Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

KENAPA HENDAK MEMAKSA BELIA ISLAM MINUM ARAK?

Saya tidak faham kenapa ada yang marah apabila hendak diadakan peraturan melarang atau menyusahkan umat Islam untuk membeli arak. Umat Islam bukan hendak menyekat orang bukan Islam meminum arak tetapi sekadar hendak memastikan umat Islam terutamanya para belia tidak dirosakkan oleh arak. Kenapa susah sangat hendak memahami? Saya lihat masalah arak di kalangan belia Islam membimbangkan. Saya pernah menghalang seorang remaja Islam membeli arak di kedai 7-11 di Pandan Indah. Di padang permainan berdekatan rumah saya di Taman Kencana kadang-kala penuh dengan botol-botol arak kosong yang dibeli di pasaraya KK yang berhampiran. Saya tahu yang minum bukan orang Cina atau India kerana mereka boleh minum di "pub" dan "bar". Semua ini membimbangkan umat Islam terutamanya yang mempunyai anak-anak remaja. Seolah-olah ada "tangan-tangan ghaib" yang mahu memusnahkan belia-belia Islam. Saya pernah terlibat di dalam bantahan terhadap sebuah kedai 7-11 di AU2, Taman Seri K

Pakatan Rakyat Guna Logo Sama?

Saya bersetuju dengan cadangan tersebut. Ia akan menampakkan kesatuan dan perpaduan pakatan tersebut. Tetapi .......... Tetapi perlulah diputuskan beberapa perkara pokok dahulu. Apabila menggunakan satu logo bermakna perlu ada peraturan dan perlu ada undang-undang. Perkara ini perlu dipersetujui terlebih dahulu. Sekarang ini kita difahamkan ada satu perjanjian persefahaman tetapi dengan satu logo bukan sekadar satu perjanjian yang diperlukan. Mesti ada peraturan-peraturan tentang gabungan ini walaupun setiap parti mengekalkan organisasi dan identiti masing-masing. Bukan peraturan yang diandai-andaikan, sesuatu yang konkrit. Sesuatu yang boleh dirujuk apabila timbul sebarang perbezaan pendapat. Juga perlu ada struktur organisasi yang jelas di semua peringkat. Dari peringkat kebangsaan hingga sekurang-kurangnya ke peringkat DUN. Siapa pula yang memimpin di negeri-negeri juga perlu jelas. Siapa yang memimpin di Selangor, siapa yang memimpin di Kedah, siapa yang memimpin di Perak dan seter

PAS JUMPA UMNO?

Betulke Mursyidul Am mahu PAS bekerjasama dengan UMNO? Atau kerajaan Negeri bekerjasama dengan kerajaan Pusat? Kalau kerjasama antara parti tidak mungkin tetapi kerjasama kerjasama antara kerajaan memang perlu. Negara kita mengamalkan sistem Persekutuan. Kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri ada tanggungjawab masing-masing. Perlu ada kerjasama untuk kebaikan rakyat. Ada perkara di bawah kerajaan Negeri dan dan ada perkara di bawah kerajaan Pusat. Tetapi tanpa kerjasama sesuatu perkara tidak dapat dilaksanakan. Contohnya pendidikan. Kerajaan Pusat membina sekolah tetapi kelulusan tanah adalah di bawah bidangkuasa kerajaan Negeri. Kalau kerajaan Negeri tidak lulus, sekolah tidak dapat dibina. Di dalam pengangkutan pula, PBT mungkin mahu mewujudkan perkhidmatan bas mereka sendiri tetapi tidak akan dapat dilakukan tanpa lesen dari kerajaan Pusat melalui LPKP. Oleh itu perlu ada hubungan dua hala. Bukankah cukai-cukai dipungut oleh kerajaan Pusat dari rakyat tidak kira dari negeri Pakatan atau

PAS CALONKAN MASYARAKAT INDIA SEBAGAI AHLI MAJLIS PIHAK KERAJAAN TEMPATAN (PBT) DI SELANGOR.

