Skip to main content

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A SAMAD : BINCANG LUAR MESYUARAT UNTUK CARI PUBLISITI

Saya ingin respon kepada kenyataan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian keluaran 23 Mac 2013, muka surat 17 edisi Lembah Kelang bahawa pimpinan PAS Negeri Selangor dan Exco-Exco PAS Negeri Selangor gagal membangkitkan isu-isu berkaitan kepentingan umat Islam di negeri ini.

Respon-respon saya adalah,

1.) Kebanyakan isu-isu tersebut dibincang secara dalaman sama ada di dalam mesyuarat Exco atau di dalam mesyuarat di antara PAS Selangor dan Menteri Besar. 

2.) Ianya juga dibincang di dalam mesyuarat mingguan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

3.) Mesyuarat di antara Menteri Besar dan PAS Selangor yang akan datang adalah pada 29 Mac depan.

4.) Perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat Exco sudah tentu tidak boleh dibawa oleh mana-mana Exco untuk dibincangkan secara terbuka di luar mesyuarat.

5.) Saya hairan kenapa Datuk Hasan tidak sedar akan amalan ini walaupun pernah menjadi Exco selama hampir 4 tahun.

6.) Amalan ini adalah selari dengan lafaz sumpah kerahsian yang dilakukan oleh setiap Exco.

7.) Oleh itu, saya menafikan bahawa pimpinan PAS Selangor atau Exco-Exco PAS Selangor gagal membangkitkan atau memperjuangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam.

8.) Malah mereka membangkitkan isu-isu ini dengan penuh ketegasan.

9.) Tidak mungkin pimpinan dan Exco PAS Selangor hanya berdiam diri kerana akar umbi kami sentiasa prihatin dan lantang dalam isu-isu melibatkan umat Islam.

10.) Walau bagaimanapun, memandang balik ke belakang saya tidak hairan dengan kenyataan Datuk Hasan kerana beliau lebih suka membincangkan sesuatu perkara itu di luar mesyuarat Exco dari di dalamnya.

11.) Mungkin jika dibincang di luar boleh memberi publisiti yang lebih kepada diri beliau tetapi keputusan-keputusan hanya boleh dibuat di dalam mesyuarat.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
23 Mac 2013

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau Ubudiah, P

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi