Thursday, March 31, 2011

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN YB ISKANDAR A. SAMAD, EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN PERUMAHAN NEGERI SELANGOR 31 MAC 2011.

PEMBERIAN AIR PERCUMA SECARA TERUS KEPADA PENDUDUK PEMBANGUNAN KOS RENDAH BERSTRATA.
 
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekelian yang telah menyentuh tentang pemberian air percuma 20 meter padu kepada penduduk di pembangunan-pembangunan kos rendah.
 
Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat-Yang Berhormat terhadap nasib begitu ramai penduduk rumah kos rendah itu yang tidak mendapat air percuma kerana tidak mempunyai meter individu.
 
Tindakan awal Kerajaan Negeri adalah untuk menggalakkan migrasi dari meter pukal kepada meter individu.
 
Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan dengan Syabas agar proses migrasi ini dapat dipercepatkan dan dipermudahkan.
 
Kerajaan Negeri mahu Syabas melonggarkan syarat-syarat migrasi dan telah berlaku sedikit kelonggaran.
 
Walau bagaimanapun, proses migrasi ini masih tidak cukup pantas. Masih ramai yang tidak mendapat air percuma.
 
Oleh itu, tindakan seterusnya Kerajaan Negeri adalah untuk memperkenalkan sistem kupon.
 
Penduduk rumah kos rendah telah diberi kupon melalui pemaju, Management Corporation (MC), Joint Management Body (JMB)  dan ejen pengurusan bagi mereka mendapatkan untuk air percuma.
 
Walau bagaimanapun, proses ini juga merumitkan.
 
Oleh itu, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk memberi potongan terus kepada bil-bil di meter pukal.
 
Potongan ini adalah berdasarkan jumlah unit yang didiami di pembangunan tersebut.
 
Pemaju, Management Corporation (MC), Joint Management Body (JMB)  dan ejen pengurusan apabila mengeluarkan bil-bil kepada penduduk akan memotong jumlah potongan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri.
 
Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan akan menyiapkan satu senarai yang menyatakan jumlah unit yang didiami bagi setiap pembangunan kos rendah di Selangor.
 
Selain itu, satu kempen penerangan besar-besaran akan dilancarkan bagi memaklumkan penduduk pembangunan kos rendah tentang potongan kepada bil-bil mereka atau pemberian air percuma secara terus kepada mereka ini.
 
Ini untuk mengelakkan pemaju, Management Corporation (MC), Joint Management Body (JMB) dan ejen pengurusan tidak memberi potongan kepada bil-bil penduduk.
 
Kerajaan Negeri akan melaksanakan pemberian air percuma ini sebaik sahaja mendapat maklumat jumlah unit-unit yang didiami bagi pembangunan-pembangunan kos rendah itu. Ini bermakna pemberian air percuma di bawah skim ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
 
Walau bagaimanapun terdapat satu masalah yang akan timbul di dalam perlaksanaan skim ini.
 
Terdapat pembangunan yang tidak mempunyai pemaju, Management Corporation (MC), Joint Management Body (JMB)  dan ejen pengurusan. Di dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan mengenalpasti pihak yang akan bertanggung jawab untuk mengendalikan potongan kepada bil-bil mereka. Salah satu alternatif adalah melalui persatuan penduduk.
 
Buat permulaan Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM5 juta untuk melaksanakan skim ini. Ianya akan ditambah menurut keperluan iaitu apabila lebih banyak pembangunan dapat dikenalpasti untuk dimasukkan ke dalam skim ini.
 
Kerajaan Pakatan Rakyat amat prihatin kepada kebajikan rakyat dan akan sentiasa berusaha untuk membantu rakyat di negeri ini.
 
Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
31 Mac 2011

Tuesday, March 29, 2011

NO PEACE FOR NIRWANA RESIDENTS

Commercial square development goes on in face of objections
THURSDAY, MARCH 29, 2012 - 21:29
pg14Mar30

FLASHBACK: The residents during their protest last October

AMPANG: The development of high density City Garden Commercial Square, formerly known as Ken City, continues despite continued objections from Taman Nirwana residents here.

