1 ) Saya lebih yakin kepada meritokrasi dari sebarang label. 2 ) Tidak kira label itu 'Ulamak' atau 'Profesional'. 3 ) Seseorang yang mempunyai kualiti, ilmu, kepakaran, komitmen dan visi untuk memikul sesuatu tanggung jawab wajar diberi peluang tidak kira seorang ulamak atau profesional. 4 ) Seseorang tidak boleh bergantung kepada sebarang label sama ada ulamak atau profesional. 5 ) Mereka mestilah berdiri di atas kekuatan diri mereka sendiri. 6 ) Walau bagaimanapun, sebagai sebuah gerakan Islam maka pemimpin-pemimpin PAS perlu ada ciri-ciri tertentu yang sesuai dengan peranan PAS. 7 ) Tetapi sesuai dengan peranan PAS hari ini yang bukan hanya memimpin orang Islam atau orang Melayu sahaja, pemimpin PAS mestilah berupaya untuk memimpin rakyat yang berbilang kaum. 8 ) Juga sesuai dengan peranan PAS yang merupakan kerajaan di beberapa negeri dan juga kerajaan menanti, pemimpin PAS juga mestilah menguasai kedua-dua cabang ilmu, sama ada ilmu-ilmu dunia dan akhirat. 9 ) Kon
Dato' Iskandar Abdul Samad