Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

AYAM MATI DI KEPUK PADI .......

Web Sutera dari Kg Pandan menulis :- YB, apa kategori "peniaga-peniaga warga asing"? Patutkah kita halang mereka berniaga sekiranya mereka tidak buat kacau? Adakah "peniaga-peniaga warga asing" itu yang rajin berniaga dan ambil kesempatan atau orang Melayu yang malas berniaga? Komen saya :- Tidak adil malah satu jenayah apabila warga asing boleh berniaga sesuka hati apabila peniaga-peniaga tempatan terpaksa membayar lesen, menghadiri kursus kesihatan dan mendapatan suntikan mencegah jangkitan penyakit jika mahu berniaga. Rajin atau pandai mencari kesempatan tidak boleh menghalalkan perbuatan yang salah. Sebagai wakil rakyat saya perlu melindungi kepentingan rakyat tempatan. Warga asing juga mempunyai latar belakang yang berbeza. Kos sara hidup mereka adalah rendah. Ada yang sanggup tinggal sehingga 4 atau 5 keluarga satu rumah. Oleh itu, kalau sewanya RM800 sebulan, satu keluarga hanya membayar lebih kurang RM200 sahaja. Tetapi warga tempatan yang tinggal satu kelua...

MANSUHKAN PUNGUTAN RM1.00 PASAR MALAM

Pada 22 Januari lepas saya telah mempengerusikan satu dialog di antara MPAJ dan peniaga-peniaga pasar malam di Menara MPAJ, Pandan Indah. Saya menyokong tuntutan para peniaga agar dimansuhkan pungutan RM1 oleh MPAJ bagi setiap petak setiap kali pasar malam diadakan. Pungutan ini pada mulanya RM2 dan dimulakan dalam tahun 2006. Tetapi akibat bantahan peniaga, ianya telah diturunkan kepada RM1. Walau bagaimanapun, para peniaga tetap membantah dan PAS dalam tahun 2007 telah menyokong tuntutan mereka. Oleh itu, tidak ada sebab kenapa PAS perlu mengubah pendiriannya sekarang. Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk meringankan beban rakyat. Peniaga-peniaga telah pun membayar RM3 bagi setiap petak setiap kali pasar malam kepada pengurus pasar malam. Pungutan RM1 ini dikatakan akan digunakan untuk memperbaiki sebarang kerosakan pada tapak pasar malam. Sepertimana yang kami pernah suarakan sebelum pilihanraya, MPAJ perlu menyalurkan d...

TUKAR PEGAWAI PBT?

Pertukaran kakitangan di antara PBT perlu dilakukan dengan lebih kerap kerana ia satu cara untuk memastikan pengalaman dan kepakaran mereka dikongsi oleh semua PBT. Tahap kecekapan, bentuk kepakaran dan jenis pengalaman setiap kakitangan adalah berbeza dan boleh dimanfaatkan bersama oleh semua PBT-PBT. Selain dari itu, ianya dapat menghilangkan kelesuan dan kebosanan apabila seorang kakitangan terpaksa berkhidmat di PBT yang sama sehingga bertahun-tahun lamanya. Ia akan dapat memberikan pengalaman baru kepada mereka kerana akan berhadapan dengan cabaran-cabaran baru. Kehadiran kakitangan baru juga boleh menyuntik semangat baru terutamanya jika ianya adalah seorang Ketua Jabatan dan lebih-lebih lagi jika seorang Yang Dipertua atau Dato' Bandar. Pertukaran juga perlu dilakukan kerap untuk mengelak sebarang amalan-amalan yang kurang sihat seperti pilih kasih, salah guna kuasa dan rasuah berakar umbi. Pihak polis juga mengamalkan perkara yang sama di dalam menempat pegawai-pegawai mere...

MPAJ TIDAK WAJAR MENGURANGKAN CUKAI PINTU BAGI KORPORAT-KORPORAT BESAR.

MPAJ tidak wajar melayan sebarang permohonan pengurangan cukai pintu dari korporat-korporat besar. Adalah tidak adil cukai pintu bagi mereka dikurangkan tetapi rakyat terpaksa membayar cukai pada kadar yang biasa. Lebih-lebih lagi ramai yang terpaksa disita harta mereka kerana gagal atau lewat membayar. Jika para korporat berhadapan dengan kelembapan ekonomi, rakyat juga berhadapan dengan kelembapan ekonomi Oleh itu, tidak ada sebab kenapa mereka perlu diberi layanan istimewa. MPAJ juga akan terdedah kepada pelbagai tuduhan jika tunduk kepada permintaan tersebut. 17 Januari 2009

TENTERA OIC?

Selain tekanan ekonomi dan boikot, OIC digesa kerah bala tentera untuk lindungi rakyat Palestin kata Setiausaha Agung PAS Dato Kamarudin Jaffar - HRKH Tapi negara-negara Islam hanya pandai menggunakan tentera dan pasukan keselamatan terhadap rakyat mereka sendiri. Beribu-ribu polis dan SB dikerah ke P.036 Kuala Terengganu, alangkah baik jika mereka dikerahkan untuk melindungi penduduk Gaza dari keganasan Zionis.

TAHNIAH KEPADA PETUGAS-PETUGAS P.036

Tahniah kepada petugas-petugas Pakatan Rakyat terutamanya dari Selangor yang telah berkampung di Kuala Terengganu sejak hari penamaan calon. Semoga segala usaha-usaha tuan/puan akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.

“NAFI LEMBAGA PERUMAHAN LEMBAB”

Saya menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) lembab di dalam menangani masalah rakyat. Punca kepada masalah yang dihadapi oleh penduduk pangsapuri dan kondominium adalah akta utk kediaman bertingkat yang lemah dan tidak jelas. Ini dieksploitasi oleh pemaju untuk terus menindas penduduk. Pemaju telah menggunakan kelemahan akta ini untuk memastikan pengurusan bangunan terus di bawah kawalan mereka. Jawatankuasa yang menguruskannya (JMB) dirancang supaya terdiri dari mereka yang memihak kpd pemaju. Ada mesyuarat penubuhan JMB yang diadakan pada hari dan waktu yang tidak munasabah supaya hanya “orang-orang pemaju” sahaja yang hadir. Akta ini tidak menetapkan hari dan waktu mesyuarat itu patut diadakan. Oleh itu, Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 7 Januari lepas telah meluluskan garis panduan bagi mesyuarat tersebut. LPHS akan mengeluarkan garispanduan yang lengkap dalam masa seminggu. Garis panduan yang akan dikeluarkan itu meneta...

Siapa pulak pasang banner macam ni?

Idris, Ismail, Ilyas dan Ishaq di sebuah warung Kg. Raja.

SYABAS PERLU LONGGARKAN SYARAT-SYARAT MIGRASI

Saya mendapat banyak aduan dari ramai penduduk rumah bertingkat sama ada pangsapuri atau kondominium bahawa mereka terbeban kerana tidak dicaj secara terus oleh Syabas. Sebaliknya Syabas hanya membaca meter pukal di pembangunan-pembangunan seperti itu dan bukannya meter-meter individu di unit-unit kediaman. Pemaju atau ejen pengurusan akan kemudiannya mengeluar bil-bil kepada penduduk. Bil yang dikeluarkan selalunya dipertikaikan oleh penduduk kerana, Kadar caj adalah jauh lebih mahal dari kadar Syabas dan kadang kala sehingga dua kali ganda kerana pemaju atau ejen pengurusan akan mengambil untung. Bacaan meter oleh pemaju atau ejen pengurusan sering dipertikaikan kesahihannya. Akibat dari rasa tidak puas hati penduduk, ramai yang enggan membayar bil air mereka. Terdapat juga yang tidak membayar bil-bil air mereka kerana tidak puas hati dengan tahap pengurusan dan penyelenggaraan bangunan mereka seperti keadaan yang kotor atau lif yang tidak berfungsi. Sekiranya ramai yang mempunyai bi...