Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

Dari Coretan YDP 57 ....... KISAH BUDAK BELANDA.

Bulan lepas terdapat berita yang menggemparkan dari negara Belanda di mana kerajaan di sana bercadang menutup 19 buah penjara kerana bilangan banduan yang tidak mencukupi. Menurut berita tersebut kadar jenayah di negara Eropah itu telah menurun dan terdapat 9,710 banduan berbanding dengan 9,914 pegawai penjara. Terdapat lebih ramai pegawai penjara dari banduan. Ini berbeza dengan Amerika Syarikat di mana bilangan banduan adalah 5 kali ganda bilangan pegawai penjara. Saya telah cuba mencari maklumat yang sama bagi Malaysia tetapi masih belum berjumpa hingga ke saat ini. Selain dari kadar jenayah yang berkurangan, negara Belanda telah memperkenalkan system “electronic tagging” di mana pesalah jenayah ringan dibenarkan pulang ke rumah dan bekerja seperti biasa tetapi setiap gerak-geri mereka dipantau. Saya bukanlah pakar tentang negara Belanda. Ramai dari kita tidak mengetahui banyak perkara tentang negara itu. Yang kita tahu mereka adalah penjajah yang cukup kejam. Merek

CORETAN YDP SIRI 55 - JADILAH SEORANG NEGARAWAN.

Pada 5 Mei Isnin lepas maka genaplah satu tahun PRU 13. Satu pilihan raya yang amat menakjubkan dengan keputusan-keputusan sekali seumur hidup (once in a lifetime results). Bagi kita di Selangor, majoriti di bawah 5,000 dikira kecil. Majoriti tertinggi PAS adalah lebih 16,000 di Seri Serdang. Bagi Chempaka, majoriti kita meningkat dari lebih kurang 1,000 sehingga hampir 10,000 GELOMBANG ABU Ada yang berkata keputusan ini adalah hasil dari kerja keras di peringkat akar umbi. Tetapi ada yang berkata bahawa ia adalah akibat gelombang yang melanda seluruh negara. Gelombang ABU. Gelombang "Asalkan Bukan UMNO" atau "Gelombang Anything But Umno". Mereka berpandangan tidak ada seorangpun yang boleh mendabik dada merekalah yang bekerja begitu keras sehingga mendapat majoriti 7,000, 10,000 atau 16,000. Kesemuanya adalah tsunami rakyat menolak UMNO dan BN. Tetapi pada saya tidak mustahil untuk kita melihat senario yang sama berulang lagi. PRU 2013 mungkin merupa

PENEROKA BANDAR KG. RIMBA JAYA AKAN DAPAT PEMBIAYAAN PERUMAHAN.

Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya mendapatkan persetujuan sebuah bank untuk membiayai bekas peneroka-peneroka bandar (setinggan) Kg Rimba Jaya membeli rumah kos rendah mereka. Peneroka-peneroka tersebut telah menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman biasa daripada bank. Di bawah program ini Kerajaan Negeri akan menjadi penjamin. Program ini adalah sebahagian dari program pinjaman perumahan yang akan diusahakan oleh Kerajaan Negeri sepertimana yang dijanjikan di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum 2013. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri masih belum lagi mendapatkan persetujuan dari mana-mana bank untuk membiayai 2 lagi kes yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri. Kes-kes itu adalah untuk pembeli Rumah Kos Rendah Sg Sering di Hulu Kelang dan peneroka bandar Pandan Jaya. Sekiranya usaha ini gagal maka Kerajaan Negeri perlu mencari jalan penyelesaian lain iaitu tanpa melalui mana-mana bank. Walau bagaimanpun sebarang program pe