According to spokespersons for developer Sri Seltra Sdn Bhd and the Ampang Jaya Municipal Council, all procedures had been followed.

The council's public relations officer, Norhayati Ahmad, said the public must submit official letters when requesting for copies of documents like approval letters and reports.

"They (Sri Seltra) have approval and have complied with the council's requests regarding the development of the supporting infrastructure," she said.

A representative from a nearby residents association claimed that the increased population density that would result from the development would lead to social problems, drainage issues and traffic congestion as the roads there were already narrow.

"Most of the residents do not agree with the development," said the representative, who asked not to be named.

He said that on a recent trip to Britain, he was impressed by the local councils which regulated highrise buildings in their areas.

"Here, if there is empty space, they erect a highrise building," he said.

The representative said the developer should limit the building to seven storeys.

"We can't ask them to stop. It is their land and they have already started," he said.

Tan Hua Meng, the council member for the area when the residents staged a protest against the project last October, said the residents' feedback should be prioritised.

He said he was only aware of the project after approval had been given and only learned of the issue when the residents objected. "It was my jurisdiction, but I was not informed."

Tan said it was not proper to approve developments before consulting residents who would have to deal with the consequences later.

He said there was further risk for the buyers as Sri Seltra was also linked to the nearby D'pines project which, he claimed, had not progressed much over a year.

A Sri Seltra spokesman, rebutted the claim, saying the project had sold 70 per cent of its units and construction was still underway.

D'pines comprises 552 units of condominiums while City Garden has 100 service apartments and 90 office units - The Malay Mail.

Sunday, March 27, 2011

Kenyataan YB Iskandar A. Samad :
Ketua Polis Daerah Ampang mesti bertindak adil

Sekiranya Ketua Polis Daerah Ampang benar-benar adil, Majlis Makan Malam 1 Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Kg. Pandan pada 29 Mac ini mesti diarah untuk dibatalkan.

Polis Daerah Ampang pada 25 Mac lepas telah menganggu ceramah di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak sehingga berlaku kejadian yang tidak diingini.

Kedua-dua majlis di Kg. Pandan dan di pusat khidmat Ahli Parlimen Gombak itu adalah satu perhimpunan maka tindakan ke atas kedua-dua majlis ini mestilah serupa.

Kalau satu majlis telah dihalang maka majlis yang satu lagi juga patut dihalang. Rakyat sedang menjadi hakim. Sekiranya pihak Polis sendiri mengamalkan sikap 'double-standard' maka agak susah bagi rakyat untuk menghormati mereka. Akhirnya akan timbul huru-hara di dalam masyarakat kerana mereka yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang gagal mendapat keyakinan rakyat.

Iskandar A. Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor / ADUN Chempaka 28 Mac 2011

Sidang DUN Selangor Penggal Keempat bermula hari ini 28 Mac 2011.

Hebatnya pentadbiran Kerajaan BN!

Hari adalah pembukaan sidang DUN Selangor oleh Tuanku Sultan Selangor.

Pada sidang DUN yang lepas, Menteri Besar telah mengumumkan bahawa hutang-hutang Talam kepada Kerajaan Negeri telah dapat dipungut melalui pengambilan alih aset-aset Talam oleh Kerajaan Negeri.

Hutang yang mencecah RM395 juta itu sebelum ini 'tersembunyi' di dalam perjanjian-perjanjian di antara Kerajaan BN dan Talam. Ia telah dikenalpasti melalui satu pasukan khas.

Tidaklah saya mahu membincangkan di sini sama ada hutang-hutang itu disedari oleh Kerajaan BN atau mereka sengaja buat-buat tidak sedar. Tetapi yang nyata, Kerajaan Pakatan Rakyat yang berjaya memungut hutang-hutang itu untuk dimanfaatkan untuk rakayat. Buat permulaan RM50 juta akan digunakan untuk skim mikrokredit iaitu pinjaman untuk peniaga-peniaga kecil.

Jadi siapa yang lebih cekap? Siapa pula yang lemah? Kerajaan BN atau Kerajaan Pakatan?

