Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Alahai Johor....

Kalau ikutkan hati hendak juga berkata hadiah kemenangan BN kepada rakyat Johor adalah banjir besar. Tapi anggaplah ia sebagai ujian dari Allah SWT. Walau bagaimanapun begitulah kisahnya rakyat Johor atau dengan lebih tepat lagi pengundi kawasan DUN Tenang. Setelah memberi kemenangan kepada calon BN, mereka berhadapan dengan ujian yang begitu besar. Mungkin ujian bagi wakil rakyat baru. Sama ada bertungkus lumus semasa berkempen sahaja atau terus turun padang setelah 'menang besar'. Ramai juga yang hairan macam mana boleh 'menang besar'. Ada Muslimat yang merayu undi berkata sehingga jam 1 petang hanya beberapa kerat yang mengundi. Pelik bagaimana jumlah yang keluar mengundi 71%. Mungkin orang Johor belum bersedia untuk berubah seperti orang Selangor atau orang Kedah. Tapi di negeri kubu kuat Umno ini, PAS sudah ada 2 kerusi DUN. Menang di peti undi, bukan menang di atas sebab-sebab teknikal. Saya yakin orang Johor akan berubah. Sejarah menunjukkan pemerintahan negeri J...

Majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2011 DUN Chempaka

Dialog dengan wakil-wakil penduduk rumah panjang PJS1 pada 26 Januari 2011 di Pejabat PAS Kawasan Petaling Jaya Selatan.

Pelancaran kempen keselamatan jalan raya peringkat Negeri Selangor di tol Balakong 26 Januari 2011.

Senamrobik anjuran Pejabat ADUN Chempaka

Minum-minum selepas edar limau mandarin di Pasar Malam Taman Cahaya Indah 25 Januari 2011 bersama JKP Zon 17.

Pengerusi KRT Pandan Mewah berkata dalam Radio Bernama bahawa Dewan Komuniti yang diambil alih Pejabat ADUN Chempaka tidak dijaga. Tapi hari ini kawasan di sekeliling dewan itu siap disimen supaya boleh digunakan untuk bermain badminton, takraw dan futsal. Untuk kenduri pun boleh!

Kursus bersiri membuat kek dan pastri di Dewan Komuniti Pandan Mewah : 57 peserta telah mengikuti siri pertama pada 23 Jan 2011.

Selamat Tahun Baru Cina

Menziarahi keluarga seorang penduduk Kg. India Tangki Air, Pandan Jaya yang meninggal akibat sakit jantung pada 18 Januari 2011.

Isu arak MPSJ : Puncanya adalah perbezaan kepentingan.

Saya melihat isu larangan pekerja Islam terlibat dengan penjualan arak oleh MPSJ timbul kerana perbezaan kepentingan. Dato' Hasan Ali mempertahankan kepentingan Islam. Sudah tentu beliau menyokong larangan ini kerana Islam begitu tegas terhadap arak. Ini ajaran Islam. Kalau tidak faham, kena belajar. Bukan memandai-mandai menyatakan apa yang boleh dan apa yang tidak. Ronnie Liu pula mempertahankan kepentingan pemilik-pemilik perniagaan yang menjual arak. Kalau tidak ada pekerja sudah tentu perniagaan mereka akan terjejas. Saya tidak fikir Ronnie memikirkan kebajikan pekerja-pekerja Islam. Ada yang berkata kita pula berhati-hati supaya isu ini tidak menjadi isu perkauman. Saya tidak faham mengapa ia boleh menjadi isu perkauman. Adakah bila kita melarang orang bukan Islam mengambil pekerja Islam untuk menghidang arak maka kita telah mencabul hak asasi masyarakat bukan Islam? Kalau jawapannya 'ya' maka Islam tidak ada nilai lagi dalam negara kita. Umno pula janganlah menangguk...

CORETAN YDP SIRI 45 - PUSAT TARBIYYAH PANDAN MILIK SETIAP AHLI PAS DI PANDAN

Pada 8 Januari lepas telah dianjurkan satu ceramah perdana di Pandan Indah. Berceramah pada malam itu adalah Tuan Haji Mohammad Sabu atau Mat Sabu yang tidak asing lagi kepada sama ada ahli PAS atau bukan ahli PAS. Saya tidak dapat mengagak jumlah yang hadir pada malam itu. Ada yang kata 500, ada yang kata 1,000 dan ada yang kata 2,000. Walau bagaimanapun, suasana gerai-gerai yang ada pada malam itu adalah bagaikan pasar malam di kawasan yang sama pada setiap hari Selasa. Ramai yang memberitahu saya suasana ceramah pada malam itu jarang kita lihat sejak kita menjadi kerajaan di Selangor. Sekarang ini kita berceramah di dalam dewan atau di dalam stadium tertutup. Suasana ratusan malah ribuan manusia mendengar ceramah di atas padang, di atas jalanraya atau di celah-celah peniaga sambil menghirup sup ‟gearbox” jarang kelihatan. AURA TERSENDIRI Suasana santai seperti ini mempunyai aura yang tersendiri. Walaupun di dalam dewan duduk di atas kerusi dan juga lengkap dengan hawa dingin tetapi ...

