Saya masih ingat lagi rapat umum pertama yang saya hadiri. Ianya pada pilihanraya umum 1974, ketika itu saya berada di dalam tingkatan 1 dan saya telah dibawa ke sana oleh bapa saya. Walaupun rapat umum itu adalah rapat umum BN tetapi semasa itu kami menetap di Petaling Jaya yang merupakan kubu kuat pembangkang. Dalam pilihanraya umum tahun 1969, Goh Hock Guan mewakili DAP telah menang di sana. Ketika DAP hampir menang di Selangor dalam tahun 1969, beliau dikatakan akan menjadi Menteri Besar. Tetapi Gerakan di Selangor pimpinan Tan Chee Koon enggan bersama DAP di dalam sebuah kerajaan campuran. Maka UMNO-Perikatan kembali berkuasa. Pada pilihanraya umum 1974, beliau telah “belot” dan bertanding di atas tiket BN tetapi kalah di tangan calon DAP. Walaupun di sekolah rendah, saya tahu wakil rakyat saya bernama Goh Hock Guan dari parti “roket”, Beliau adalah seorang arkitek tetapi itu bukanlah pendorong kepada saya untuk menjadi seorang arkitek hari ini. Mungkin Goh Hock Guan tidak dapat “
Dato' Iskandar Abdul Samad