Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2008

Awas, perancangan 'jahat' halang calon BA bertanding

Azamin Amin Tue Feb 19, 08 9:21:36 am MYT KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Terdapat perancangan 'jahat' pihak tertentu untuk menghalang parti pembangkang khususnya PAS bertanding di kawasan Parlimen Pandan, Selangor pada pilihan raya umum ke-12. Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan Iskandar Abdul Samad mendakwa ada ura-ura bakal-bakal calon dan pimpinan parti-parti bukan Barisan Nasional (BN) akan ditahan sebelum hari penamaan calon pada 24 Februari supaya BN dapat meraih kejayaan dengan menang tanpa bertanding. "Walaupun desas-desus, kita mengambil perhatian serius tentang dakwaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan media yang difaksmilikan kepada Harakahdaily semalam. Katanya, perkembangan beberapa insiden di Pandan telah mendorong PAS untuk berwaspada dan menggesa supaya pihak-pihak tidak bertanggungjawab melupakan perancangan jahat untuk menjatuhkan PAS dalam pilihan raya akan datang. Antara insidennya ialah pada 26 Januari lalu, seorang anggota cawangan khas Balai P

THE FIFA RANKING AND THE BILIK GERAKAN UMNO

I heard in the news last week that Malaysia has dropped again in the FIFA ranking. We are now behind Pakistan and the Seychelles! I am not surprised as football is now only a tool for the BN politicians to further their political ambitions. Just count the number of UMNO and other BN leaders in the committee of the football associations of the various states. Football is no longer important but the promotion of certain inviduals is! Furthermore, the number of fields where football could be played has decreased. Whether it is the land hungry developer wanting to build condominiums or an arrogant KETUA UMNO CAWANGAN needing a BILIK GERAKAN, playgrounds and fields continue to disappear at an alarming rate. In Pandan Indah, there used to be a wide open space near Block AM behind the DEWAN MPAJ but suddenly a so-called DEWAN ORANG RAMAI sprouted. During its construction, a signboard was put up. According to it, it was the construction of a DEWAN ORANG RAMAI with the blessing of the PEJABAT D

BAGAIKAN PILIHANRAYA DALAM HUTAN?

Ketika saya menulis coretan ini Parlimen belum lagi dibubarkan tetapi ketika anda membacanya kemungkinan besar tarikh pilihanraya umum telah kita ketahui. Walau bila sekalipun pilihanraya diadakan, berdasarkan beberapa perkembangan di peringkat nasional dan di Pandan, saya menjangkakan pilihanraya kali ini adalah yang terkotor dan mungkin terganas sejak 1969. Mungkin senario-senario seperti ini akan berlaku...... Bayangkan di satu malam ketika petugas-petugas kita di sebuah bilik gerakan sedang tidur lena, beberapa buah kenderaan yang membawa samseng-samseng UMNO tiba. Mereka turun dari kereta dan terus menyerang bilik gerakan itu. Memecah masuk, memukul para petugas dan memecahkan apa saja yang ada. Seorang dari petugas sempat menelefon polis dan polis tiba dengan segera. Walau bagaimanapun anggota polis yang tiba hanya menyaksikan kejadian tersebut dari jauh. Membiarkan petugas-petugas kita dibelasah dan membiarkan samseng-samseng UMNO beredar setelah meninggalkan petugas kita parah

PERASMIAN BILIK GERAKAN PAS DI KG. PANDAN

Satu majlis ramah mesra sempena perasmian sebuah Bilik Gerakan PAS di Kg. Pandan telah berlangsung di Jalan B6, Kg. Pandan pada 3 Februari lalu. Bilik Gerakan itu telah diresmikan oleh Abdul Jalil Haji Hasan, Pengarah Pilihanraya PAS Pandan. Di dalam ucapannya, Jalil berharap aktiviti bilik gerakan ini akan dapat membantu PAS ketika pilihanraya umum yang akan datang. Beliau mahu petugas-petugas PAS turun ke padang dan mendekati setiap penduduk di Kg. Pandan. Turut hadir di dalam majlis petang itu adalah Yang Dipertua PAS Pandan, Iskandar Abdul Samad. Iskandar telah mengingatkan para petugas agar bukan sahaja menumpukan kepada gerak kerja pilihanraya tetapi turut prihatin akan kebajikan masyarakat setempat. Iskandar juga berharap bilik gerakan ini akan menganjurkan aktiviti-akiviti untuk orang ramai. Sesuai dengan hasrat PAS untuk menjadikan Malaysia sebuah negera berkebajikan atau "a caring nation", beliau berharap PAS dapat menyumbang kepada rakyat walaupun belum lagi mene