Menurut Kamus Dwibahasa Dewan Bahasa, perkataan Inggeris “tangible” bermaksud “yang dapat dirasai oleh pancaindera, bukan khayalan” atau “dapat dibuktikan kebenarannya”. “Rhetorical” pula bermakna “yang menggunakan kata-kata (bahasa) dan gaya yang bertujuan untuk menarik hati atau memujuk”. Sebagai sebuah parti politik pembangkang mungkin adalah agak payah bagi kita hendak menawarkan sesuatu yang “tangible”. Kita mungkin akan dicap sebagai “rhetorical” sekiranya kita sekadar berucap atau berceramah sahaja. UMNO seringkali melabelkan PAS sebagai sebuah parti yang “rhetorical” tanpa menawarkan sesuatu yang “tangible” kepada rakyat. Pemimpin-pemimpin PAS dikatakan hanya pandai berceramah sahaja. Walau bagaimanapun, “track record” kita di Kelantan sejak akhir-akhir ini menunjukkan bahawa dakwaan ini adalah tidak benar. Tetapi itu di dalam keadaan kita merupakan kerajaan yang memerintah, bagaimana pula dengan PAS di negeri-negeri lain di mana kita tidak memegang tampuk pemerintahan? Bagaima
Dato' Iskandar Abdul Samad