kelulusan Syabas punca lebih 100,00 tidak dapat air percuma.

18,440 pangsapuri PKNS tidak mendapat air percuma oleh kerana Syabas tidak meluluskan migrasi walaupun PKNS bersetuju akaun bagi unit-unit yang pemiliknya tidak dikesan dibuka di atas nama PKNS. Air percuma hanya dapat diberi setelah migrasi dilakukan.

Syabas mahukan semua unit membuka akaun sebagai syarat untuk melakukan migrasi dari meter pukal kepada meter individu tetapi apabila PKNS bersetuju untuk bertanggung jawab, Syabas masih tidak membenarkan migrasi.

Dengan itu, niat hampir 100,000 rakyat Selangor untuk mendapat air percuma tidak tercapai akibat dari birokrasi ini.

AGEN INFAQ ISTIQAMAH TERIMA INSENTIF TIGA BULAN.

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Agen Infaq Istiqamah kini akan menerima insentif bersamaan tiga bulan sumbangan bagi setiap peserta baharu yang berja...