Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Edaran bubur lambuk percuma di hadapan Surau Ubudiah, Pandan Indah - 28 Julai 2012.

Pagi ini 195 keluarga Kg Sg Sireh Utama, Kg Sg Sireh Tambahan dan Kg Sg Sireh Tambahan 2 menerima dokumen yang mengesahkan permohonan tanah mereka telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Telah turut hadir bersama MB Selangor dan ADN Selat Kelang, YB Dr. Halimah Ali dalam majlis pagi tadi di kampung tersebut yang berada dalam DUN Selat Kelang. Satu lagi masalah setinggan diselesaikan menerusi pemberian tanah.

Majlis Sumbangan Aidiliri ADN Chempaka

25 PERCENT OFF ASSESMENT RATES FOR LOW COST FLAT OWNERS.

Shah Alam, 26 July 2012 : The Selangor State Government will offer a 25 per cent reduction on assessment rates to owners of low-cost flats. However, State Executive Councillor for Housing, Building Management And Squatters, Iskandar Abdul Samad said yesterday the reduction would only be offered to owners staying in their units, or their next-of-kin occupying the units if the owners are deceased. Another condition is that the owners must not have any payment arrears. "The owners need to fill a special form and present it while paying for the assessment rates to get the reduction," he told reporters after the exco meeting. Iskandar said the forms are to ensure that the owners are residing in their flats, and should be endorsed by the Joint Management Committee, Management Corporation, Commissioner of Building at the local authority or local councillors. He also said official documents to validate the individual or heir's ownership is required. The tax reduction will be offe

ISI BORANG UNTUK PENGURANGAN CUKAI TAKSIRAN 25 PERATUS.

SHAH ALAM, 25 JULAI 2012 : Pemilik pangsapuri kos rendah di seluruh Selangor hanya perlu mengisi borang khas dan membawanya ketika membayar cukai bagi membolehkan mereka mendapat potongan 25 peratus cukai taksiran berkenaan. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata borang tersebut disediakan bagi memudahkan segala proses berkaitan dan mengesahkan bahawa mereka adalah pemilik serta mendiami sendiri kediaman mereka. Menurutnya, borang khas yang telah lengkap diisi boleh disahkan oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC), Ahli Majlis Perbadanan Pengurusan (MC), Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setempat. "Mereka perlu mengemukakan dokumen yang sah di sisi undang-undang untuk mengesahkan bahawa mereka adalah pemilik atau waris yang sah. Pengurangan akan diberikan tanpa menunggu kesemua maklumat pembeli di sesebuah pangsapuri diperolehi. "Mana-mana pemilik yang datang membuat pembayaran bersam

Tarawih dan Moreh di Surau Sofwa, Pandan Indah pada malam ke 6 - 25 Julai 2012.

Lawatan dan berbuka puasa di Surau Pangsapuri Seri Cahaya, Taman Cahaya - 25 Julai 2012.

Malam ke 5 hadir majlis tahlil dan Yaasin sempena Hari Hol di Masjid Istana DiRaja Klang turut Iftar, Maghrib, Isyak dan Tarawikh disana. Kemudian ke Surau Ubudiah, Pandan Indah utk bersama jemaah di sana.

Bersama jemaah Surau Ubudiah, Pandan Indah selepas Tarawikh 24 Julai 2012.

Solat Maghrib - Tarawih malam kedua di Surau Nurul Hikmah, De Palma, Ampang dimulai dengan Imam dari Syria.

CADANGAN PARKIR KHAS WANITA DI PUSAT BELI-BELAH

AMPANG 20 JULAI 2012 : Seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor hari ini mencadangkan supaya pengurusan pusat membeli-belah merizabkan sebilangan unit parkir kenderaan bertanda 'W', khusus kepada wanita berdekatan pintu masuk setiap premis perniagaan mereka. Exco Perumahan Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata cadangan itu adalah praktikal berdasarkan situasi semasa kejadian jenayah yang sering berlaku di kawasan parkir kenderaan pusat membeli-belah. "Tujuan utama merizabkan tempat letak kereta untuk wanita berhampiran bangunan pasar raya besar adalah untuk mengelakkan mereka terdedah dengan sebarang kejadian bahaya. "Sebelum ini sudah ada tempat letak kereta khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dekat dengan bangunan pasar raya, jadi saya rasa tiada masalah merizabkan parkir khas kepada wanita seperti yang disediakan kepada OKU," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada Gab

Solat Tarawih malam pertama di Masjid Nurus Saadah, Kg. Cheras Baru para jemaah melimpah-limpah.

PENYERAHAN MEMORANDUM GABUNGAN WANITA PANDAN MENGGESA PASARAYA BESAR MERIZABKAN TEMPAT LETAK KERETA UNTUK WANITA.

