Saya melihat ramai pemimpin dan ahli dari parti gabungan PH yang membuat komen tentang Muktamar PAS yang bermula semalam di Pahang. Muktamar tahun ini bermula dengan Muktamar Muslimat dan kemuncaknya adalah Muktamar utama yang bermula Jumaat ini. Pada pandangan saya, serangan-serangan terhadap PAS terutamanya ke atas ucapan-ucapan pemimpin PAS timbul akibat rasa tidak selamat atau "insecure" mereka. Ia dilakukan kerana mereka merasakan PAS adalah ancaman kepada hasrat mereka untuk terus kekal sebagai kerajaan. Oleh itu, walaupun mereka menyerang namun tindakan mereka adalah untuk mempertahankan diri atau bersifat "defensive". Saya tidak ada masalah dengan serangan-serangan tersebut kerana ia hanya akan memberi publisiti kepada perjuangan PAS. Paling kurang rakyat Malaysia tahu Muktamar PAS sedang berlangsung walaupun tidak ramai yang tidak tahu. Tetapi nasihat saya kepada mereka adalah harap selesaikan masalah parti anda terlebih dahulu. Tid...