28 Mac 2011

Kenyataan Media YB Iskandar A. Samad : Jangan jadikan isu rumah panjang PJS1 isu perkauman

Tindakan sesetengah pihak menjadikan isu perpindahan 29 keluarga rumah panjang PJS1, Petaling Jaya isu perkauman mesti dikutuk oleh seluruh rakyat Selangor.

Ada yang mempertikaikan kenapa hanya keluarga rumah panjang India mendapat bantuan sewa dan perpindahan walhal keluarga rumah panjang Melayu di kawasan-kawasan lain di Selangor tidak mendapat bantuan seperti itu.

Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan sewa RM14,285 setiap keluarga bukan di atas dasar bangsa. Bantuan diluluskan di atas dasar kemanusian.

Keluarga tersebut telah tinggal di situ kerana pembinaan rumah kos rendah mereka telah terhenti akibat satu tindakan mahkamah dalam tahun 2004.

Bantuan itu diluluskan untuk membantu mereka mencari rumah sewa sehingga rumah kekal mereka siap. Rumah panjang mereka adalah terlalu dhaif untuk didiami.

Bantuan diluluskan di atas dasar itu dan bukan kerana mereka berbangsa India sepertimana yang mungkin didakwa oleh pihak-pihak tertentu.

Tetapi terdapat juga mereka yang menyemarakkan api perkauman apabila mendakwa penduduk rumah panjang itu diminta berpindah kerana mereka berbangsa India.

Ini merupakan dakwaan yang berniat jahat kerana mereka diminta berpindah sebab di tapak rumah panjang itu hendak dibina sebuah sekolah. Walaupun Kerajaan Persekutuan telah menangguhkan pembinaan sekolah itu pada bulan Ogos lepas tetapi Kerajaan Negeri berharap jika tapak tersebut dikosongkan, pembinaan dapat dimulakan. Pembinaan telah ditangguhkan kerana penduduk telah enggan berpindah walaupun telah ditawarkan bantuan tersebut dan Kerajaan Negeri telah menambah jumlah bantuan dari jumlah asal RM10,000 sekeluarga pada bulan Mei 2011.

Selain dari itu keadaan rumah panjang itu yang terlalu dhaif juga merupakan satu sebab kenapa penduduk perlu berpindah.

Oleh itu, keputusan memberi bantuan dan arahan untuk berpindah tidak dibuat di atas sebab-sebab perkauman. Terdapat juga penduduk setinggan berbangsa Melayu yang dibantu oleh Kerajaan Negeri seperti bekas penduduk setinggan Kg Bukit Botak, Selayang. Terdapat juga penduduk setinggan selain dari berbangsa India yang diminta berpindah seperti di Ampang Campuran dan Kg. Pandan. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bertindak adil.

Rakyat Selangor seharusnya menolak dan tidak melayan mereka yang memainkan sentimen perkauman untuk mencari populariti. Usaha untuk melaga-lagakan antara kaum-kaum hanya akan menghancurkan masyarakat kita.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
27 Mac 2011

Friday, March 25, 2011

Kenyataan Media Pejabat YB Iskandar A. Samad :
PROJEK BUKIT BOTAK BERJALAN LANCAR.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Perumahan PAS Negeri Selangor, YB Iskandar A. Samad telah melakukan satu lawatan tapak ke projek perumahan Taman Selayang Mutiara untuk bekas peneroka bandar Kg. Bukit Botak pada 25 Mac 2011.

Turut bersama adalah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang - Dato' Zainal Abidin A'ala, Timbalan Pengurus Besar ( Teknikal ) PKNS - Ir. Haji Abdul Ghani Hashim dan Penyelaras DUN Taman Templer - Haji Mohammad Abdul Rahman.

Projek tersebut sedang berjalan lancar dengan kemajuan di tapak telah mencapai 21 peratus.

Berdasarkan kemajuan di tapak, projek yang dilaksanakan PKNS itu berupaya disiapkan menurut jadual iaitu pada bulan Jun 2012.

Projek tersebut dibahagikan kepada 6 fasa agar ia dapat dilaksanakan serentak dan akan disiapkan secara berperingkat-peringkat.

Sebarang masalah yang dihadapi adalah masalah biasa yang dihadapi oleh sebarang projek pembinaan dan akan dapat diatasi.

Sebanyak 1,422 unit rumah berkembar akan disiapkan untuk bekas peneroka bandar Kg. Bukit Botak. Keluasan setiap unit adalah 850 kaki persegi. Ia akan dijual dengan harga RM99,000 walhal harganya di pasaran terbuka adalah sekurang-kurangnya RM170,000.

Perlaksanaan projek Taman Selayang Mutiara atau Bukit Botak membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat berupaya menyelesaikan masalah-masalah yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Ia juga menunjukkan cara penyelesaian untuk masalah peneroka bandar Kerajaan Pakatan Rakyat adalah lebih baik dari cara Kerajaan Barisan Nasional.

25 Mac 2011

Thursday, March 24, 2011

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD :
PENJELASAN ISU RUMAH PANJANG PJS1, PETALING JAYA.

Nasib penduduk rumah panjang PJS1, Petaling Jaya telah mendapat perhatian media akhir-akhir ini.

Rumah panjang tersebut merupakan penempatan transit bagi 29 keluarga peneroka bandar sehingga rumah kos rendah mereka disiapkan.

Rumah kos rendah mereka telah mula dibina dalam tahun 2004 pada satu tapak berdekatan tetapi telah mendapat bantahan dari penduduk tempatan yang telah mengambil tindakan mahkamah untuk memberhentikan projek tersebut.

Walau bagaimanapun pada tahun 2009, Kerajaaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah berjaya mendapatkan persetujuan pemaju untuk membina rumah kos rendah ini di tapak alternatif yang bertentangan dengan rumah panjang tersebut.

Sebagai sebahagian dari penyelesaian bagi penduduk rumah panjang itu, setiap keluarga telah pada 4 Mac 2010 ditawarkan RM 10,000 untuk bantuan sewa dan perpindahan ke rumah transit yang lain sehingga rumah kekal mereka siap.

Bantuan sewa dan perpindahan ini akan ditanggung bersama oleh Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pemaju di mana ia akan dibayar secara sekaligus.

Kerajaan Negeri mahu penduduk rumah panjang itu berpindah keluar agar mereka dapat tinggal di dalam keadaan yang lebih sempurna.

Tambahan pula, tapak tersebut diperlukan untuk membina sebuah sekolah kebangsaan.

Walau bagaimanapun tawaran Kerajaan Negeri ini telah ditolak oleh penduduk pada 2 Mei 2010.

Memandangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor merupakan kerajaan yang prihatin, bantuan sewa dan perpindahan ini telah ditambah. Maka pada 12 Mei 2010 setiap keluarga telah ditawarkan RM14, 285.

Walau bagaimanapun tawaran ini hanya diterima oleh 9 buah keluarga.

Akibat dari keengganan penduduk untuk berpindah maka Kerajaan Persekutuan pada 11 Ogos 2010 telah menangguhkan pembinaan sekolah kebangsaan itu.

Kerajaan Negeri telah berusaha bersungguh-sungguh membantu penduduk rumah panjang PJS1.

Adalah tidak benar tuduhan yang mengatakan Kerajaan Negeri tidak memperdulikan nasib mereka.

Kerajaan Negeri telah berjaya mendapatkan persetujuan pemaju supaya membina rumah kos rendah mereka di tapak yang baru. Kerajaan Negeri Barisan Nasional telah gagal melakukannya.

Kerajaan Negeri juga telah menawarkan bantuan sewa dan perpindahan kepada penduduk sehingga rumah kos rendah itu siap. Kerajaan Negeri Barisan Nasional telah gagal menawarkannya.

Terdapat maklumat bahawa ada parti Barisan Nasional yang cuba menjadi juara di dalam isu ini. Walau bagaimanapun rakyat tahu Barisan Nasional telah gagal membantu penduduk ketika mereka mentadbir Selangor. Mereka hanya pandai berkokok setelah kehilangan kuasa.

