Thursday, July 12, 2012

BUKIT BOTAK : UMNO CUBA RAMPAS KEJAYAAN PAKTAN RAKYAT, BERI TAWARAN PALSU.

KAJANG, 2 JULAI 2012 : Gara-gara dengki dengan kejayaan Pakatan Rakyat  Selangor menyelesaikan masalah Projek Perumahan Bukit Botak, pemimpin Umno Selangor sekali cuba merampas kejayaan tersebut dengan menawarkan harga yang tidak munasabah kepada peserta skim itu.

Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad, ADUN dari Umno Selangor sekarang berlumba-lumba untuk menonjolkan diri sebagai wira bagi menyelesaikan apa yang mereka sendiri gagal selesaikan selama lebih 20 tahun,

"Apa yang saya tahu, ada ADUN Umno tawarkan harga antara RM60 ribu hingga RM70 ribu. Lepas tu ada lagi seorang lagi ADUN Umno menawarkan RM42 ribu.

"Saya bimbang nanti ada pula YB Umno yang tawarkan harga RM10 ribu pula, jadi macam sarkis.

"Ini bukannya jual beli ikan, tetapi melibatkan berjuta-juta ringgit, lagipun harga yang kita tawarkan jauh lebih rendah dari harga sebenar," kata Iskandar ketika ditemui selepas Majlis Dialog Bersama Penduduk Pangsapuri Anggerik di sini baru-baru ini.

Masalah Projek Perumahan Bukit Botak yang lebih 20 tahun terbengkalai dan gagal diselesaikan oleh pentadbiran Umno-BN yang lama akhirnya berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang lima tahun setelah Pakatan Rakyat menerajui Selangor.

Kerajaan Selangor menawarkan harga RM99,000 kepada peneroka asal kawasan ini dan jauh lebih rendah berbanding harga sebenar yang mencecah lebih RM160,000.

Pengurangan harga dibayar subsidi sebanyak RM 79.6 juta oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Iskandar turut mengingatkan pembeli unit kediaman Projek Perumahan Bukit Botak agar tidak termakan dengan tawaran palsu Umno.

"Saya harap penduduk tak percaya sebab dah lebih 20 puluh tahun, mereka tak buat apa, tak diselesaikan.

"Bila kita berjaya selesaikan dalam masa tak sampai lima tahun pentadbiran Pakatan Rakyat, mereka tawarkan macam-macam pula," ujarnya lagi. - NAZLI IBRAHIM, Media SelangorKu.

77,378 UNIT KEDIAMAN GUNA METER PUKAL DAPAT AIR PERCUMA.


SHAH ALAM, 12 JULAI 2012 : Sebanyak 77,378 unit kediaman pangsapuri yang masih menggunakan meter air pukal di Selangor telah menerima rebat air percuma semenjak program ini diperkenalkan pada Jun 2010.

Demikian ujar Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pagi ini.

"Semenjak rebat air percuma diperkenalkan pada Jun 2010, lebih kurang RM11.87 juta nilai rebat air percuma telah diberi kepada 250 kawasan kemajuan pangsapuri yang terdiri daripada 77,378 unit kediaman," kata Iskandar di hari terakhir persidangan Dun itu.

Selain itu, Iskandar turut memberitahu, sistem kupon yang digunakan pada awal program rebat air percuma telah dimansuhkan berikutan beberapa masalah seperti salah guna kupon oleh pihak pengurusan bangunan dan kelewatan tuntutan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Selain itu, Kerajaan Negeri juga terpaksa menanggung kos tambahan bagi kerja-kerja mencetak kupon.

"Jesteru itu pada 2011, penggunaan kupon telah dimansuhkan dan diganti dengan kaedah pengebilan amaun rebat air percuma secara automatik pada bil air unit kediaman setiap pembeli.

"Kaedah baru ini lebih telus, mudah dan sukar untuk disalah guna oleh pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Jawatankuasa Bersama (JMC).

"Pada 2012, kaedah pemberian air percuma dipermudahkan melalui konsep 'Lapor dan Dapat' dengan format tuntutan kepada Syabas yang lebih ringkas supaya pengagihan rebat air percuma dapat dibuat secara lebih berkesan dan meluas kepada semua pangsapuri kos rendah di Negeri Selangor," jawab Iskandar lagi. - Nazli Ibrahim, Media SelangorKu.

Saturday, July 7, 2012

Tingkatkan keselamatan di tempat letak kereta hypermarket.

Pasar raya besar atau hypermarket mesti mempertingkat kawalan keselamatan di tempat letak kereta mereka.

Pada 3 Julai lepas seorang wanita telah diserang dan cuba dirompak di sebuah hypermarket di Ampang.

Wanita yang malang itu telah ditikam dan dikelar di leher dan tangan beliau di dalam cubaan rompakan tersebut.

Kejadian itu telah berlaku di tempat letak kereta hypermarket tersebut.

Paling mengejutkan serangan itu berlaku di siang hari iaitu pada jam 2.30 petang.

