Di dalam usaha untuk memastikan sasaran pembinaan sebanyak 35,000 Rumah Mampu Milik di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuas Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Mampu Milik Negeri Selangor. Tujuan jawatankuasa ini adalah untuk : 1) Memantau permohonan dan kelulusan Rumah Mampu Milik. 2) Menyelaras pembinaan Rumah Mampu Milik. 3) Merancang pembinaan Rumah Mampu Milik. Di antara usaha-usaha yang dilakukan adalah mengenalpasti Rumah Mampu Milik termasuk Rumah Kos Rendah dan Rumah Kos Sederhana yang telah diwajibkan ke atas pemaju-pemaju untuk dibina. Hasil siasatan yang dilakukan mendapati bahawa terdapat Rumah Kos Rendah dan Rumah Kos Sederhana yang wajib dibina oleh pemaju tetapi masih belum lagi dibina.Terdapat rumah-rumah yang mendapat kelulusan pada tahun 90’an di zaman Kerajaan Negeri Barsian Nasional yang masih belum dibina. Contohnya Pendengaran Awam Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam minggu ini mend...