Pada 6 Mac lalu telah diadakan majlis perasmian serentak mesyuarat agung Cawangan-Cawangan PAS di Pandan. Tetamu pada malam itu adalah Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Saudara Roslan Dato’ Mohd. Shahir. Sungguhpun Sdra. Roslan bukanlah “crowd-puller” seperti Haji Mohammad Sabu atau Dato’ Hassan Ali namun kehadiran pada malam itu adalah di luar dugaan. Pejabat kita di Jalan H yang boleh menampung sehingga 150 orang penuh sesak. Ramai yang terpaksa duduk di luar. Kehadiran malam tersebut adalah jauh lebih ramai dari majlis yang sama pada tahun lepas yang dirasmikan oleh Dato’ Hassan Ali. Tidak ada makanan istimewa pada malam itu, hanya biskut kering tetapi ramai ahli-ahli tetap tidak berganjak selepas majlis perasmian itu. Ramai yang menggunakan peluang yang ada untuk bertemu dan bersembang sesama mereka. Kita telah mengadakan satu mesyuarat agung khas pada 23 Januari lepas juga di Jalan H dan pejabat kita juga penuh sesak. Mesyuarat agung itu telah dirasmikan oleh Saudara Mohd. Rad...
Dato' Iskandar Abdul Samad