Skip to main content

BESRAYA MESTI MENGUTAMAKAN KESELESAAN PENDUDUK.

YB Iskandar A. Samad, Ahli Dewan Negeri Chempaka berkata pembinaan Lebuhraya Besraya mesti mengutamakan keselesaan penduduk.

Beliau berkata sedemikian ketika melawat ke tapak pembinaan lebuhraya bertingkat itu di Pandan Jaya pada 12 April lepas.

Lawatan itu diadakan setelah Iskandar menerima banyak aduan terhadap pembinaan lebuhraya tersebut dari penduduk tempatan.

Turut serta di dalam lawatan itu adalah wakil-wakil dari Besraya, IJM, MPAJ, Surau Al Falah yang berhampiran, penduduk dan peniaga serta Ahli-Ahli Majlis, Haji Meor Rithuan Mohd Said dan Abdul Jalil Hasan.

Di antara perkara-perkara yang dipersetujui pada lawatan tersebut adalah,

1.) Besraya akan menanam pokok di tempat letak kereta kawasan pusat bandar Pandan Jaya sepertimana sebelum pembinaan lebuhraya itu.

2.) Besraya akan melukis semula "road markings" di jalan-jalan terutamanya di simpang-simpang kerana ketiadaannya telah mengakibatkan lalulintas yang tidak terkawal.

3.) Besraya dan MPAJ akan membincang dan membaikpulih longkang di hadapan Pangsapuri Blok M15 yang telah pecah dan tersumbat. Besraya mesti memastikan pasir, tanah, batu dan sisa pembinaan tidak lagi jatuh ke dalam longkang itu.

4.) Besraya mesti memastikan semua tempat air bertakung ditimbus agar nyamuk tidak dapat bertelur. Besraya berjanji akan melakukan "fogging". MPAJ akan melakukan pemantauan dari masa ke semasa.

5.) Besraya akan memastikan kerja-kerja di tepi jalan berhadapan Pangsapuri Blok M14 siap dalam masa 2 hingga 3 bulan. Besraya mesti menyelesaikan masalah mengubah laluan paip air Syabas dengan segera.

6.) Apabila Besraya mula membina tiang-tiang (piers) lebuhraya itu, kerja-kerja akan dilakukan pada waktu yang diluluskan oleh MPAJ dan tidak mengganggu penduduk.

Iskandar yang juga merupakan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor menggesa Besraya menyumbang sesuatu kepada masyarakat sebagai CSR mereka memandangkan penduduk terpaksa berhadapan dengan kesusahan ketika pembinaan lebuhraya tersebut.

Beliau juga berharap kesemua lebuhraya-lebuhraya yang akan dibina di Selangor akan memastikan keselesaan penduduk diutamakan ketika pembinaan - Chempaka Online.

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau U

PRESTASI MESTI BOLEH DIUKUR .

Sejak bulan September lepas, Cawangan-Cawangan PAS telah mula mengadakan mesyuarat agung mereka yang berakhir pada bulan Oktober. Sementara pada pertengahan bulan November ini kesemua Kawasan-Kawasan telah selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing. Tahun ini merupakan tahun pemilihan di mana para perwakilan akan memilih pimpinan mereka untuk sesi yang baharu. Di antara agenda utama di dalam mesyuarat-mesyuarat agung tersebut adalah membentang, membahas dan meluluskan laporan tahunan. Sama ada Kawasan atau Cawangan, tanggungjawab untuk menyediakan dan membentangkan laporan tersebut adalah pada Setiausaha masing-masing. Lazimnya penilaian sama ada pimpinan sesi tersebut telah melaksanakan tugas dan tanggumgjawab mereka adalah berdasarkan laporan tahunan yang dibentangkan walaupun terdapat faktor-faktor lain. Laporan tahunan yang baik adalah yang memberi tumpuan kepada pencapaian-pencapaian pada sesi tersebut. Ia tidak sepatutnya berjela-jela dan akan mengelirukan mereka yang memba