Bagi pihak Jawatankuasa Panitia Muktamar Ke 55 saya mengucapkan terima kasih di atas kerjasama para perwakilan. Kami telah melakukan persiapan yang rapi dan terperinci untuk memastikan kejayaan Muktamar tahun ini dan berharap ia akan dapat meninggalkan kenangan manis kepada perwakilan sekelian. Kami juga memohon maaf kepada para pimpinan, perwakilan, pemerhati, pengunjung dan peniaga sekiranya terdapat sebarang silap dan salah yang dilakukan oleh kami. Untuk Muktamar tahun ini, 15 jawatankuasa kecil yang telah ditubuhkan selain dari jawatankuasa induk. Keseluruhannya lebih 100 orang telah terlibat di dalam mesyuarat-mesyuarat yang telah bermula sejak bulan Mac lagi. Untuk mengendalikan Muktamar yang ke 55 ini, telah dikerahkan lebih 100 petugas keselamatan, 400 anggota Unit Amal, 60 petugas dewan atau Bentara, 60 petugas protokol, 60 petugas pemilihan serta petugas-petugas lain untuk jamuan, persegaran, gerai, penerangan, media dan lain-lain lagi. Kami telah berusaha untuk menjadikan M