Oleh yang demikian, saya menggesa agar semua hypermarket mempertingkatkan keselamatan di tempat letak kereta mereka.

Mereka mestilah menambah bilangan pengawal keselamatan di tempat-tempat letak kereta itu dan meningkatkan kekerapan rondaan.

Pihak pengurusan hypermarket-hypermarket mestilah mengadakan perbincangan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk mengenalpasti tindakan-tindakan agar kejadian 3 Julai itu tidak berulang.

Pihak Polis juga perlu meningkat rondaan oleh anggota-anggota mereka.

Serangan minggu lepas itu membuktikan bahawa penjenayah-penjenayah semakin berani di dalam tindakan mereka. Perkembangan sedemikian tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan
Dan Setinggan
Negeri Selangor /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
8 Julai 2012

Friday, July 6, 2012

KENYATAAN AKHBAR : MENTERI BESAR SELANGOR AKAN BERTEMU DENGAN PEMBELI-PEMBELI RUMAH KOS RENDAH BLOK E, PJS1, PETALING JAYA.

Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan kesemua 276 pembeli Rumah Kos Rendah Blok E, PJS1, Petaling Jaya.

Pertemuan tersebut akan diadakan pada hari Ahad 15 Julai ini, jam 12.30 tengah hari. Tempat di mana pertemuan ini akan diadakan akan ditetapkan kemudian. Tetapi ia akan diadakan di tempat di mana pembeli-pembeli tersebut mudah untuk hadir.

Dato' Menteri Besar berharap kesemua pembeli-pembeli dapat menghadiri pertemuan tersebut dan akan mengambil peluang bertemu dengan beliau untuk mengutarakan sebarang masalah dan kemusykilan.

Beliau berhasrat untuk mendengar sebarang masalah yang dihadapi oleh pembeli-pembeli terus dari mereka sendiri dan bukan dari mana-mana pihak ketiga.

Perjumpaan yang akan diadakan menafikan sebarang tuduhan bahawa Dato' Menteri Besar enggan bertemu dengan pembeli-pembeli itu dan Kerajaan Negeri tidak mengambil berat nasib mereka.

Iskandar Abdul Samad
Exco Peumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
7 Julai 2012

Saturday, June 30, 2012

EXCO PERUMAHAN MAHU PEMAJU DAN PENDUDUK BINCANG "WIN-WIN SOLUTION".

Taman Nirwana, Ampang, 30 Jun 2012 - Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, YB Iskandar A. Samad, mahu pemaju Sri Seltra dan penduduk membincangkan satu "win-win solution" (penyelesaian menang-menang) untuk projek pemaju tersebut yang sedang dibina di Taman Nirwana.

Beliau berkata sedemikian setelah mempengerusikan satu majlis penerangan awam petang tadi di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana.

Penerangan awam itu adalah di atas arahan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor atau MTES berikutan bantahan dari penduduk tempatan terhadap projek itu.

YB Iskandar berkata Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menangguhkan kelulusan projek pembangunan perniagaan dan apartment servis itu apabila penduduk telah membantah tetapi telah meluluskannya pada bulan Disember 2011 setelah pemaju mengurangkan jumlah tingkat dari 25 tingkat kepada 16 tingkat.

Walau bagaimanapun penduduk hingga ke hari ini terus membantah. Menurut mereka projek itu akan memberi kesan kepada penduduk di Taman Nirwana, Kg Pandan, Taman Putra Sulaiman, Taman Chempaka dan Taman Dagang.

Oleh itu, Iskandar mahu pemaju mencadangkan satu "win-win solution" yang boleh meredakan kemarahan penduduk.

Beliau berkata, ia penting kerana ketegangan seperti ini jika berterusan akan memberikan kesan yang buruk kepada projek tersebut sama ada semasa atau selepas pembinaan.

Pada sessi soal jawab petang tadi, Haji Abdul Hamid Hussin TYDP MPAJ, En Nizam Pengarah Perancang MPAJ dan wakil Sri Seltra En Wong telah hadir untuk berdialog dgn penduduk.

En Nizam telah menjelaskan bahawa projek tersebut telah mematuhi segala peraturan perancangan dan telah melalui beberapa siri dialog bersama AJK Persatuan Penduduk Taman Nirwana Fasa 2

Lebih 250 orang telah menghadiri majlis penerangan petang tadi - Chempaka Kini.

EASIER PAYMENT TERMS FOR SKIM CERIA RECIPIENT.

SHAH ALAM : Recipients of the state government's Skim CERIA no longer need to pay a deposit before repairs and upgrades on their flats can begin.

easier


Pangsapuri Teratai had its blocks' roofs repaired and upgraded under the Skim CERIA programme. Pic by Nurul Syazana Rose Razman


State executive councillor for Housing, Building Management and Squatters, Iskandar Abdul Samad, said repairs could begin as long as the management committees, joint management bodies or residents' associations signed agreements  to pay the amount owed.

