Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2008

ROMBAKAN PIMPINAN PAS NEGERI SELANGOR

Saya berharap rombakan pimpinan PAS Selangor yang dibuat pada Mesyuarat Perhubungan 21 November lepas dengan persetujuan ahli-ahlinya akan dapat memberi nafas baru kepada PAS di Selangor. Saya juga berharap tenaga-tenaga baru ini akan dapat membawa ide-ide baru. Kita perlu berani membuat perubahan. Rombakan seperti ini adalah satu perkara biasa dan tidak patut dipertikaikan. Kepimpinan adalah satu amanah dan bukan hak mana-mana individu. Setiap individu mempunyai peranan dan tugas masing-masing di dalam jemaah. Masanya adalah untuk melihat ke hadapan. Saya menyeru ahli-ahli PAS agar memberi tumpuan kepada tugas utama untuk mengembangkan dan mengukuhkan pengaruh PAS di Selangor. Janganlah ahli-ahli terperangkap dengan permainan politik musuh yang mahu melihat PAS berpecah dengan mengeksploitasi rombakan ini. Masanya adalah untuk bekerja dan bukan untuk bercakap semata-mata. Tanggung jawab kita adalah besar. Kita mungkin ada hanya 3 tahun sebelum pilihanraya umum yang akan datang. Tumpuk

ABIM pandang serius ada pihak protes fatwa

Azamin Amin Thu Nov 13, 08 1:17:39 pm MYT KUALA LUMPUR, 13 Nov (Hrkh) - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat tindakan pihak-pihak tertentu menganjurkan protes umum atau membuat kritikan terbuka terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman perlakuan tomboy ataupun pengkid serta fatwa mengenai Yoga yang sedang dipertimbangkan. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Yusri Mohamad berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan sumber rujuk utama bagi umat Islam di negara ini untuk mencari penyelesaian tentang sebarang kemusykilan mengenai hal-hal agama. Katanya fatwa yang dikeluarkan akan melalui proses perbincangan yang teliti dan bersandarkan kepada sumber-sumber hukum sahih serta kaedah-kaedah perundangan Islam yang muktabar. "Oleh sebab itu, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak patut dipertikaikan dengan mudah. Jika pertikaian tetap timbul, ia hendaklah disalurkan ke proses perbincangan yang tertutup. &qu

BANTUAN MEMBAYAR SEWA RUMAH PPR DAN COUNCIL HOME

Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk membantu mereka yang tidak mampu membayar sewa rumah PPR dan Council Home mereka. Kerajaan BN pada bulan Jun 2007 telah menaikkan sewa dari RM124 kepada RM250 oleh kerana kenaikkan kos penyenggaraan. Walau bagaimanapun, ianya telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Terdapat 14 lokasi PPR dan Council Home di Selangor dengan 8.106 unit. Terdapat penduduk yang telah membantah kenaikan ini kerana mereka berpendapatan rendah dan menghadapi masalah untuk membayarnya. Oleh itu, kerajaan mengambil keputusan untuk membantu mereka yang berpendapatan isi rumah (suami dan isteri) RM1,500 ke bawah dan juga orang-orang kurang upaya (OKU). Mereka yang ingin memohon bantuan ini bolehlah menghubungi Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor di nombor telefon 03-5544 7166. Kadar sewa akan kekal pada RM250 sebulan kerana kos penyenggaraan dan baik pulih yang tinggi. Kadar sewa RM250 adalah masih di antara yang terendah di Lembah Kelang. Adalah tidak adi

Singapura pun ada kuota!

Kerajaan negeri Selangor kerap mendapat rungutan dari pemaju-pemaju perumahan tentang kuota kaum yang dikenakan ke atas mereka. Baru-baru ini di Kedah, pemaju-pemaju melalui persatuan mereka telah mengugut untuk membawa ke mahkamah jika kerajaan negeri itu berkeras untuk mengenakan kuota kaum 50:50. Ini bermakna bagi setiap pembangunan perumahan, jualannya mestilah 50 peratus kepada Bumiputera dan 50 peratus kepada bukan Bumiputera. Di Selangor, kuota ini tidak sama bagi setiap daerah, ada yang 70:30 dan ada yang 30:70. Kuota ini adalah untuk memastikan pemilikan harta yang seimbang di kalangan kaum-kaum dan integrasi kaum. Di sidang DUN Selangor yang lepas, terdapat ADUN Pakatan Rakyat yang membangkitkan polisi ini malah mengecamnya. Sebenarnya bukan sahaja negeri-negeri di Malaysia yang melaksanakan kuota kaum. Negara jiran kita, Singapura, juga melaksanakan kuota kaum bagi perumahan awam. Sebelum ini terdapat pemaju-pemaju perumahan yang berkata di Singapura tidak ada kuota, mungkin