Borang permohonan untuk membeli rumah kos rendah adalah hanya RM2 sekeping. Oleh itu, saya amat terkejut apabila menerima aduan bahawa terdapat mereka yang menawarkan borang-borang tersebut dengan harga setinggi RM300. Saya menasihatkan mereka yang ditawarkan borang-borang itu lebih tinggi dari harga yang sebenar agar membuat laporan Polis atau melaporkanya terus kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor di Shah Alam. Borang-borang itu boleh didapati dari Lembaga Perumahan atau dari mana-mana Pejabat Daerah. Kerajaan negeri tidak pernah melantik mana-mana agen untuk mengedarkan borang-borang tersebut. Kerajaan negeri juga tidak melantik mana-mana pihak untuk memproses sebarang permohonan. Semua permohonan akan diproses oleh Lembaga Perumahan. Oleh itu, dakwaan bahawa ada pihak yang boleh membantu mendapatkan kelulusan untuk membeli rumah kos rendah adalah tidak benar. Rumah-rumah kos rendah dibina oleh pemaju tetapi mereka tidak boleh menjualnya terus kepada sesiapa sahaja. Mere
Dato' Iskandar Abdul Samad