Kerajaan Negeri Selangor akan membenarkan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang mempunyai tunggakan sewa membayarnya dengan melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat menurut kemampuan masing-masing. Buat masa ini terdapat pelbagai bantuan bagi mereka yang benar-benar tidak mampu. Bantuan ini boleh diperolehi dari Lembaga Zakat Selangor atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pengurangan sewa dari RM250 kepada RM124 juga diberikan kepada mereka yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan dan mempunyai anggota keluarga sekurang-kurangnya 5 orang. Sewa bagi rumah yang sama yang bukan PPR adalah di antara RM400 hingga RM600 sebulan. Mereka yang tinggal di situ juga berpendapatan rendah tetapi tidak berpeluang mendapat rumah PPR ketika kerajaan yang lepas. Adalah salah bagi tunggakan sewa itu dilupuskan kerana ianya merupakan duit rakyat. Para penyewa berhutang kepada pembayar cukai bukan kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri hanyalah pemegang amanah. Tetapi Kerajaan Negeri sentiasa me
Dato' Iskandar Abdul Samad