Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

MASALAH PENDUDUK RUMAH PANJANG PJS1 AKAN BERAKHIR

Penantian 29 keluarga rumah panjang di PJS1, Petaling Jaya akan berakhir. Mereka telah menunggu hampir 7 tujuh tahun untuk rumah kos rendah mereka tetapi ia tidak dapat dibina kerana terdapat perintah mahkamah menghalang pembinaannya. Ianya diambil oleh penduduk setempat yang membantah pembinaan pangsapuri tersebut. Selain dari itu, rumah panjang itu juga terletak di atas tapak sekolah yang perlu dimulakan pembinaannya dengan segera. Beberapa siri perbincangan telah diadakan yang melibatkan Exco Perumahan, Pengurusan Bandar & Setinggan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pemaju untuk mencari satu penyelesaian. Akhirnya pemaju telah bersetuju untuk membina pangsapuri tersebut di tapak yang lain. Oleh yang demikian, penduduk rumah panjang itu akan mendapatkan kepastian bila rumah mereka akan siap. Maka penduduk akan mendapat rumah mereka dan sekolah akan dapat bina. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa berpindah buat sementara waktu ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Suban

LAPORAN KERUNTUHAN JAYA SUPERMARKET AMAT PENTING

Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji dengan teliti laporan keruntuhan bangunan Jaya Supermarket, Petaling Jaya semalam. Kompleks tersebut adalah dalam proses dimajukan semula di mana satu blok akan dirobohkan dan dua blok lagi akan dinaiktaraf. Blok yang sedang dirobohkan ini telah runtuh dan telah meragut beberapa nyawa. Laporan keruntuhan ini penting kerana Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk membangunkan semula kawasan-kawasan lama di negeri ini iaitu dengan melakukan "urban redevelopment". "Urban Redevelopment" merupakan sebahagian dari pakej ransangan ekonomi Kerajaan Negeri Selangor dan ia memerlukan perobohan bangunan-bangunan lama dan dimajukan dengan pembangunan yang lebih berdaya saing. Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji laporan keruntuhan ini untuk memastikan apabila "Urban Redevelopment" ini dilaksanakan, tragedi Jaya Supermarket ini tidak akan berulang. Iskandar Abdul Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setin

PENYELEWENGAN TANAH BUKIT BOTAK : MEREKA YANG DISINGKIR AKAN DIBELA

SHAH ALAM - Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad memberi jaminan bahawa nasib mereka yang telah disingkirkan di dalam rancangan penyelesaian setinggan Kg. Bukit Botak, Selayang akan dibela. Menurutnya lebih 1,400 bekas setinggan telah diberikan tanah oleh kerajaan Barisan Nasional yang lepas. Walau bagaimanapun, terlalu banyak aduan yang telah diterima tentang berlaku penyelewengan dan penipuan. Iskandar memberitahu terdapat aduan bahawa mereka yang tidak menetap di kampung itu turut diberikan tanah sementara mereka yang tidak menyokong Barisan Nasional telah disingkirkan. Beliau juga melaporkan bahawa di dalam satu kajian yang dibuat terdapat mereka yang mendapat tanah berumur kurang dari 18 tahun ketika bancian setinggan dilakukan pada tahun 1985 malah ada yang hanya 8 tahun. "Kerajaan negeri telah menangguhkan pengeluaran geran bagi baki geran-geran yang masih belum dikeluarkan sehingga segala siasatan selesai dilakukan tetapi

Sejenak bersama Iskandar Abdul Samad, Pengarah Jawatankuasa Panitia Muktamar Agung PAS Ke 55

1. BUKANKAH DENGAN NEGERI SELANGOR DIKUASAI PAKATAN RAKYAT MAKA TUGAS MENGANJURKAN MUKTAMAR DI SELANGOR ADALAH LEBIH MUDAH? Ya dan tidak! Dari satu sudut adalah lebih mudah untuk mendapatkan tempat-tempat untuk bermuktamar atau kerjasama dari agensi-agensi kerajaan negeri. Mungkin hampir mustahil untuk menempah Stadium Malawati atau Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam jika kita bukan kerajaan. Tetapi harapan atau "expectation" ahli-ahli adalah begitu tinggi apabila PAS adalah sebahagian dari kerajaan di negeri tersebut. Lebih-lebih lagi Selangor berstatus sebuah negeri maju maka sudah tentu ahli-ahli mahu yang lebih baik dari Muktamar di Kelantan atau Kedah. 2. ADAKAH SELANGOR AKAN MENYEDIAKAN YANG TERBAIK? Kami akan berusaha sedaya upaya agar Muktamar tahun ini berjalan lancar dan memastikan keselesaan mereka yang hadir. Tetapi persiapan kali ini adalah lebih sederhana. Kami tidak akan bermewah-mewah sesuai dengan keadaan ekonomi dunia dan negara yang lembab. Tidak wajar bagi k

PERSAINGAN DI DALAM DUNIA YANG BERUBAH

Baru-baru ini Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan apa yang dikenali liberalisasi ekonomi. Ini merupakan di antara pembaharuan-pembaharuan yang perkenalkan oleh beliau setelah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh. Polisi baru ini menghapuskan keperluan syarikat-syarikat di dalam sektor tertentu untuk mempunyai rakan kongsi Bumiputera jika mahu mendapat kontrak kerajaan. Dengan polisi baru ini tidak akan ada lagi Bumiputera yang hanya menjual nama mereka kepada syarikat-syarikat bukan Bumiputera yang mahu memasuki tender kerajaan. Syarikat-syarikat Bumiputera sekarang perlu bersaing bersama-bersama yang bukan Bumiputera atas dasar sama rata ( on equal grounds ). Mereka tidak boleh lagi "tumpang sekaki" walhal yang membuat kerja adalah kontraktor bukan Bumiputera. Tetapi bolehkah kontraktor Bumiputera bersaing di dalam suasana yang baru ini? ALI BABA Saya mengenali ramai kontraktor Melayu yang berwibawa dan bukan sekadar "Ali Baba". Tetapi

Adakah ini calon-calon pilihan Harakah?

Mungkin bukan saya sahaja yang perasaan tetapi akhir-akhir ini seolah-olah Harakah sedang mempromosikan pemimpin-pemimpin tertentu. Ada yang bertanya, adakah ini calon-calon pilihan Harakah? Kalau pilihan Harakah, pilihan siapa? Asyik-asyik mereka sahaja sehingga timbul tanda tanya. Malah mungkin di dalam keghairahan Harakah, ada yang jawatannya pun silap dicetak oleh akhbar itu. Saya yakin ahli-ahli mahu Harakah berlaku adil dan saya yakin Harakah mahu berlaku adil tetapi ia perlu lebih berhati-hati ketika tahun pemilihan. Mulut manusia susah hendak ditutup seperti mulut tempayan. 10 Mei 2009