Skip to main content

TUBUHKAN KONSORTIUM MENYELENGGARA PPR DAN PEMBANGUNAN KOS RENDAH.

Pegumuman Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, bahawa DBKL akan menggantikan lif-lif di PPR yang melebihi 10 tahun adalah dialu-alukan.

Walau bagaimanapun banyak masalah dapat diselesaikan jika lif dan penyelenggaraan PPR diletakkan di bawah satu konsortium atau perbadanan yang dikawal oleh Kerajaan Kersekutuan.

Badan ini juga dapat menyelenggara pembangunan-pembangunan kos rendah seperti pangsapuri kos rendah yang sering menghadapi masalah penyelenggaraan.

Terdapat penduduk pembangunan kos rendah dengan bilangan kediaman yang sedikit terpaksa membayar yuran penyelenggaraan lebih tinggi oleh kerana kos penyelenggaraan itu dikongsi bersama bilangan penduduk yang kecil. Kontrak secara pukal dengan badan baru ini bersama pembangunan-pembangunan lain boleh mengurangkan yuran yang dibayar oleh penduduk.

Terdapat juga syarikat-syarikat penyelengaraan yang tidak memiliki keupayaan untuk menyimpan stok alat ganti yang secukupnya dan boleh mengakibatkan kerja-kerja baik pulih mengambil masa yang lama kerana terpaksa menunggu alat ganti tiba.

Pertelingkahan sering juga berlaku di antara syarikat penyelengaraan dan penduduk yang diwakili oleh MC (Perbadanan Pengurusan) atau JMB (Badan Pengurusan Bersama) sehingga kerja-kerja penyelenggaraan atau baik pulih tertangguh.

Walaupun untuk lif adalah lebih rumit kerana ia melibatkan kontrak jangka panjang dan perlu menggunakan alat ganti dari pembuat yang asal namun penglibatan secara langsung kerajaan boleh membantu. Ianya lebih berkesan dari jawatankuasa-jawatankuasa "ad hoc" yang bermesyuarat apabila timbul masalah.

Sudah tiba masanya kerajaan terlibat di dalam penyelenggaraan tersebut untuk menjamin kesejahteraan penduduk dan menjaga kepentingan mereka. Yuran penyelenggaraan boleh dikurangkan, kerja-kerja baik pulih boleh dilaksanakan dengan cepat dan pertelingkahan boleh dielakkan.

Dato' Iskandar A. Samad
Ketua Penyelaras
REACH (Pusat Sumber Untuk Memajukan Masyarakat Dan Perumahan)
13 Zulhijjah 1440 / 13 Ogos 2019

Popular posts from this blog

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah ...

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi...

UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai. Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita. Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yan...