Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

PEMIMPIN MESTI MEMANDANG JAUH KE HADAPAN

Ada orang berkata seorang pemimpin tidak mempunyai wawasan yang hebat jika apa yang beliau mahu laksanakan difahami dengan mudah oleh mereka yang dipimpin, Tetapi seorang pemimpin mempunyai wawasan yang hebat jika apa yang beliau mahu laksanakan pada mulanya tidak difahami oleh mereka yang dipimpin. Mereka hanya akan memahaminya setelah perlaksanaan atau setelah beliau telah tiada. Seorang pemimpin yang hebat mestilah berupaya memandang jauh ke hadapan. Melihat apa yang orang lain tidak dapat melihat. Menjangka apa yang orang lain tidak dapat menjangka. Setelah arahan atau idea beliau dilaksanakan barulah orang berkata, ”Betul jugak ye!”. Mungkin perkara ini benar dan mungkin juga tidak. Tetapi seorang pemimpin mestilah mempunyai idea-idea yang luarbiasa atau idea-idea yang menakjubkan untuk mengangkat martabat mereka yang dipimpin sehingga kadang kala ianya tidak masuk akal. Atau untuk membawa organisasi yang dipimpin ke satu tahap yang lebih tinggi atau mencapai sasaran-sasaran yang

DUIT OH DUIT!

Bagi mereka yang gemar membaca komik Gila-Gila dalam tahun 80’an sudah tentu pernah berjumpa dengan kartun Perwira Mat Gila. Kata Perwira Mat Gila, ”Ada duit semua boleh jadi”. Memang benar hampir semua benda memerlukan duit untuk mendapatkannya tetapi bukan semua benda boleh dibeli dengan duit. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa Baginda lebih bimbang umat ummat Baginda menjadi kaya dari menjadi miskin. Ada satu cerita dari Negeri Cina tentang seorang petani yang menjumpai satu peti wang emas tetapi ia tidak membawa kebahagian malah kecelakaan kepada keluarga beliau. Wang emas yang dijumpai oleh beliau itu membuat keluarga beliau bergaduh sesama sendiri. Ada yang hendak membeli itu dan ada yang hendak membeli ini. Beliau menjadi lebih sengsara dari ketika masih miskin. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk membuang peti wang emas itu ke dalam sungai. Duit oh duit! Engkau menjadi rebutan. Orang sanggup mati untuk mendapatkannya. Keluarga berpecah belah akibat duit dan hartabenda.

BANGUNAN BARU UNTUK PANDAN

Bangunan yang berdiri tegak di No. 20, Jalan H, Kg. Pandan Dalam tidaklah semegah lebih dua puluh tahun yang lalu ketika ia mula dibina sebagai rumah RIDA. Rumah kediaman tersebut mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia telah menjadi nadi kepada tiga parti politik. Bermula dengan UMNO apabila pemiliknya merupakan Ketua UMNO Cawangan di situ. Selepas itu Semangat 46, apabila beliau memberi sokongan kepada Tengku Razaleigh Hamzah selepas UMNO diharamkan. Akhir sekali kepada PAS apabila pada mulanya Setiausaha PAS Cawangan Kg. Pandan Dalam menyewa di situ dan apabila berlaku persempadanan semula rumah tersebut menjadi Markas PAS Kawasan Pandan. Pemimpin dari ketiga-tiga parti tersebut pernah berucap atau sekurang-kurangnya menjejakkan kaki di rumah yang penuh bersejarah itu. Bekas Menteri Selangor Dato’ Ahmad Razali, Tengku Razaleigh Hamzah dan begitu ramai pemimpin PAS seperti Ustaz Bunyamin Yaakob, Ustaz Wan Jamil Wan Mahmud, Haji Mohammad Sabu, Dato’ Dr. Hasan Ali, Dato’ Mahfuz Omar,