Oleh Nurkhairini Jumari, Sinar Harian. SHAH ALAM – Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad menasihati pemimpin dan juga ahli Pas supaya berhenti mengeluarkan sebarang spekulasi berhubung tindakan yang bakal dihadapi oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa pada 9 September ini. Menurutnya, sepatutnya tidak perlu sebarang kenyataan dan spekulasi dari pemimpin mahupun ahli Pas kerana perkara tersebut telah diserahkan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan. "Kita tunggu sahajalah 9 September ini, tidak perlu sebarang spekulasi. "Kita terima apa juga keputusan yang dibuat Majlis Syura," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, tindakan pemimpin yang membuat spekulasi mengenai sesuatu isu yang sudah diberi kuasa kepada Majlis Syura membuat keputusan umpama menghina Majlis Syura itu,. "Jika sesuatu kes dibawa ke mahkamah dan kita mengulas kes tersebut seumpamanya menghina mahkamah. "Begitu juga dalam hal ini. Jika sudah
Dato' Iskandar Abdul Samad