Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

PERJUANGAN KELUARGA PENJUAL KAIN BAJU....

Malam tadi lebih kurang jam 11.15 ketika melalui tapak pasar malam Taman Kencana saya telah ternampak satu keluarga yang sedang mengemas. Mereka memang setiap minggu menjual kain baju di situ. Turut bersama adalah kanak-kanak yang berumur sekitar 5 hingga 8 tahun. Amat menyedihkan kerana kanak-kanak lain mungkin telah nyeyak tidur tetapi kanak-kanak ini terpaksa keluar berniaga dengan ibu bapa mereka. Begitulah keadaannya setiap minggu. Begitu gigih usaha mereka.  Pengorbanan keluarga itu patut menjadi pengajaran kepada mereka yang hanya mengharapkan bantuan atau subsidi. Mereka yang merasakan masyarakat atau kerajaan WAJIB membantu mereka walaupun mereka itu sihat walafiat dan berkemampuan. Walaupun Allah SWT mengurniakan kesihatan dan akal fikiran namun mereka enggan memanfaatkannya. Mungkin budaya ini telah sebati dalam masyarakat kita sejak berpuluh tahun. Adakah ia salah Kerajaan Barisan Nasional? Atau salah semua kerajaan termasuk Kerajaan Pakatan Rakyat? Pada hakikatnya rakyat p

PEMUNGUT KOTAK YANG MULIA

Ketika ada yang meminta projek dari saya agar dapat menyara kehidupan, saya mendapat tahu ada pemungut kotak dan besi buruk berbangsa Rohingya yang boleh mendapat sehingga RM150 hingga RM200 sehari. Seorang kawan memberitahu terdapat ahli jemaah surau beliau yang berbangsa Rohingya dan dia yang membayar bil elektrik surau itu, lebih RM200, yang selalunya ditampal di papan tanda surau. Dari peristiwa te rsebut dapatlah diketahui pendapatan sebenar pemungut kotak dan besi buruk ini. Mungkin sehinggga RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Oleh itu, lain kali apabila berjumpa dengan pemungut kotak dan besi buruk yang berkereta tolak, janganlah kita pandang mereka hina.  Pertama, mereka telah berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal tanpa bantuan atau subsidi dari sesiapa.  Kedua, pendapatan mereka mungkin lebih tinggi dari kita.

LAWATAN TAPAK EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN PENEROKA BANDAR NEGERI SELANGOR KE PROJEK TERBENGKALAI PANGSAPURI SAGA SURIA YANG TELAH BERJAYA DIPULIHKAN.

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Tuan Iskandar Abdul Samad, EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor akan mengadakan lawatan ke pangsapuri tersebut sepertimana butiran berikut: Tarikh : 21 Mac 2014 (Jumaat) Masa : 3.00 petang Tempat : Pangsapuri Saga Suria, Taman Saga , 68000 Ampang, Kuala Lumpur. Tempat berkumpul : Stesyen Bh Petrol, Jalan Taman Putra, Ampang. Jam 2.45 petang. Pangsapuri ini telah mula dibina pada tahun 2006 tetapi telah terbengkalai. Ia mengandungi 468 unit Rumah Kos Rendah. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor telah memantau projek ini dari masa ke semasa. YB Exco Perumahan telah turut mengadakan 2 lawatan tapak sebelum ini. Mesyuarat pemantauan telah juga diadakan. Akhirnya Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF) telah dikeluarkan pada bulan Disember 2013. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Tuan Haji Suhaimi di talian 019-759 8622 atau Encik Hafiz di talian 013-246 9027 / 013-635 7990. Para wartawan dan ju

BUKIT BOTAK : DULU TIDAK YAKIN, HARI INI MENJADI REBUTAN.

Pada mesyuarat JK Tetap Perumahan minggu lepas isu Bukit Botak telah dibincang secara panjang lebar. Alhamdulillah isu peneroka bandar di situ telah hampir selesai. Lebih 1,400 buah rumah berkembar (semi detached) telah siap dibina dan boleh diduduki. Pada awalnya ramai tidak yakin dengan penyelesaian Kerajaan Negeri Selangor. Ramai yang marah kerana Kerajaan Negeri hendak menjual rumah kepada peneroka dengan harga RM99,000. Tetapi hari ini tidak ramai yang marah lagi kerana harga di pasaran rumah-rumah tersebut adalah melebihi RM300,000. Hari ini ramai yang hendak memiliki rumah di Bukit Botak. Apabila PKNS membuka untuk jualan baki rumah-rumah di sana, lebih kurang 200 buah, ribuan telah memohon. Sekarang ini telah menimbulkan masalah yang lain. PKNS telah dituduh tidak adil di dalam mengendalikan penjualan baki rumah-rumah itu seolah-olah adalah menjadi hak mereka yang menuduh untuk membeli rumah-rumah tersebut. Tidaklah diketahui dari mana mereka mendapat idea itu. Sebenarnya PKNS

PAS SELANGOR AKAN TAWARAKAN SIJIL PENTADBIRAN ORGANISASI.

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor akan menganjurkan kursus separuh masa yang akan menawarkan Sijil Pentadbiran Dan Pengurusan Organisasi. Kursus ini adalah khusus untuk pentadbir dan pengurus di dalam PAS seperti Setiausaha-Setiausaha di semua peringkat, Penolong-Penolong Setiausaha di semua peringkat dan Setiausaha-Setiausaha Kerja. Keputusan telah dibuat untuk menganjurkan kursus ini memandangkan cabaran-cabaan baru yang timbul akibat dari perkembangan-perkembangan berikut : 1. Kadar penambahan ahli dan penambahan cawangan yang sentiasa meningkat akibat dari minat yang tinggi terhadap PAS daripada rakyat. 2. Tanggungjawab dan beban tugas yang semakin bertambah selari dengan kedudukan sebagai parti pemerintah di mana pimpinan dan petugas Parti terpaksa juga menjalankan tugas-tugas pentadbiran kerajaan seperti menerima aduan dan menyelesaikan masalah rakyat di peringkat akar umbi. 3. Harapan dari ahli-ahli yang tinggi akibat dari komposisi ahli yang telah berubah di mana

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR TENTANG KEHILANGAN PENERBANGAN MH370 : JANGAN BUAT SPEKULASI, TUDING JARI TETAPI KELEMAHAN PERLU DIPERBAIKI.

Saya menggesa umat Islam di Selangor mengerjakan solat hajat sama ada secara bersendirian atau berjemaah untuk mendoakan agar operasi mencari dan menyelamat kapal terbang tersebut dipermudahkan oleh Allah SWT dan bertemu kejayaan. Saya turut mendoakan agar keluarga mereka yang terlibat diberikan kesabaran dan ketabahan oleh Allah SWT untuk menghadapi dugaan ini. Saya juga berharap agar orang ramai lebih sensitif dan tidak membuat sebarang spekulasi tetapi hanya mendapatkan berita dan maklumat daripada saluran yang resmi sahaja. Buat masa ini, orang ramai juga tidak sepatutnya menuding jari kepada sesiapa kerana siasatan masih berjalan dan belum muktamad lagi. Walau bagaimanapun, saya berharap Kerajaan Malaysia akan menjalankan segala usaha yang mungkin untuk memastikan agar operasi mencari dan menyelamat ini berhasil. Usaha-usaha perlu juga dijalankan untuk membaiki apa jua kelemahan yang mungkin ada untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang. Iskandar Abdul Samad