"Previously, they had to pay  five per cent advance on their share of 20 per cent for repairing low-cost flats," he said, adding that the state had decided to relax the scheme's criteria during an exco meeting that was held recently.

The residents could later pay the  balance 15 per cent with a monthly maximum repayment of RM50  over a number of months or years, while the state bears 80 per cent of the costs. The flats' committees or associations can also choose to repay their debt using their sinking funds.

An exco meeting will be held to discuss whether the same terms can be applied to medium-cost homes.  

Currently,  residents have to pay a five per cent advance on their share of 40 per cent of the cost of repairs. The government will bear the rest of   the cost. The monthly repayment in this instance is up to RM100 per person.

The recent exco meeting also decided that the state Housing Board and the Selangor State Development Corporation (PKNS) would co-manage the fund. Previously, it was solely handled by PKNS.

Iskandar added that contractors and developers outside PKNS would also be allowed to bid for contracts through open tenders.

"We would begin advertising for tenders for phase three in a month's time," he said, adding that it was targeting to complete repair  and upgrade works in 100 homes by year-end.

The scheme is open to all low-and medium-cost flats and apartments in Selangor. Skim Mesra has so far completed works on 17 flats under Phase 1 of the project and  34 under Phase 2. In Phase 3, it would be  giving a facelift to 70 flats and apartments.

"The flats are selected based on our own site visits and through the recommendation of   assemblymen. However,  those who want to apply to the scheme can write to us," he said, adding that based on the state's observation, most rundown flats were in Petaling Jaya and Subang Jaya - Veena Babulal, NST.

Thursday, June 28, 2012

KENYATAAN AKHBAR : ISU PADANG KOMPLEKS SUKAN PKNS, KELANA JAYA.

Saya bersetuju dengan tuntutan agar Kerajaan Negeri menyiasat untuk mengenalpasti siapa yang menukar status tanah padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya selepas ia diluluskan oleh Mesyuarat Exco dan Mesyuarat JK Perancang Negeri.

Sebagai Pengerusi kepada JK Pendengaran Awam untuk Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2), saya berpandangan tindakan menukar rancangan tempatan itu tidak menghormati pendengaran awam yg telah dijalankan.

Sebarang pindaan bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi seolah-olah memperlekehkan usaha dan pandangan mereka yang terlibat dengan pendengaran awam itu.

Siasatan ini juga perlu untuk membersihkan nama MBPJ dan PKNS kerana terlampau banyak tuduhan yang telah dilemparkan kepada mereka.

Ianya juga akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat bahawa perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

YB Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
28 Jun 2012

Monday, June 25, 2012

WAKAF UNTUK TINGKATKAN HUBUNGAN MASYARAKAT.

AMPANG 24 JUN: Kewujudan wakaf komuniti yang menelan kos RM20,000 di Taman Dagang diharap akan meningkatkan lagi hubungan sesama penduduk di sini.

Demikian menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Samad ketika merasmikan Wakaf Rakyat Taman Dagang pagi ini.

"Dengan adanya wakaf ini, saya percaya pelbagai kegiatan dapat dijalankan di sini sekaligus dapat lebih menceriakan dan mengeratkan silaturahim antara sesama penduduk.

"Pembinaan wakaf ini adalah sebahagian dari usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di Selangor termasuklah bagi masyarakat yang mendiami pangsapuri," ujar beliau.

Menurut Iskandar program 'Bersih, Ceria dan Harmoni' ini akan diteruskan di seluruh Selangor.

Selain fokus untuk pembinaan wakaf, program ini turut menyediakan peruntukan untuk sudut belajar dan membaca dan pejabat yang lebih selesa untuk Badan Pengurusan Bersama (JMB) untuk mentadbir.

Sementara itu, beberapa penduduk yang ditemui berharap wakaf yang siap pembinaannya pada Mei lalu, dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan penduduk Taman Dagang.

"Saya harap dengan adanya wakaf ini, pelbagai program dapat dijalankan sekaligus merapatkan penduduk tak kira parti politik.

 

"Di sini kita boleh berbincang dengan lebih santai," menurut seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Zarina.

Aziz Ismail pula berkata wakaf ini turut sesuai dijadikan tempat untuk beristirahat setelah letih berkerja seharian.

"Kerajaan menggalakan masyarakat negara ini supaya lebih erat tak kira bangsa dan agama.

"Selain mengadakan program, sebelah petang kami masyarakat di sini boleh berehat dan bertemu atara satu sama lain, dari tak kenal dah jadi kenal," ujar Aziz - NAZLI IBRAHIM, MEDIA SELANGORKU.


25 Jun 2012 - Lawatan tapak bersama MPAJ untuk kerja-kerja menurap jalan di Taman Chempaka bawah peruntukan MARRIS.

AGEN INFAQ ISTIQAMAH TERIMA INSENTIF TIGA BULAN.

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Agen Infaq Istiqamah kini akan menerima insentif bersamaan tiga bulan sumbangan bagi setiap peserta baharu yang berja...