Skip to main content

PENYERAHAN MEMORANDUM GABUNGAN WANITA PANDAN MENGGESA PASARAYA BESAR MERIZABKAN TEMPAT LETAK KERETA UNTUK WANITA.








Memorandum telah diserahkan kepada wakil Tesco Ampang, Encik Sivalingam pada 20 Julai 2012, lebih kurang jam 3.30 petang oleh wakil Gabungan Wanita Pandan, Puan Hajjah Basmatul Uyun Mohd. Yusof, Hajjah Musalmah Osman dan Cik Lee Shok Jing.

Memorandum itu adalah seperti berikut, 

MEMORANDUM GABUNGAN WANITA PANDAN

Gabungan Wanita Pandan menggesa pasaraya-pasaraya besar ( hypermarket ) merizabkan sebilangan unit letak kereta khusus untuk kaum wanita di tempat-tempat letak kereta mereka.

Kami menggesa agar dirizabkan unit-unit letak kereta berhampiran dengan bangunan pasaraya agar keselamatan pelanggan-pelanggan wanita terjamin.

Sebelum ini seorang pelanggan wanita telah diserang dan cuba dirompak di tempat letak kereta sebuah pasaraya besar.

Sekiranya terdapat unit-unit letak kereta yang dirizabkan untuk pelanggan-pelanggan wanita maka mereka tidak perlu meletakkan kenderaan mereka di lokasi yang jauh dan terpencil dari bangunan pasaraya.

Kami mencadangkan agar unit-unit letak kereta itu ditanda "W" dan rizabkan hanya untuk pelanggan-pelanggan wanita yang mengunjungi pasaraya-pasaraya tanpa ditemani pelanggan.

Buat masa ini telah ada unit-unit letak kereta yang dirizabkan untuk Orang Kelainan Upaya ( OKU ).

Tindakan juga perlu kenakan ke atas pelanggan-pelanggan yang menyalahguna tempat letak kereta ini seperti mengunci tayar atau "clamping".

Kami yakin pasaraya yang melaksanakan cadangan ini akan mendapat sambutan yang lebih dari kaum wanita oleh kerana ianya juga merupakan satu tarikan yang penting kepada mereka untuk mengunjungi pasaraya tersebut.

GABUNGAN WANITA PANDAN
20 JULAI 2012

YB Iskandar Abdul Samad sebagai Ahli Dewan Negeri Chempaka telah turut hadir dan menyokong memorandum tersebut.

Beliau juga berjanji akan membawanya ke Mesyuarat Exco agar ia mendapat perhatian pasaraya-pasaraya lain di Selangor.

Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor berkata cadangan di dalam memorandum tersebut adalah baik dan wajar dijadikan satu peraturan wajib oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Chempaka Kini
20 Julai 2012


Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau Ubudiah, P

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi