Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2022

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 1.

BAHAGIAN 1 - KENAPA LAUTAN ITU PENTING? Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Lautan meliputi lebih kurang 70 peratus dari permukaan bumi walau bagaimanapun lautan kerap dilupakan apabila kita berbicara tentang perubahan iklim, pencemaran alam sekitar, pemanasan global dan ancaman-ancaman yang mendesak terhadap planet kita. Justeru Persidangan Lautan Bangsa-Bangsa Bersatu ( UN Ocean Conference ) di Lisbon, Portugal dari 27 Jun hingga 1 ini menjadi harapan kepada para saintis dan aktivis agar satu perubahan dapat dicetuskan. Persidangan ini dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dari lebih 20 negara yang dijangka akan mengumumkan satu deklarasi untuk melindungi lautan kita dari eksploitasi dan untuk memulihkannya. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menegaskan pada persidangan tersebut betapa kita telah mengambil mudah tentang lautan dan akibatnya hari ini kita berhadapan dengan situasi yang dipanggil sebagai "darurat lautan". Katanya kita mesti mem...