Skip to main content

JAWAPAN KEPADA BERITA UTUSAN MELAYU BERTARIKH 26 JANUARI 2018.

KENYATAAN MEDIA

TAJUK : RUMAH SELANGORKU JANJI DIANGGAP ‘HAMPAS’

AKHBAR : UTUSAN MELAYU

TARIKH : 26 JANUARI 2018

Pada 25 Januari 2018, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah didatangi oleh Puan Nazilah Binti Idris yang mengikut kad yang diserahkan menyatakan jawatannya selaku Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Usahawan Selangor serta Dr. V. Sunder selaku Presiden Kelab Harmoni Selangor. Mereka telah membawa seorang pengadu yang bernama Jack Lee yang mewakili saudara beliau akan kedudukan tawaran perumahan Selangorku. Beliau telah diberi maklumbalas pada hari yang sama iaitu dokumen sokongan yang diperlukan iaitu salinan penyata KWSP sahaja yang belum diterima walaupun tawaran telah dibuat pada 19 Oktober 2017. Selagi dokumen tidak diterima maka surat tawaran tidak boleh dikeluarkan.

Mereka hanya mengemukakan 10 aduan sahaja berbanding 120 aduan yang dinyatakan dalam akhbar. Dalam 10 aduan diterima dan telah disemak serta dimaklumkan pada hari yang sama dimana :

a.) Dokumen tidak lengkap/belum dikemukakan sebanyak enam (6) aduan;

b.) Tidak layak satu (1) kerana pasangan telah memiliki rumah;

c.) Pemohon yang menolak tawaran sebanyak dua (2) orang dimana mereka telah; dinasihatkan untuk membuat rayuan supaya nama dimaklumkan dalam sistem sekiranya masih berminat akan Rumah Selangorku; dan

d.) Surat tawaran telahpun dikeluarkan pada seorang pemohon tetapi beliau memaklumkan tidak menerima, maka surat pendua dikeluarkan dan pemohon dimaklumkan akan mengambil sendiri.

Pentadbiran ini menafikan semua rekod pemohon dikatakan hilang sedangkan semakan dibuat untuk 10 aduan yang dikemukakan tidak sampai 10 minit telah dimaklumkan kepada pihak berkaitan, dari itu tidak mungkin rekod telah hilang. Didapati Encik Lee Boon Tat tidak tersenarai dalam aduan yang dikemukakan untuk semakan. Pentadbiran difahamkan beliau hanya mewakilkan saudaranya dan telah dimaklumkan dokumen lengkap belum dikemukakan. Pengarah Eksekutif sendiri telah berjumpa dengan Puan Nazilah, Dr. V. Sunder dan Encik Jack Lee dan menerangkan proses kerja serta kekurangan dokumen yang diperlukan.

Pentadbiran ini memohon pihak pengadu mengemukakan 110 dokumen lagi yang dikatakan diterima oleh mereka diserahkan supaya semakan dapat dibuat. Pentadbiran ini juga sentiasa memberi kerjasama kepada semua pihak dalam memastikan mereka yang layak memperolehi kediaman Rumah Selangorku dan kenyataan “Berkemungkinan Wujudnya Amalan Salah Laku Atau Tadbir Urus Dalam Pengurusan Skim Perumahan Selangorku” adalah disangkal.

Disediakan oleh :
Unit Korporat & Aduan (UKA)
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

PRESTASI MESTI BOLEH DIUKUR .

Sejak bulan September lepas, Cawangan-Cawangan PAS telah mula mengadakan mesyuarat agung mereka yang berakhir pada bulan Oktober. Sementara pada pertengahan bulan November ini kesemua Kawasan-Kawasan telah selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing. Tahun ini merupakan tahun pemilihan di mana para perwakilan akan memilih pimpinan mereka untuk sesi yang baharu. Di antara agenda utama di dalam mesyuarat-mesyuarat agung tersebut adalah membentang, membahas dan meluluskan laporan tahunan. Sama ada Kawasan atau Cawangan, tanggungjawab untuk menyediakan dan membentangkan laporan tersebut adalah pada Setiausaha masing-masing. Lazimnya penilaian sama ada pimpinan sesi tersebut telah melaksanakan tugas dan tanggumgjawab mereka adalah berdasarkan laporan tahunan yang dibentangkan walaupun terdapat faktor-faktor lain. Laporan tahunan yang baik adalah yang memberi tumpuan kepada pencapaian-pencapaian pada sesi tersebut. Ia tidak sepatutnya berjela-jela dan akan mengelirukan mereka yang memba

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau U