Skip to main content

Kenyataan Media YB Iskandar A. Samad : Jangan jadikan isu rumah panjang PJS1 isu perkauman

Tindakan sesetengah pihak menjadikan isu perpindahan 29 keluarga rumah panjang PJS1, Petaling Jaya isu perkauman mesti dikutuk oleh seluruh rakyat Selangor.

Ada yang mempertikaikan kenapa hanya keluarga rumah panjang India mendapat bantuan sewa dan perpindahan walhal keluarga rumah panjang Melayu di kawasan-kawasan lain di Selangor tidak mendapat bantuan seperti itu.

Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan sewa RM14,285 setiap keluarga bukan di atas dasar bangsa. Bantuan diluluskan di atas dasar kemanusian.

Keluarga tersebut telah tinggal di situ kerana pembinaan rumah kos rendah mereka telah terhenti akibat satu tindakan mahkamah dalam tahun 2004.

Bantuan itu diluluskan untuk membantu mereka mencari rumah sewa sehingga rumah kekal mereka siap. Rumah panjang mereka adalah terlalu dhaif untuk didiami.

Bantuan diluluskan di atas dasar itu dan bukan kerana mereka berbangsa India sepertimana yang mungkin didakwa oleh pihak-pihak tertentu.

Tetapi terdapat juga mereka yang menyemarakkan api perkauman apabila mendakwa penduduk rumah panjang itu diminta berpindah kerana mereka berbangsa India.

Ini merupakan dakwaan yang berniat jahat kerana mereka diminta berpindah sebab di tapak rumah panjang itu hendak dibina sebuah sekolah. Walaupun Kerajaan Persekutuan telah menangguhkan pembinaan sekolah itu pada bulan Ogos lepas tetapi Kerajaan Negeri berharap jika tapak tersebut dikosongkan, pembinaan dapat dimulakan. Pembinaan telah ditangguhkan kerana penduduk telah enggan berpindah walaupun telah ditawarkan bantuan tersebut dan Kerajaan Negeri telah menambah jumlah bantuan dari jumlah asal RM10,000 sekeluarga pada bulan Mei 2011.

Selain dari itu keadaan rumah panjang itu yang terlalu dhaif juga merupakan satu sebab kenapa penduduk perlu berpindah.

Oleh itu, keputusan memberi bantuan dan arahan untuk berpindah tidak dibuat di atas sebab-sebab perkauman. Terdapat juga penduduk setinggan berbangsa Melayu yang dibantu oleh Kerajaan Negeri seperti bekas penduduk setinggan Kg Bukit Botak, Selayang. Terdapat juga penduduk setinggan selain dari berbangsa India yang diminta berpindah seperti di Ampang Campuran dan Kg. Pandan. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bertindak adil.

Rakyat Selangor seharusnya menolak dan tidak melayan mereka yang memainkan sentimen perkauman untuk mencari populariti. Usaha untuk melaga-lagakan antara kaum-kaum hanya akan menghancurkan masyarakat kita.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
27 Mac 2011

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

UMNO TIDAK KEBAL, HANYA KITA YANG DAYUS…..

Pada 29 Januari lepas, 2 ahli UMNO Cawangan Taman Bukit Puchong telah ditahan polis. Ianya berikutan laporan polis yang dibuat apabila 20 orang ahli UMNO telah cuba menghalang penduduk yang membantah tindakan UMNO meletakkan sebuah kabin di sebuah padang permainan di situ. Pergelutan telah berlaku dan seorang penduduk, Eugene Mark Gabriel telah diserang dan ditumbuk oleh salah seorang ahli UMNO itu. Sebelum itu penduduk telah membuat aduan kepada ahli Parlimen mereka terhadap tindakan UMNO yang telah dengan sewenang-wenangnya mengambil-alih sebahagian dari padang permainan tersebut. Majlis Perbandaran Subang Jaya akhirnya telah mengeluarkan notis agar kabin itu dipindahkan atau ianya akan dirobohkan. UMNO MEMANG PENYAMUN Cerita UMNO mengambil-alih padang permainan atau kawasan lapang lain kerap kedengaran. Terdapat pelbagai rungutan apabila satu demi satu padang permainan atau kawasan lapang dicerobohi oleh mereka. Terdapat kawasan lapang seperti yang berdekatan dengan Surau Ubudiah, P

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi