Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

3 Exco Kerajaan Negeri Selangor di Ceramah Pelancaran Bersih 2.0 pada 27 Jun 2011 di PTP, Pandan Indah.

Penyampaian bantuan Kerajaan Negeri Selangor kepada Kafa Integrasi Al Huda, Taman Bukit Teratai, Ampang.

Cek bernilai RM50,000 telah disampaikan oleh YB Iskandar A. Samad kepada Tuan Haji Ahmad Turmidzi, Pengerusi Lembaga Pengarah Kafa Integrasi Al Huda, Taman Bukit Teratai dalam satu majlis ringkas di sekolah itu pada 24 Jun lepas. YB Iskandar pada awal tahun ini telah membuat permohonan kepada Exco Pendidikan Dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr. Hjh. Halimah Ali, untuk bantuan di bawah skim bantuan sekolah-sekolah agama. Beberapa sekolah agama di DUN Chempaka dan Teratai telah menerima bantuan hasil dari permohonan yang dibuat oleh YB Iskandar. Turut menerima bantuan adalah SKJC On Pong 2, Pandan Mewah yang menerima bantuan di bawah skim bantuan sekolah-sekolah Cina hasil dari permohonan yang dibuat oleh YB Iskandar.

Bersih 2.0 : Provokasi pihak Polis dikesali.

PAS Kawasan Pandan kesal dengan tindakan pihak Polis memanggil Timbalan Yang Dipertua dan Ketua Pemuda kami ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk memberi kenyataan. Sebelum itu pada 21 Jun lepas sekumpulan anggota Polis telah datang ke Pejabat PAS Kawasan Pandan di Pandan Indah untuk mengambil gambar kain rentang Bersih yang digantung di situ. Walau bagaimanapun, Haji Meor Rithuan Mohd Said (Timbalan Yang Dipertua) dan Sdra. Zahriezan Jamaluddin (Ketua Pemuda) telah dinasihati oleh peguam mereka untuk tidak pergi memberi kenyataan. PAS Kawasan Pandan menyifatkan tindakan pihak Polis ini adalah satu usaha untuk menakut-nakutkan rakyat. Adalah lebih baik jika pihak Polis menumpukan masa dan tenaga mereka untuk membanteras jenayah dan bukan membantu Barisan Nasional di dalam agenda politik mereka. Kes ragut, samun dan pecah rumah sentiasa menghantui penduduk Ampang maka adalah lebih baik jika pihak Polis berusaha memastikan jenayah-jenayah ini dapat dapat dikawal terlebih dahulu.

Penjualan VCD cetak rompak masih meluas

Nampaknya penjualan VCD cetak rompak masih meluas sehingga ianya dijual lebih kurang 200 meter dari Menara MPAJ di Pandan Indah. Di pasar malam ini berhampiran Surau Sofwa, VCD-VCD bukan dijual secara 'hit and run' tetapi mempunyai petak yang khusus seperti peniaga-peniaga. Kes seperti ini saya telah maklumkan kepada Dato' YDP MPAJ dan mahu tindakan yang sewajarnya diambil. Jika tidak, rakyat akan mula melempar pelbagai tuduhan kepada pegawai-pegawai penguatkuasa MPAJ. (Peniaga ini terus tutup kedai dan cabut lari setelah gambar ini diambil pada 21 Jun lepas)

Geylang Serai 3 Disember 2010 - Di manakah bas no. 13?

Dialog di Surau Jalan Kem, Pelabuhan Klang 23 Jun 2011

Projek Perumahan Terbengkalai : Kontraktor penyelamat dilantik oleh bank, bukan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah melantik kontraktor atau pemaju untuk menyelamatkan mana-mana projek terbengkalai. Terpulanglah kepada pemaju asal, bank atau pelikuidasi untuk memilih tawaran yang terbaik dari pihak-pihak yang berminat untuk memulihkan sesuatu projek. Kerajaan Negeri Selangor hanya bertindak sebagai fasilitator. Jawatankuasa Khas Projek Terbengkalai Kerajaan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Perumahan bermesyuarat dua minggu sekali untuk membincangkan cara-cara untuk mempercepatkan pemulihan projek-projek yang terbengkalai. Wakil-wakil Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor, Pejabat Tanah Dan Galian Selangor serta Pentadbir Tanah Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan merupakan ahli jawatankuasa tersebut. Turut dijemput adalah wakil-wakil Syabas dan TNB. Wakil-wakil pembeli juga kadang kala dijemput jika ada keperluan. Pemaju atau kontraktor penyelamat akan membentangkan projek mereka. Masalah-masalah ya

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD : RM 9.7 JUTA UNTUK BAIKPULIH PANGSAPURI KOS RENDAH.

Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah meluluskan RM 7.7 juta untuk Skim Bantuan Baikpulih Negeri Berkebajikan. Jumlah ini adalah tambahan kepada RM 2 juta yang telah diperuntukkan di dalam Bajet 2010 Kerajaan Negeri Selangor. Oleh itu, jumlah yang diperuntukkan adalah RM 9.7 juta. Skim ini adalah bagi membantu pemilik-pemilik pangsapuri kos rendah membaikpulih kediaman mereka. Pemilik-pemilik pangapuri telah ditawarkan untuk menyertai skim ini di mana Kerajaan Negeri akan membaikpulih pangsapuri mereka melalui kaedah perkongsian 80:20. Kerajaan Negeri akan membiayai 80 peratus dari kos membaikpulih dan penduduk hanya 20 peratus. Tawaran telah diberikan kepada pemilik-pemilik melalui Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body - JMB), dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC). Sebanyak 62 kawasan pemajuan telah ditawarkan untuk menyertai skim ini dan setakat ini 19 pemajuan telah dipilih berdasarkan peruntukan asal sebanyak RM 2 juta. Dengan tambahan

Turun padang berjumpa dengan peneroka bandar PJS1, Petaling Jaya 16 Jun 2011

Konvoi Anak Muda Geng Kita DUN Chempaka

Pandan Indah, 20 Jun 2011 - Konvoi motorsikal "Anak Muda Geng Kita" telah mengelilingi DUN Chempaka pada 19 Jun lepas. Program tersebut adalah anjuran ADUN Chempaka, YB Iskandar A. Samad dan JKKK Kg. Pandan. Konvoi telah dilepaskan oleh YB Iskandar dan Ketua Kampung Kg. Pandan, Tuan Haji Arshad Ahmad di Pejabat Ahli Majlis MPAJ Zon 17, Tuan Haji Meor Rithuan Mohd Said di Pandan Jaya. YB Iskandar telah turut menunggang motorsikal bersama-sama konvoi itu dari checkpoint Taman Angsana Hilir ke checkpoint Surau Ubudiah, Pandan Indah dan terus ke Dataran Komuniti Kg Pandan di Lorong G. Di Dataran Komuniti peserta konvoi telah bersarapan bersama ADUN dan Ketua Kampung itu. Konvoi selepas itu telah berlepas ke Rumah Anak-Anak Yatim India Wawasan dan Pusat Tarbiyyah Pandan di Pandan Indah. Di rumah anak-anak yatim itu, sumbangan jamuan makanan telah diserahkan kepada anak-anak yatim di situ. Sementara di Pusat Tarbiyyah Pandan, peserta konvoi telah berpeluang mendengar persembahan na

Lawatan YB Iskandar A. Samad ke PJS1, Petaling Jaya dan dialog bersama penduduk rumah panjang.

YB Iskandar A. Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor akan melawat peneroka bandar yang berkhemah di PJS1 pada 16 Jun 2011, jam 11 pagi. Rumah-rumah mereka telah dirobohkan pemaju Peter Brickworks Sdn. Bhd. pada 3 Jun lepas. Selepas itu, beliau akan berdialog dengan penduduk rumah panjang PJS1 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya tentang masa depan mereka. Satu penyelesaian jangkapanjang sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Wartawan dan jurufoto adalah dijemput membuat liputan. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 019-756 3581 ( Siti Hawa ). Lt (B) Kamaruzaman Ahmad Nor Setiausaha Kanan Kepada Iskandar bin Abdul Samad ADUN Chempaka / Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor 15 Jun 2011

Air percuma untuk pangsapuri kos rendah : Sistem kupon akan digantikan dengan potongan terus di meter pukal.

Sistem kupon untuk memberi air percuma kepada penduduk pangsapuri kos rendah akan digantikan dengan potongan terus di meter pukal. Dengan kaedah yang baru ini, potongan bersamaan dengan kos 20 meter padu air akan dilakukan bagi setiap unit yang didiami. Pemaju atau JMB kemudian akan memotong jumlah ini dari bil-bil penduduk. Jika bil di meter pukal adalah RM 5,000 dan terdapat 100 unit yang diduduki maka jumlah yang perlu dipotong adalah RM 11.40 ( jumlah yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri ) kali 100 unit. Jumlah besar iaitu RM 1140 akan dipotong dari bil meter pukal maka jumlah yang perlu dibayar adalah RM 3,860 sahaja. Potongan RM 11.40 perlu dilakukan kepada bil-bil yang dikeluarkan bagi unit-unit pangsapuri itu. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat tunggakan pada bil-bil itu maka potongan ini dibenarkan dibuat pada tunggakan tersebut dan bukan dari bil-bil semasa. Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor ( LPHS ) sedang mengumpul maklumat bagi jumlah unit yang diduduki untuk seti

LAWATAN YB ISKANDAR A. SAMAD KE PENEMPATAN SEMENTARA MANGSA KEBAKARAN RUMAH PANJANG KG. SUNGAI KERTAS, BATU CAVES, GOMBAK.

Adalah dimaklumkan bahawa Y.B. Tuan Iskandar bin Abdul Samad akan melawat mangsa-mangsa kebakaran rumah panjang Kg. Sungai Kertas, Batu Caves, Gombak seperti berikut : Tarikh - 15 Jun 2011 (Rabu) Masa - 3.00 petang Tempat - Dewan Orang Ramai Kg. Sg. Kertas, Batu Caves, Gombak. Di antara tujuan lawatan tersebut adalah : 1. Untuk mengenalpasti bantuan yang diperlukan. 2. Untuk menyelesaikan masalah perumahan mereka. Wartawan dan jurufoto adalah dijemput membuat liputan. Lt (B) Kamaruzaman Ahmad Nor Setiausaha Kanan Kepada Iskandar bin Abdul Samad ADUN Chempaka / Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor 14 Jun 2011

Bersama cikgu sekolah rendah

Pada 11 Jun 2011 saya telah hadir 'reunion' bekas pelajar-pelajar Darjah 6, Sekolah Rendah Sri Petaling, Petaling Jaya. Sekolah yang dekat Jaya Supermarket. Turut hadir di majlis di RSGC malam itu adalah guru-guru lama. Di antaranya Mr. Siew, Mrs. Khor dan Miss Too. Mr. Siew adalah guru tuisyen saya. Nama penuh beliau adalah Peter Siew. Beliau masih tinggal di rumah yang sama di Paramount Garden. Kami tuisyen sama ada di sekolah atau di rumah saya di Seksyen 14. Rakan-rakan yang tuisyen sama pun ada yang hadir malam itu. Mrs. Khor adalah guru kelas saya semasa Darjah 6. Saya berada di dalam Darjah 6 Melati. Yang paling menarik adalah Mr. Siew yang masih mengikuti perkembangan terkini politik negara walaupun berusia 69 tahun. Kalau dulu dia memberi nasihat tentang pelajaran tetapi malam itu dia memberi nasihat tentang politik. Beliau yang mengaku menyokong Pakatan Rakyat menasihatkan saya agar berhati-hati dengan MCA kerana mereka sedang bergerak di bawah untuk mengumpul sokonga