Memorandum telah diserahkan kepada wakil Tesco Ampang, Encik Sivalingam pada 20 Julai 2012, lebih kurang jam 3.30 petang oleh wakil Gabungan Wanita Pandan, Puan Hajjah Basmatul Uyun Mohd. Yusof, Hajjah Musalmah Osman dan Cik Lee Shok Jing. Memorandum itu adalah seperti berikut,  MEMORANDUM GABUNGAN WANITA PANDAN Gabungan Wanita Pandan menggesa pasaraya-pasaraya besar ( hypermarket ) merizabkan sebilangan unit letak kereta khusus untuk kaum wanita di tempat-tempat letak kereta mereka. Kami menggesa agar dirizabkan unit-unit letak kereta berhampiran dengan bangunan pasaraya agar keselamatan pelanggan-pelanggan wanita terjamin. Sebelum ini seorang pelanggan wanita telah diserang dan cuba dirompak di tempat letak kereta sebuah pasaraya besar. Sekiranya terdapat unit-unit letak kereta yang dirizabkan untuk pelanggan-pelanggan wanita maka mereka tidak perlu meletakkan kenderaan mereka di lokasi yang jauh dan terpencil dari bangunan pasaraya. Kami mencadangkan agar unit-unit letak kereta itu

Paras teratas Empangan Sg Semenyih sepatutnya 111.00 meter tapi hari ini 111.09 meter. Lebih tinggi. Siapa kata terdapat kekurangan air?

DI ANTARA WAKIL-WAKIL MASJID DI DALAM KAWASAN DEWAN NEGERI CHEMPAKA DAN SURAU-SURAU DI BAWAH PENTADBIRANNYA YANG MENERIMA SUMBANGAN SEMPENA BULAN RAMADHAN DARIPADA ADN CHEMPAKA. MAJLIS BERLANGSUNG DI SURAU AL-AMIN, FLAT TAMAN BAKTI 17 JULAI 2012.

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD : MEMORANDUM GABUNGAN WANITA PANDAN MENGGESA DIRIZABKAN TEMPAT LETAK KERETA UNTUK WANITA DI PASARAYA BESAR.

Saya menyokong sepenuhnya memorandum Gabungan Wanita Pandan yang menggesa pasaraya-pasaraya besar ( hypermarket ) merizabkan sebilangan unit letak kereta khusus untuk kaum wanita di tempat-tempat letak kereta mereka. Mereka menggesa agar dirizabkan unit-unit letak kereta berhampiran dengan bangunan pasaraya agar keselamatan pelanggan-pelanggan wanita terjamin. Sebelum ini seorang pelanggan wanita telah diserang dan cuba dirompak di tempat letak kereta sebuah pasaraya besar. Sekiranya terdapat unit-unit letak kereta yang dirizabkan untuk pelanggan-pelanggan wanita maka mereka tidak perlu meletakkan kenderaan mereka di lokasi yang jauh dan terpencil dari bangunan pasaraya. Gabungan Wanita Pandan mencadangkan agar unit-unit letak kereta itu ditanda "W" dan rizabkan hanya untuk pelanggan-pelanggan wanita yang mengunjungi pasaraya-pasaraya tanpa ditemani pelanggan lelaki dewasa. Sehubungan itu, Gabungan Wanita Pandan akan menyerahkan memorandum kepada pasaraya-pasar

PENDUDUK PINGGIRAN DESA SEROJA DAN SG RAMAL LUAR MENERIMA TAWARAN PEMILIKAN TANAH

Seramai 36 orang penduduk Pinggiran Desan Seroja dan 4 orang penduduk Sungai Ramal Luar hari ini menerima tawaran Pemberimilikan Tanah Kerajaan Di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara untuk tujuan bangunan kediaman. Kebanyakan dari mereka telah menduduki tapak tanah berkenaan lebih dari 40 tahun. Mereka telah memohon pemilikan berpuluh tahun pada zaman Kerajaan BN. Permohonan tanah ini dijadikan isu pilihanraya oleh BN dengan janji pemberimilikan selepas memenangi pilihanraya, tetapi tidak ditunaikan. Demikianlah isu ini dimainkan secara berterusan. Selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor, maka Adun Bangi dengan kerjasama Wakil Penduduk Tempatan di Pinggiran Desa Seroja sdr. Nathan A/L Marianandan telah berusaha dengan penduduk setempat, demikian juga Ketua Kag. Sungai Ramal Luar Tuan Haji Mohd. Yusof Abdul Kadir bagi mendapat Pemilikan Tanah Kediaman. Akhirnya setelah permohonan diproses, maka temuduga diadakan pada 8 Ogos 2011 dan lawatan pemastian tapak dilakukan oleh YB Tuan Iska