Penyelesaian terbaik bagi penduduk rumah panjang PJS1 adalah dengan menerima bantuan kewangan yang ditawarkan dan berpindah keluar sehingga rumah kekal mereka siap dibina.
Rumah panjang mereka adalah terlalu dhaif untuk dibaikpulih.

Dengan penyelesaian ini, penduduk akan dapat menikmati kediaman yang lebih sempurna dan sebuah sekolah akan dapat dibina untuk ribuan pelajar-pelajar di PJS1.

Hasutan pihak-pihak tidak bertanggung jawab yang hanya memikirkan kepentingan politik dan bukan kepentingan penduduk rumah panjang atau kepentingan seluruh penduduk PJS1 hendaklah diabaikan sama sekali.

Iskandar Abdul Samad
Pengerusi Jawatankuasa Tetap / Exco
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
24 Mac 2011

Sunday, March 20, 2011

Mereka marah sebab rahsia mereka terdedah.

UMNO dan BN memang marah apabila penyelewengan-penyelewengan mereka didedahkan kepada umum.

Mungkin itu sebabnya ada yang marah dengan artikel saya '22 tahun, rugi RM100 bilion' yang diedarkan di Pandan melalui akhbar Harakah sebagai Coretan 48.

Ada yang kata ia hanya 'layak dibaca oleh bini dan anak-
anak' saya.

Saya faham maksud beliau. Beliau tentu hanya mahu artikel itu dibaca oleh 'bini dan anak-anak' saya kerana tidak mahu rahsia penyelewengan-penyelewengan UMNO dan BN terdedah.

RM100 bilion telah ditelan oleh kroni-kroni UMNO dan BN sepanjang 22 tahun pentadbiran Tun Mahathir. Mereka kaya raya walhal rakyat merempat dan melarat. Padanlah mereka tidak mahu rakyat tahu apa yang mereka telah lakukan!

Mesyuarat agung PAS Cawangan Kg. Perwira Jaya 20 Mac 2011

Mesyuarat agung PAS Cawangan Taman Melor di Dataran Hj. Idris 19 Mac 2011.

Perasmian papan tanda PAS Cawangan Kg. Perwira Jaya 20 Mac 2011.

Mesyuarat Agung PAS Cawangan Taman Maju Jaya Fasa 3 - 19 Mac 2011.

Saturday, March 19, 2011

22 TAHUN, RUGI RM100 BILION

Bekas penulis Asian Wall Street Journal, Barry Wain, di dalam bukunya "Malaysian Maverick" telah melaporkan Kerajaan Malaysia kerugian RM100 bilion sepanjang Tun Dr. Maharhir Mohamed menjadi Perdana Menteri.

 
Pembaziran ini berlaku akibat dari amalan rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pemerintahan beliau.
 
Projek-projek atau kontrak-kontrak menjadi mahal sekiranya ia tidak diberi kepada pihak yang benar-benar melaksanakannya tetapi kepada pihak yang hanya akan mengambil komisyen. Yang buat kerja orang lain. Ianya cara mudah untuk membuat duit tetapi rakyat akan rugi.
 
Bayangkan jika RM100 billion ini dapat diselamatkan. Kita boleh mempunyai rangkaian lebuhraya yang lebih canggih dari sekarang tanpa perlu membayar tol untuk menggunakannya. Kita mungkin telah ada sistem LRT dan MRT yang lebih canggih dari negara-negara maju. Kita mungkin telahpun menjadi negara maju.
 
Malah bukan sahaja di bawah pemerintahan beliau tetapi rakyat turut rugi selepas pemerintahan beliau. Satu contoh ialah pembelian dua buah kapal selam Scorpene di mana RM557 juta telah dibayar sebagai "komisyen" kepada pihak ketiga. Kes yang sama juga berlaku di dalam pembelian kapal selam Agosta.
 