PAS telah mencalonkan nama-nama pemimpin India sebagai ahli-ahli Majlis PBT. Sebagai satu usaha untuk mengiktiraf kebolehan mereka dan meyakini kemampuan mereka, PAS telah mencalonkan beberapa orang dari Kelab Penyokong PAS. Terdapat beberapa orang lagi ahli-ahli Majlis yang masih belum dilantik oleh Kerajaan Negeri. Mereka yang dicadangkan oleh PAS adalah, 1. Deepakaran A/L Karuppiah - Majlis Perbandaran Klang 2. Mativanan A/L Subramaniam - Majlis Perbandaran Sepang 3. B. Sivabalan A/L N. Balasundram - Majlis Daerah Kuala Selangor Maka PAS bukan lagi sebuah parti yang hanya memikirkan kepentingan orang Islam dan orang Melayu sahaja. Pencalonan ini adalah satu bukti bahawa PAS memperjuangkan nasib semua kaum tidak mengira bangsa. Oleh itu, saya berharap Menteri Besar dan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Selangor yang lain bersetuju dengan pencalonan-pencalonan itu. Selain dari mereka masyarakat India, PAS juga telah mencalonkan nama-nama mereka yang aktif di dalam pertubuhan-pertubuha

SIASAT HINGGA JAM 3.00 PAGI .......

Akhirnya satu Suruhanjaya Diraja atau Royal Commission untuk menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock telah ditubuhkan. Di antara perkara yang rakyat diberitahu akan disiasat adalah cara penyiasatan SPRM. Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi tetapi hendak komen sikit tentang satu perkara yang nyata. Yang nyata, Teoh disoalsiasat hingga jam 3.00 pagi, 16 Julai. Dia dibawa ke pejabat SPRM pada jam 6 petang, 15 Julai, hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri Selangor. Hari itu adalah yang paling sibuk dan meletihkan bagi para Exco dan ADUN serta kakitangan mereka. Maka apa yang cuba dilakukan oleh SPRM apabila menyoal siasat Teoh sehingga jam 3.00 pagi? Lebih-lebih lagi setelah satu minggu dewan bersidang. Satu tindakan yang tidak beperikemanusian! Satu jenayah! Satu kekejaman! Datuk Nazri Abdul Aziz kata SPRM telah menggunakan strategi soalsiasat yang sama sejak berpuluh tahun. Oleh itu, bukankah masanya untuk dikaji semula cara-cara soalsiasat yang

SOALAN NO. 60 - PERANCANGAN PERUMAHAN NEGERI SELANGOR UNTUK 5 TAHUN AKAN DATANG.

Menurut kajian, bilangan unit kediaman yang diperlukan bagi Negeri Selangor bagi tahun 2015 adalah 1,519,678 berbanding dengan 1,224,948 bagi tahun 2010. Ini adalah satu penambahan sebanyak 294,730 unit. Daerah terbanyak adalah Petaling dengan 434,948, Klang 263,839 dan Hulu Langat 293,375. Menurut laporan terkini, jangkaan jumlah unit kediaman yang akan siap pada tahun-tahun 2009 ke atas berdasarkan kelulusan bangunan adalah 97,903. Pecahannya adalah, 1. Rumah kos rendah – 19.2% (18,764 unit) 2. Rumah kos sederhana rendah – 11.9% (11,659 unit) 3. Rumah kos sederhana – 41.9% (40,981 unit) 4. Rumah kos tinggi – 27.0% (26,499 unit) Secara tradisi, kerajaan negeri tidak secara langsung membina rumah untuk rakyat tetapi ia dilakukan menerusi 2 cara iaitu, 1. Melalui polisi dengan meletakkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemaju-pemaju perumahan. 2. Pembinaan rumah oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri. Dari segi polisi, syarat-syarat berikut pe

JAWAPAN KEPADA SOALAN NO. 35 - STATUS RUMAH EXCO SELANGOR.

(A) APAKAH PERANCANGAN JANGKAPENDEK DAN JANGKAPANJANG KERAJAAN NEGERI TERHADAP TEMPAT KEDIAMAN EXCO SELANGOR? Rumah-rumah Exco itu sekarang dikenali sebagai Banglo-Banglo Kerajaan Seksyen 7, Shah Alam. Dari 10 unit banglo, 2 unit sedang didiami oleh YB Pegawai Kewangan Negeri dan YB Penasihat Undang-Undang Negeri. Sementara Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan 2 unit untuk didiami oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Syar’ie dan Yang Arif Hakim Syari’ie. Untuk 6 unit selebihnya, De Palma Hotels Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat PKNS telah bersetuju untuk mempromosi dan menguruskannya. Ianya akan dipromosikan untuk sewaan jangkapanjang dan jangkapendek sama ada untuk tetamu-tetamu Kerajaan Negeri, agensi-agensi Kerajaan Negeri atau anak-anak syarikat Kerajaan Negeri seperti pelabur-pelabur atau orang-orang kenamaan yang lain. Selain dari itu, De Palma akan juga memasarkan banglo-banglo itu untuk acara-acara khusus seperti mesyuarat berprofil tinggi dan perjumpaan-perjumpaan korpor

