Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2007
UMNO MEMBUAT ORANG MELAYU DIPANDANG HINA Seorang jurutera sebuah syarikat kontraktor pernah dengan tiba-tiba memberi saya sebuah bungkusan. Saya terkejut apabila membukanya kerana mendapati wang berjumlah RM25,000. Setelah mendapatkan nasihat dari peguam Zulkifli Nordin saya telah membuat laporan polis dan juga laporan kepada BPR. Rasuah di dalam industri pembinaan adalah satu perkara biasa. Siling runtuh, tiang retak, bumbung bocor dan pelbagai lagi kerosakan yang berlaku kemungkinan besar akibat dari amalan rasuah. Tidak salah jika saya mengatakan yang memberi selalunya Cina dan yang menerima selalunya Melayu. Apabila sesuatu kelulusan tidak diberi maka andaiannya adalah sogokan perlu diberikan. Di dalam kes saya kelulusan untuk beberapa kerja yang tidak menurut piawaian telah saya tahan. Maka pihak kontraktor menyangka bahawa saya seperti orang Melayu lain yang mahukan sogokkan jika inginkan kelulusan. Begitulah hinanya orang Melayu di kaca mata orang Cina. Pada mereka orang Melayu
POLICE URGED TO SPEND MORE TIME FIGHTING CRIME AND STAY AWAY FROM POLITICS PANDAN JAYA, 9TH JULY 2007 : Pandan PAS chief Iskandar Abdul Samad urged the police today to spend more time fighting crimes and to stay away from politics. Last night UMNO had attempted to disrupt the visit by PAS Vice President Haji Mohammad Sabu to Pandan by hastily organising a karaoke contest about 100 metres away. The satay feast followed by a meet-the-people session in Pandan Jaya was almost drowned out by the karaoke speakers. The police had failed to stop the provocation by UMNO that could potentially lead to a riot Iskandar said that clashes could have occurred if PAS members wanting to meet Mohammad Sabu had not shown restraint. “There were almost 30 policemen that night but they had failed to stop the provocation by UMNO that could spark a riot. A jeep loaded with members of the Light Strike Force complete with helmets, batons and shields was also spotted nearby but did nothing,” Iskandar added. With
BEZANYA FORMULA PERPADUAN UMNO DAN PAS Pada pilihanraya kecil DUN Batu Talam baru-baru ini, calon BN telah hanya berhadapan dengan seorang calon bebas kerana parti-parti pembangkang telah bertindak memboikot pilihanraya tersebut. Walau bagaimanapun dalam tahun 1993, PAS telah meletakkan calon pada satu pilihanraya kecil di dalam DUN yang sama menentang calon UMNO. Pilihanraya kecil terpaksa diadakan kerana ADUN kawasan tersebut telah maut di tangan Mona Fandey dan rakan-rakannya. Ketika itu kami dari Ampang Jaya (sekarang telah menjadi Ampang dan Pandan) telah ditugaskan membantu jentera pilihanraya PAS di sana dan telah ditempatkan di daerah mengundi Ulu Sungai dan Gali Tengah. Haji Sarom Jais sebagai Naib Yang Dipertua PAS Kawasan (ketika itu belum ada lagi jawatan Timbalan Yang Dipertua) telah mengetuai petugas-petugas kita di Ulu Sungai dan saya sebagai Setiausaha PAS Kawasan berada di Gali Tengah. Ketika kami berkempen, hati-hati kami telah disedapkan dengan satu cerita kononnya b
ADAKAH ORANG MELAYU MASIH MEMPUNYAI SEBARANG NILAI? Apabila masyarakat Cina mengadakan demonstrasi menuntut kerajaan bertindak terhadap kadar jenayah yang tinggi di Johor, mesyuarat Kabinet pada 20 Jun lepas telah bersetuju untuk menambah anggota polis di sana. Dilaporkan sebagai tindakan segera 100 Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 300 Pasukan Gerakan Am (PGA) akan ditempatkan di selatan Johor. Nisbah seorang anggota polis kepada penduduk akan diturunkan dari 1,500 kepada 650. Balai-balai polis baru akan dibuka. Begitu berharga nilai suara masyarakat Cina sehingga kerajaan telah bertindak dengan segera. Masih ingatkah anda tentang kes ketuk-ketampi di sebuah balai polis? Pada mulanya disangka bahawa yang terlibat itu adalah seorang warga Cina maka hebohlah seluruh masyarakat Cina. Tetapi apabila kerajaan mengumumkan bahawa mangsa itu adalah seorang Melayu maka isu tersebut mati begitu sahaja. Di manakah maruah umat Islam? Seolah-olah tidak mengapa seorang wanita Islam dihina kerana