Pembaziran bukan hanya boleh berlaku di dalam projek-projek mega tetapi pada projek-projek kecil. Bukan sahaja di bandar-bandar besar tetapi di kampung-kampung.
 
Seorang Ketua Kampung di Terengganu, saudara isteri saya, pernah memberitahu saya bagaimana projek membuat parit di kampung beliau pernah diberikan kepada sebuah syarikat kontraktor dengan nilai hampir RM20,000. Tetapi akhirnya projek itu dilaksanakan dengan kos kurang dari RM5,000 oleh pihak lain. Ini bermakna rakyat telah rugi RM15,000. Kalau ada 100 projek begitu maka rakyat akan rugi RM1.5 juta.
 
Bukan membuat parit sahaja boleh merugikan rakyat malah menempah bihun pun boleh merugikan rakyat. Ada orang pernah menawarkan saya untuk membekalkan bihun dan minuman dengan harga RM5 seorang untuk satu program mesra rakyat. Kalau dibeli di warung atau gerai, harga bihun adalah RM2 sepinggan dan teh secawan RM1. Ini bermakna pembekal itu telah "mark-up" RM2.  Kalau saya menempah untuk 200 orang, ini bermakna rakyat akan rugi RM400. Walaupun ia tidak setinggi komisyen untuk membeli kapal selam tetapi duit rakyat telah tetap dibazirkan. Di akhirat tetap akan disoal.

Wednesday, March 16, 2011

Polis ganggu ceramah Pas Ganti Umno di Taman Cahaya 16 Mac 2011

Pihak Polis telah mengganggu ceramah tersebut ketika Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Nasir Zakaria berceramah. Mereka mahu ia diberhentikan walaupun suasana ceramah itu adalah aman dan teratur.

Setelah gagal menghalang ceramah itu, mereka telah membawa lari kain rentang ceramah yang digantung di simpang jalan masuk.

Mereka juga telah merampas MyKad petugas yang cuba menghalang mereka.

Walaupun telah berlaku provokasi namun para pendengar tetap terus setia mendengar ceramah yang disampaikan.

Yang menghairankan pihak Polis tidak pula mengganggu ceramah anjuran UMNO, Selamatkan Selangor, di Pandan Jaya dan Kg. Cheras Baru baru-baru ini. Jelas sekali pihak Polis mengamalkan 'double standard'.

Ceramah Umum PAS Ganti Umno 16 Mac 2011 di Flat Taman Cahaya.

YB Ustaz Mohd. Zakaria, ahli Parlimen Padang Terap telah berceramah bersama YB Iskandar A. Samad (YDP PAS Kawasan Pandan) dan Sdra. Abdul Jalil Hasan (TYDP PAS Kawasan Pandan).

Ceramah PAS Ganti Umno Siri 2

Tarikh - 16 Mac 2011

Masa - 9.30 malam

Tempat - Flat Taman Cahaya (Dekat Surau Hamidin)

Penceramah :

Sdra. Roslan Dato' Shahir
(Ketua Penerangan PAS Selangor)

Ustaz Musa Baharuddin
(Ketua Ulama' PAS Kawasan Hulu Langat)

YB Iskandar A. Samad
(Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Tuesday, March 15, 2011

Siapa yang sebenarnya yang bersifat perkauman?

Dalam BFM 98.9 pagi tadi, MB Selangor dituduh tidak melantik Low Siew Moi sebagai GM PKNS kerana beliau berbangsa Cina dan seorang wanita.

PAS ketika itu menolak Low kerana beliau adalah sebahagian dari pentadbiran lama di bawah GM lama, Dato' Harun Salim. Bukan kerana beliau berbangsa Cina atau seorang wanita.

PAS konsisten kerana apabila GM PKNS sekarang Othman Omar dikaitkan dengan pelbagai tuduhan penyelewengan, PAS turut lantang mahu tindakan diambil ke atas Othman.

Jika PAS bersifat perkauman sudah tentu PAS akan mempertahankan Othman sebagaimana mereka yang mempertahankan Low. PAS tidak kira Melayu, Cina atau India, yang salah tetap salah. PAS tidak menyerang atau mempertahankan seseorang semata-mata kerana bangsa. Low yang Cina kena, Osman yang Melayu pun kena. Semua kena kalau salah.

