Lebih kurang 9 tahun yang lalu saya telah hadir di dalam satu pertemuan bersama rakan-rakan lama di Penthouse sebuah bangunan di mana Renong ketika itu masih gagah telah menjadikannya sebagai ibu pejabat mereka. Hanya terdapat satu sahaja agenda pertemuan yang dihadiri oleh di antara lain bakal-bakal CEO, Professor, penasihat kepada Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Anwar Ibrahim baru saja ditahan di bawah ISA. Reformasi sedang marak bagaikan api yang tidak dapat disekat lagi. Bagi kebanyakan mereka yang hadir, Anwar adalah segala-galannya. Ramai yang mengharapkan Anwar menjadi PM. Ramai yang kagum dengan Anwar sejak beliau hadir di sekolah kami sebagai seorang murid tua ketika kami masih mentah di tingkatan satu. Oleh itu, ada yang menganggap penahanan Anwar seperti kiamat telah berlaku di Malaysia. “Tidak ada lagi pemimpin yang boleh pemimpin Malaysia”, kata seorang rakan pada hari itu. Saya terkejut. Adakah mereka tidak pernah mendengar akan Ustaz Fadhil Noor? Ustaz Hadi atau
Dato' Iskandar Abdul Samad