Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2007

JALALABAD TERUS BERTAHAN

Ketika saya bekerja di UK saya pernah tinggal di Ponders End, utara London yang mempunyai ramai penduduk Islam berketurunan Bangladesh. Di sana terdapat sebuah kedai bernama Jalalabad Halal Grocers. Pada saya adalah satu keajaiban sebuah kedai runcit yang dikelilingi pasar raya-pasar raya besar seperti Tesco dan Sainsbury dapat bertahan. Ketika itu kedainya agak buruk dan harga barangannya sudah tentu lebih mahal dari pasar raya tetapi ia tetap mendapat sokongan dari masyarakat di situ. Begitulah masyarakat Bangladesh yang tetap akan memberi sokongan kepada perniagaan bangsa mereka. Mereka tidak akan membiarkan Jalalabad gulung tikar. Baru-baru ini saya telah melayari internet dan mendapati ianya masih wujud. Terdapat banyak lagi kedai seperti Jalalabad di Britain. Kalau hendak diharapkan jualan daging halal atau rempah-ratus, kedai-kedai runcit seperti itu tidak akan dapat bertahan lama. Tetapi masyarakat minoriti di Britain adalah berbeza dari masyarakat Melayu di Malaysia. Mereka te

SAMPAH BERTABURAN DI PERUMAHAN RAKYAT PANDAN UTAMA - SALAH SIAPA?

Di manakah tong-tong sampah besar untuk menempatkan sampah-sampah penduduk? Sekejap ada. Sekejap tiada. Jangan salahkan penduduk kerana mereka tiada pilihan selain dari untuk membuang sampah di atas jalan raya. Tetapi di manakah mereka yang sepatutnya bertanggunhjawab? Di manakan perginya wakil-wakil rakyat? Di manakah perginya ADUN Cempaka, Dato' Mad Aris Mad Yusuf? Janganlah hanya datang melawat semasa pilihanraya atau ketika mesyuarat agung UMNO Cawangan sahaja. Bayangkan masalah yang dihadapi penduduk. Bau busuk, lalat dan tikus mengancam kesihatan mereka.Saya pernah hadir di satu majlis di rumah yang berdekatan dan amat payah untuk menjamu selera kerana lalat-lalat yang berterbangan. Oleh itu, turunlah ke padang YB. Mungkin mereka bukan orang yang kaya raya macam YB tapi mereka juga manusia. Mereka sepatutnya dilayan dengan sewajarnya. Tetapi nampaknya YDP PAS yang lebih dulu turun. PAS akan tetap memperjuangkan nasib rakyat. PAS akan terus prihatin. PAS akan tetap cakna. In

KEMATIAN SAIFUL AZMI B. MOHAMMAD

PAS / K.100 / 2.01c ( 37 ) 3 September 2007 Kepada, Tuan Pengerusi & Ahli Suruhanjaya SUHAKAM, SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA, Tingkat 29, Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel: 603-26125600 Faks: 603-26125620 E-mel: admin@suhakam.org.my ; humanrights@suhakam.org.my Tuan/Puan, KEMATIAN SAIFUL AZMI B. MOHAMMAD Pihak kami mendesak agar satu siasatan bebas dilakukan berikutan kematian Saiful Azmi b. Mohammad, 39 tahun, dari Kg. Dato’ Harun dekat Kg. Pandan Dalam, Selangor. Kami diberitahu oleh penduduk kampung itu beliau telah ditahan oleh pihak polis di sebuah warung berhampiran dengan tempat tinggalnya pada pagi 31 Ogos lepas. Walau bagaiamanapun beliau telah dimasukkan ke Hospital Ampang di dalam keadaan koma pada malam hari tersebut. Saiful telah akhirnya meninggal dunia pada pagi 2 September. Kami telah difahamkan pelbagai pihak termasuk keluarga mangsa telah mempersoalkan penjelasan pihak polis. Menurut mereka kecederaan yang di alami oleh Saiful ti

CALON BN DUN CEMPAKA BAGI PRU XII

Inilah calon yang diura-urakan akan diketengahkan oleh UMNO untuk menggantikan Dato' Mad Aris Mad Yusuf.

DI ANTARA HANG TUAH DAN MEGAT SERI RAMA

Baru-baru ini kita telah menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 50. Sambutan yang dianjurkan oleh kerajaan memaparkan seolah-olah kemerdekaan ini 100% diusahakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Malah pimpinan parti-parti komponen Perikatan lain turut diketepikan. Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan sejarah versi UMNO, nama-nama seperti Ustaz Abu Bakar Al-Bakir, Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Pak Sako, Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbung telah ditonjolkan. Perjuangan menuntut kemerdekaan tidak bermula dengan perjuangan menentang Malayan Union. Sejak Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511, orang-orang Melayu tidak berdiam diri tetapi terdapat pelbagai usaha untuk menghalau penjajah dari Nusantara. Saya tidak ingin menyentuh tentang perkara ini tetapi saya ingin menarik perhatian kita semua kepada seorang tokoh walaupun beliau jarang dikaitkan dengan perjuangan menentang penjajahan. Pada pendapat saya, beliau adalah satu-satunya orang Melayu yang sanggup menentang aru