Yang bersifat perkauman adalah mereka yang mempertahankan Low walaupun apa sekali hujjah mereka yang menentang perlantikan tersebut. Mereka hanya melihat pada bangsa dan menutup mata kepada hujjah-hujjah lain. Sekiranya Low seorang Melayu, saya tidak fikir mereka akan bersungguh-sungguh mempertahankan beliau ketika diserang bertubi-tubi.

Saturday, March 12, 2011

PROJEK PENEMPATAN SEMULA MESTI MENGIKUT JADUAL

GOMBAK, 12 Mac: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berharap agensi-agensi kerajaan yang terbabit melaksanakan projek-projek penempatan semula setinggan perlulah prihatin dan memastikan bahawa setiap projek berjalan dengan lancar dan siap mengikut jadual serta berkualiti.

 

Ini, katanya kerana kelewatan menyiapkan projek akan melewatkan perpindahan penduduk.

 

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Town House di Kampung Kemensah, hari ini yang telah mendapat kerjasama dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor.

 

Turut hadir Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor (PNSB), Ahmad Omar serta Pengerusi Pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd (PMSB), Datuk Samad Maharuddin.

 

Iskandar berkata, PNSB adalah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang telah diberikan tanggungjawab untuk menempatkan semula penduduk-penduduk asal Kampung Kemensah Hilir menerusi Program Penempatan Semula Setinggan Negeri Selangor.

 

Menurutnya, penempatan baru yang dibangunkan oleh pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd telahpun menyiapkan 72 buah unit town house yang

merangkumi Block A, B, C, D berkeluasan 850 Kaki persegi seunit dengan harga RM50,000.

 

Pembangunan itu, ujarnya telahpun siap sepenuhnya dan 72 buah keluarga daripada penempatan asal telahpun menerima kunci rumah masing-masing.

 

Menurutnya lagi, pembangunan projek Kemensah Hilir yang meliputi tanah seluas 15.6 ekar dan antara kompenan-kompenan lain yang bakal dibangunkan secara berfasa adalah rumah teres, rumah kelab dan dewan dan kawasan itu akan dinamakan Bukit Kemensah Indah.

 

"Besar harapan saya semoga pihak pemaju dapat menunaikan janji yang dinyatakan bersama penduduk agar tidak berlaku perselisihan faham.

 

"Kerajaan Negeri juga bercadang untuk terus mengurangkan bilangan setinggan di Negeri Selangor untuk membebaskan mereka daripada kitaran kemiskinan dan menjamin hak asasi rakyat bagi mendapatkan rempat kediaman yang lebih selesa," katanya.

 

Pada majlis itu, seramai 72 orang penduduk telah menerima kunci rumah masing-masing.

 

Seramai 3 orang wakil bagi mewakili 72 orang pembeli setinggan telah menerima kunci tersebut.

 

Seorang penerima kunci, Mohd Manan, 69, bersyukur kepada Allah kerana rumah yang diidamkan selama ini telahpun dimiliki.

 

"Bagaikan sebuah penyeksaan bagi saya sekeluarga menanti rumah yang sangat diidamkan sehingga isteri saya telah pulang ke rahmatullah 4 bulan yang lalu.

 

"Rasa sedih kerana isteri saya tidak dapat merasakan rumah yang dinginkan selama ini. Berbagai ujian yang telah kami lalui selama menanti rumah ini siap," ujarnya.

 

Sebelum ini, beliau menduduki rumah setinggan yang dikenali sebagai Kampung Kemensah Hilir yang bermula 1962 sehingga 2005. - Harakahdaily

Friday, March 11, 2011

Majlis serah kunci 72 rumah bandar (townhouse) 12 Mac 2011.

Majlis telah dilangsung pada pagi 12 Mac 2011. Penerima-penerima kunci adalah bekas peneroka bandar Kg. Kemensah Hilir. Mereka telah menunggu 4 tahun untuk rumah mereka.