Kenyataan Akhbar YB Iskandar A. Samad - Penularan Penyakit Tibi Di Ampang Jaya : Kementerian Kesihatan Perlu Bertindak Dengan Segera

Kementerian Kesihatan adalah digesa mengadakan kempen besar-besaran untuk membanteras penyakit Tibi di Ampang Jaya. Ini berikutan dengan beberapa kes penyakit tersebut yang dikesan oleh Hospital Ampang. Contohnya, seorang pengetua sekolah di Pandan Indah yang telah koma selama 28 hari kerana penyakit itu. Satu kempen kesedaran perlu diadakan agar masyarakat dapat mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit yang merbahaya itu. Pihak kementerian juga mesti mengadakan gerakerja pengesanan di sekolah-sekolah, tapak-tapak pembinaan dan penempatan-penempatan warga asing seperti di Kg. Pandan, Pandan Mewah dan Lembah Jaya. Menurut beberapa pihak, penyakit Tibi ini telah dibawa masuk oleh pendatang-pendatang asing itu. Penyakit ini telah hampir pupus di negara kita walau bagaimanapun telah muncul kembali apabila berlaku kebanjiran pendatang asing. Kementerian Kesihatan mestilah memandang serius perkara ini dan tidak menunggu sehingga lebih ramai penduduk Ampang Jaya dijangkiti penyakit terse

Peranan Harakah dalam pemilihan di Muktamar PAS Ke 57

Saya mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah terpilih pada pemilihan Muktamar PAS ke 57. Ramai yang berada di dalam keadaan dilema ketika pemilihan kerana ramai yang bertanding adalah kenalan mereka. Contohnya bagi jawatan Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Sdra Mohammad Sabu adalah kenalan saya. Ustaz Nasha kerap memimpin Usrah di Pandan dan Mat Sabu kerap juga turun berceramah di Pandan. Walau bagaimanapun bagi pemilihan AJK PAS Pusat, pada saya keputusannya adalah tidak memeranjatkan. Saya berkata begini kerana saya melihat peranan Harakah di dalam pemilihan kali ini begitu besar. Terdapat mereka yang sering kali disiarkan berita mereka di dalam Harakah telah mendapat undi yang banyak pada pemilihan AJK Pusat tahun ini. Ini mungkin dapat menjawab persoalan kenapa nama-nama besar menduduki tempat-tempat di bawah di kalangan 18 orang yang terpilih sebagai AJK Kerja PAS Pusat. Contohnya Jocelyn Tan dalam Sunday Star 5 Jun 2011 menarik perhatian pembaca tentang undi

UCAPAN WAKIL PAS SELANGOR DI MUKTAMAR PAS KE 57

Tuan Pengerusi Tetap, para pimpinan dan para perwakilan yang dirahmati Allah, PAS Selangor mengucapkan tahniah kepada YB Dato' Seri Presiden di atas satu ucapan dasar yang tepat pada masanya. Tema ucapan dasar 'Membangunkan Negara Berkebajikan' telah memberi harapan baru kepada jutaan rakyat Malaysia yang sedang berhadapan dengan satu kerajaan yang hampir tidak peduli kepada kebajikan rakyat. Rakyat sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup dan menunggu untuk diselamatkan dari mimpi ngeri yang sedang membelenggu mereka. PAS Selangor juga mengucapkan tahniah kerana YB Dato' Seri Presiden yang telah mendedahkan dunia kepada konsep negara berkebajikan dari perspektif Islam. Selama ini jika kita berbicara tentang negara berkebajikan, ramai yang akan memberi tekanan kepada aspek-aspek material semata-mata. Sama ada berkaitan pengagihan kekayaan secara sama rata atau bantuan-bantuan yang disalurkan kepada rakyat. Tetapi semalam, kita telah didedahkan kepada objekti