ISU ARAK MPSJ

Sebagai seorang Muslim saya tidak ada sebarang pilihan selain dari menyokong tindakan MPSJ melarang org Islam terlibat dgn penjualan arak. Islam tegas dgn arak bukan sahaja melarang umatnya meminum malah menghidang, menjual, mengangkut dsb. Walaupun seorang ahli politik yg memerlukan undi rakyat tetapi akhirnya saya akan menjawab kpd Allah SWT di akhirat kelak. Saya tidak akan menjadi Exco selama-lamanya, kita semua akan mati juga.

Majlis Penyampaian Sumbangan Buku Latihan Dan Ramah Mesra Di Pangsapuri Merpati B, Pandan Indah.

KEGAGALAN SYARIKAT PENGURUSAN ANTARA PUNCA MASALAH-MASALAH DI PPR KOTA DAMANSARA.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar A. Samad, telah mengadakan satu lawatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara pada 11 Januari 2011. Lawatan itu berikutan kerosakan pam air yang menyebabkan penduduk dari salah satu blok telah tidak mendapat bekalan air selama 6 hari. Pam tersebut telah diganti oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan bekalan air kepada penduduk telah dapat dipulihkan. Di dalam tinjauan YB Iskandar, masalah-masalah berikut telah laporkan kepada beliau atau disaksikan oleh beliau sendiri, 1) Masalah keselamatan dan vandalisme - Kerap berlaku kecurian hartabenda penduduk seperti motosikal. 2) Masalah kebersihan - Tangga-tangga dan lorong-lorong dipenuhi dengan longgokan sampah sarap. 3) Masalah lif - Hanya satu dari tiga lif yang berfungsi. Butang-butang lif juga telah hilang. YB Iskandar kesal kerana agen pengurusan telah gagal melakukan kerja-kerja pembersihan dengan sempurna. Malah menurut beliau bukan sahaja ...

Ramainya orang! Solat hajat dan pidato isu perlantikan SUK Selangor 9 Januari 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam.

Sekarang UMNO hendak laga-lagakan Menteri Besar dan Exco-Exco dengan pegawai-pegawai kerajaan.

Menteri Besar dan Exco-Exco bukan bermusuhan dengan Datuk Khusrin bila menolak beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Yang dipertikaikan adalah cara Ketua Setiausah Negara membuat perlantikan tanpa berbincang dengan Menteri Besar. SUK adalah pegawai tinggi kerajaan yang paling utama dan bertanggunjawab melaksanakan polisi-polisi yg dibuat oleh Menteri Besar dan Exco-Exco. Jadi tidak logik perlantikan tidak dibincang dengan mereka. Selepas menjadikan isu perlantikan SUK ini isu perkauman dan cuba melaga-lagakan kerajaan negeri dengan Istana, UMNO cuba melaga-lagakan kerajaan negeri dengan pegawai-pegawai kerajaan. Saya yakin usaha ini tidak akan berjaya kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor amat menghargai akan sumbangan kesemua kakitangan kerajaan. Polisi-polisi dan program-program baru yang dibawa oleh Pakatan Rakyat telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang oleh mereka. Iskandar A. Samad Exco Kerajaan Negeri Selangor 8 Januari 2011

PERASMIAN PEJABAT PERSATUAN PENJAJA PASAR CINA PANDAN JAYA, AMPANG.

Adalah dimaklumkan bahawa Y.B. Iskandar bin Abdul Samad, ADUN Chempaka merangkap EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan akan merasmikan pejabat Persatuan Peniaga Pasar Cina di Pandan Jaya sepertimana di bawah: Tarikh : 8 Januari 2011(Sabtu) Masa : 10.00 pagi Tempat : Pasar Pagi Pandan Jaya, Jln Persiaran 3, Pandan Jaya, Ampang. Pejabat tersebut adalah sumbangan oleh Y.B. Tuan Iskandar bin Abdul Samad. Wartawan dan jurufoto dijemput hadir untuk membuat liputan.

Yang penting rumah-rumah tidak diroboh!

UMNO telah naikkan banner mengatakan Menteri Kerja Jaya yang selamatkan 81 rumah di Tmn Bakti dari diroboh dgn mengubahkan laluan Lebuhraya Besraya. Sebagai ADUN saya tidak peduli siapa yg selamatkan rumah-rumah itu. Yang penting penduduk tidak perlu berpindah. Alhamdulillah. Kalau UMNO hendak mengaku ini jasa mereka. Silakan! Tetapi rakyat tahu laluan lebuhraya dipinda setelah Kerajaan Negeri mengarahkan Besraya membentangkan laluan alternatif yang tidak melibatkan perobohan rumah-rumah. Di mana Menteri sebelum ini? Di manakah ADUN UMNO sebelum ini? Perancangan dibuat di zaman beliau. Tetapi tidak payah dipanjangkan isu ini. Memadailah penduduk Taman Bakti dapat tidur lena. Biarkan UMNO mempolitikkan isu ini. Saya faham, tidak ada apa-apa yang mereka hendak tunjukkan kepadat rakyat.

