Skip to main content

DUA U-TURN UNTUK SELESAIKAN MASALAH TRAFIK KE PANDAN INDAH DAN TAMAN SHAMELIN PERKASA.

Iskandar A. Samad, Ahli Dewan Negeri Chempaka bersama-sama wakil-wakil dari JKR dan IJM telah melawat simpang Jalan Pandan Indah 1 dan Jalan Indah berhampiran Taman Cheras Indah untuk meninjau masalah trafik di sana pada 29 Mei lepas.

JKR telah diketuai oleh Jurutera Daerah Hulu Langat, Nor Azman Ramli sementara IJM oleh Kelvin Tan.

IJM sedang membina Lebuhraya Besraya dari Salak Selatan ke Pandan Indah/Kg Pandan.

Iskandar juga adalah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor.

Turut hadir adalah wakil Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Haji Meor Rithuan Mohd. Said yang merupakan seorang Ahli Majlis.

Masalah di simpang itu adalah ia digunakan untuk membuat pusingan-U atau U-turn oleh kenderaan yang keluar dari MRR2. Kenderaan dari MRR2 yang keluar di exit menghala ke Taman Shamelin Perkasa tidak boleh membelok kanan ke Pandan Indah. Oleh itu mereka terpaksa membuat U-turn untuk berpatah balik ke Pandan Indah.

U-turn ini adalah tidak dibenarkan dan membahayakan kenderaan yang datang dari Taman Shamelin Perkasa dan Taman Cheras Indah.

Pada lawatan tersebut, Kelvin memaklumkan bahawa IJM apabila menambahbaik atau upgrade simpang tersebut dengan membina jambatan akan mewujudkan dua U-turn. Satu untuk kenderaan ke Pandan Indah dan satu lagi untuk kenderaan ke Taman Shamelin Perkasa.

Iskandar berharap agar kedua-dua U-turn ini akan menyelesaikan masalah trafik sekarang. Walau bagaimanapun beliau mahu IJM berbincang dengan JKR tentang langkah-langkah menyelesaikan masalah yang sedia ada sehingga dua U-turn tersebut siap dalam masa tahun.

Beliau juga mahu IJM memaklumkan penduduk sebelum memulakan kerja-kerja dan memasang penghadang bunyi atau noise barrier di kiri dan di kanan jalan agar penduduk tidak akan diganggu akibat penambahan trafik apabila penambaikan itu siap.

Iskandar juga mahu MPAJ mengkaji jalan masuk utama ke Taman Maju Jaya Fasa 1 dan 2 agar trafik ke taman itu sentiasa lancar.


Chempaka Kini
1 Jun 2012

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau Ubudiah, P

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi