Satu majlis ramah mesra sempena perasmian sebuah Bilik Gerakan PAS di Kg. Pandan telah berlangsung di Jalan B6, Kg. Pandan pada 3 Februari lalu.
Bilik Gerakan itu telah diresmikan oleh Abdul Jalil Haji Hasan, Pengarah Pilihanraya PAS Pandan.
Di dalam ucapannya, Jalil berharap aktiviti bilik gerakan ini akan dapat membantu PAS ketika pilihanraya umum yang akan datang. Beliau mahu petugas-petugas PAS turun ke padang dan mendekati setiap penduduk di Kg. Pandan.
Turut hadir di dalam majlis petang itu adalah Yang Dipertua PAS Pandan, Iskandar Abdul Samad. Iskandar telah mengingatkan para petugas agar bukan sahaja menumpukan kepada gerak kerja pilihanraya tetapi turut prihatin akan kebajikan masyarakat setempat.
Iskandar juga berharap bilik gerakan ini akan menganjurkan aktiviti-akiviti untuk orang ramai.
Sesuai dengan hasrat PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negera berkebajikan atau "a caring nation", beliau berharap PAS dapat menyumbang kepada rakyat walaupun belum lagi menerajui pemerintahan negara.