BN mahukan cetuskan rusuhan di Selangor?

Kita perlu berhati-hati kerana saya bimbang BN dan UMNO akan mencetuskan rusuhan atau kekacauan di Selangor. Lebih-lebih lagi Utusan dan RTM telah menjadikan isu perlantikan Setiausaha ini isu perkauman. Satu demonstrasi yang didalangi UMNO telah dianjurkan di Shah Alam tempoh hari. BN telah gagal merampas Selangor dengan membeli ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. Mereka hanya dapat mempengaruhi ADUN Pelabuhan Klang yang kami pun tidak mahu. Isu pasir dan isu logo 1Malaysia tidak disambut oleh rakyat. Jika ada pilihanraya, belum tentu Selangor dapat dirampas. Oleh itu sebagai jalan pintas untuk mencapai matlamat mereka, cetuskan kekacauan dan isytiharkan dharurat. Mereka pernah melakukannya di Kelantan ketika PAS di dalam BN. Mereka boleh melakukannya sekali lagi. Oleh itu, jangan kita layan provokasi BN. Kerajaan Negeri Selangor masih belum boleh menerima Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tetapi kita semua seharusnya bertenang. Selepas ini Kerajaan Negeri akan mengadakan perbinc...

Utusan Melayu merapu lagi....

Utusan hari ini memainkan sentimen bangsa di dalam isu perlantikan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK). Kononnya orang Melayu perlu bersatu menyokong Datuk Khusrin demi mempertahankan bangsa Melayu. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, calon-calon SUK yang lain pun Melayu Islam. Sentimen yang dibangkitkan oleh Utusan memberi gambaran seolah-olah calon-calon yang lain bukan orang Melayu Islam. Ini adalah satu penipuan. Mungkin ada baiknya saya menyenaraikan nama-nama mereka yang disenarai pendek oleh Menteri Besar dan Exco-Exco untuk mengelakkan rakyat terus ditipu oleh Utusan dan UMNO. Pegawai-pegawai tinggi yang telah ditemuduga dan disenarai pendek adalah, 1. Dato' Noordin - Timbalan SUK 2. Dato' Roslan - Dato' Bandar MBPJ 3. Dato' Adnan - YDP MBSJ Nama-nama itu telah dipersembahkan kepada Tuanku Sultan. Kenapa pula menolak Dato' Khusrin dikatakan anti Melayu? Calon-calon di atas juga Melayu Islam. Utusan sentiasa mahu menangguk di a...

UMNO SILAP KEMPEN.....

Propaganda UMNO berkata demi Melayu, demi Islam orang Melayu kena sokong Datuk Khusrin sebagai SS. UMNO memang buta sebab 3 calon SS dari Exco juga Melayu Islam. Biasalah UMNO, asyik hendak membakar sentimen perkauman.

BN's rep loyalty in doubt?

The BN controlled media reported that Pakatan Rakyat does not enjoy a 2/3 majority and so cannot ammend the State Cosntitution to return the power to choose the State Secretary back to the Tuanku Sultan and Menteri Besar. Why should the BN's ADUNs oppose such a move? Are they not also the loyal subjects of the Tuanku Sultan? Don't they still consider themselves Selangorian? They have no choice but to support such ammendment.

MENTERI BESAR SELANGOR HADIR MAJLIS KESYUKURAN DI TAMAN BAKTI : SABOTAJ KAIN RENTANG TIADA KESAN.

Majlis kesyukuran di surau kawasan rumah teres Taman Bakti tengah hari tadi telah dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim. Penduduk dan pejabat saya telah menganjurkan majlis tersebut kerana bersyukur Lebuhraya Besraya tidak akan melalui taman itu dan 81 buah rumah terselamat dari perobohan. Penduduk telah membantah laluan asal yang dibuat di zaman BN dan saya telah membawa kes ini ke Mesyuarat Exco. Exco telah mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia membentangkan laluan alternatif kepada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor. Akhirnya Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan lebuhraya itu mengikut laluan yang tidak melibatkan perobohan rumah. Majlis tadi telah berjalan lancar walaupun 2 kain rentang telah dibakar dan dikoyak. Agaknya siapa yang dengki? Iskandar A. Samad 2 Januari 2011.

DULU LAIN, SEKARANG LAIN, SANA LAIN, SINI LAIN!

'Dulu-dulu takde bantuan macam ni' Begitulah kata2 seorang penduduk Kg Pandan di Majlis Jamuan Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Buku Latihan Kpd Pelajar mlm tadi anjuran ADUN Chempaka dan JKKK Kg Pandan. Di masa yg sama, Pemuda UMNO buat Battle Of The Band di Axis Pandan.