TUKAR EXCO? ROMBAK DAHULU STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI!

Ada yang berkata tukar Exco. Ada yang kata bawa masuk muka-muka baru! Sebelum kita mengambil apa-apa tindakan, saya kata kita teliti dahulu apa masalahnya. Jika benar-benar ada masalah. Telah banyak kali saya suarakan sama ada di blog ini atau kepada umum bahawa kita perlu rombak struktur pentadbiran kerajaan negeri. Exco hanyalah Pegerusi Jawatankauasa Tetap berlainan dari Menteri di peringkat kerajaan pusat. Mereka ada Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan ramai lagi kakitangan yang bertanggung jawab dan "answerable" kepada beliau. Tetapi apa yang ada pada Exco? Benar ada jabatan-jabatan kerajaan tetapi terpaksa dikongsi bersama Exco-Exco lain. Tidak ada jabatan benar-benar di bawah Exco. Ianya terpisah dari Exco-Exco. Kena tunggu giliran. Kena menagih simpati. Ini tidak adil bagi Exco yang melihat perancangan mereka lambat dilaksanakan. Juga tidak adil kepada kakitangan kerajaan yang

Soalan No. 5 : Jawapan oleh YB Iskandar Abdul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan.

(a) Berapakah projek yang telah diambil alih oleh pemaju baru? Sila senaraikan. - Jawatankuasa Task Force Projek Terbengkalai telah ditubuhkan pada Jun 2008 dengan 3 syarikat bekerjasama dengannya. - Sejak itu 1 telah menarik diri dan 2 yang lain telah menawarkan diri. - Dipengerusikan oleh YB Hulu Kelang. (YB Saari Sungib) - Tugasnya mengkaji dan menilai projek-projek terbengkalai dan mengenal pasti projek-projek yang berpotensi untuk dipulihkan. - Seterusnya mencari pihak-pihak yang berminat untuk menyelamatkannya. - Sehingga 30 Jun 2009, sejumlah 42 projek terbengkalai telah diambil alih oleh pemaju/kontraktor yang baru. - Selain dari itu dari bulan Jun 2008 hingga Disember 2008, sebanyak 8 projek telah di siapkan di mana di antaranya hasil dari pemantauan yang terperinci oleh Kerajaan Negeri. - Sebagai rumusan, Jumlah projek terbengkalai Jun 2008 – 141 Jumlah aduan baru dari Jun 2008 hingga Jun 2009 - 10 Jumlah yang dinilai oleh Task Force perlu diberi perhatian atau perlu dikaji –

WAJIB TUKAR KE METER INDIVIDU

Menteri Besar Selangor hari ini di dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) mewajibkan setiap pembangunan perumahan bertingkat yang belum mempunyai meter individu menukar ke meter individu. Para pemaju, ejen pengurusan, MC dan JMB mesti berbincang dengan Syabas untuk pertukaran atau migrasi ini. Sebelum ini Syabas hanya membenarkan migrasi jika 100 peratus pemilik bersetuju dan sebarang tunggakan kepada Syabas diselesaikan. Sekarang Syabas dan pemaju mestilah menyelesaikan sebarang isu-isu yang boleh menghalang migrasi ini. Mana-mana pemaju yang enggan akan disenarai hitam oleh Kerajaan Negeri. Migrasi akan memberi manfaat kepada penduduk. Dengan meter individu, mereka boleh mendapat 20 meter padu air percuma yang ditawarkan melalui program negeri berkebajikan Pakatan Rakyat. Potongan bekalan air juga tidak akan melibatkan mereka yang membayar bil-bil mereka kerana potongan akan dibuat hanya pada meter-meter mereka yang gagal membayar bukan di meter pukal. Iskandar A. Samad Exc