Skip to main content

KENYATAAN AKHBAR : DAKWAAN HANYA 10 PERATUS RUMAH RM42,000 WAJIB DIBINA TIDAK TEPAT.

KENYATAAN AKHBAR :
DAKWAAN HANYA 10 PERATUS RUMAH RM42,000 WAJIB DIBINA TIDAK TEPAT.

Dakwaan seorang Ahli Dewan Negeri Selangor dari Barisan Nasional bahawa polisi Rumah Selangorku hanya mewajibkan pemaju membina 10 peratus rumah berharga RM42,000 adalah tidak tepat.

Rumah berharga RM42,000 adalah Rumah Selangorku Jenis A.

Peratus jenis rumah yang wajib dibina oleh pemaju-pemaju adalah bergantung kepada lokasi projek.

Bagi kawasan-kawasan di mana permintaan rumah-rumah tersebut adalah rendah, hanya 10 peratus diwajibkan dibina. Tetapi di kawasan-kawasan di mana terdapat permintaan, pemaju wajib membina sehingga 20 peratus rumah jenis A sepertimana polisi yang lama.

Contohnya 20 peratus rumah jenis A ini diwajibkan dibina bagi projek-projek di antara 10 hingga 20 ekar di Zon 1 dan Zon 2 di mana permintaan bagi rumah tersebut adalah yang paling tinggi.

Zon 1 adalah kawasan Lembah Kelang meliputi mukim-mukim di dalam daerah-daerah berikut,

1.) Petaling - Keseluruhan Daerah Petaling.
2.) Gombak - Mukim Batu dan Hulu Kelang
3.) Klang - Mukim Klang
4.) Hulu Langat - Mukim Cheras, Kajang, Ampang dan Semenyih.
5.) Sepang - Kawasan Cyberjaya

Zon 2 pula adalah mukim-mukim di dalam daerah-daerah berikut,

1.) Gombak - Mukim Setapak dan Rawang.
2.) Hulu Langat - Mukim Hulu Langat, Beranang dan Hulu Semenyih.
3.) Klang - Mukim Kapar
4.) Sepang - Keseluruhan Daerah Sepang kecuali Cyberjaya.
5.) Kuala Langat - Keseluruhan Daerah Kuala Langat.
6.) Kuala Selangor - Mukim Ijok, Kuala Selangor, Jeram, Batang Berjuntai (Bestari Jaya) dan Hujung Permatang.

Tetapi bagi Zon 3 pula yang merupakan kawasan luar bandar hanya 10 peratus rumah jenis A diwajibkan dibina bagi projek 50 ekar ke atas.

Kawasan-kawasan Zon 3 adalah mukim-mukim di dalam daerah-daerah berikut,

1.) Kuala Selangor - Mukim Pasangan, Tg Karang dan Hulu Tinggi.
2.) Hulu Selangor - Keseluruhan Daerah Hulu Selangor.
3.) Sabak Bernam - Keseluruhan Daerah Sabak Bernam.

Secara ringkasnya peratus rumah jenis A yang wajib dibina oleh pemaju-pemaju adalah seperti berikut,

Keluasan pembangunan - 5 hingga 10 ekar,

Zon 1 - 10 peratus
Zon 2 - Tidak wajib
Zon 3 - Tidak wajib

Keluasan pembangunan - 10 hingga 20 ekar,

Zon 1 - 20 peratus
Zon 2 - 20 peratus
Zon 3 - Tidak wajib

Keluasan pembangunan - 20 hingga 50 ekar,

Zon 1 - 20 peratus
Zon 2 - 10 peratus
Zon 3 - Tidak wajib

Keluasan pembangunan - 50 ekar ke atas,

Zon 1 - 10 peratus
Zon 2 - 10 peratus
Zon 3 - 10 peratus

Peratusan ini adalah berdasarkan kajian tentang permintaan di daerah-daerah untuk rumah jenis A yang sebelum ini dikenali sebagai Rumah Kos Rendah.

Hingga ke hari ini masih terdapat Rumah Kos Rendah yang dibina di zaman pentadbiran Barisan Nasional yang masih tidak terjual kerana dibina di kawasan yang tiada permintaan.

Polisi rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana sebelum ini, Polisi 20:20:10, mewajibkan pemaju membina rumah-rumah untuk golongan ini tanpa mengira permintaan.

Secara keseluruhannya polisi Rumah Selangorku menetapkan 20 hingga 50 peratus rumah mampu milik (Rumah Selangorku) yang wajib dibina oleh pemaju-pemaju adalah sepertimana berikut,

ZON 1

2 hingga 5 ekar - 20 peratus
5 hingga 10 ekar - 30 peratus
10 hingga 20 ekar - 40 peratus
20 hingga 50 ekar - 50 peratus
50 ekar ke atas - 50 peratus

ZON 2

2 hingga 5 ekar - Tidak wajib
5 hingga 10 ekar - 20 peratus
10 hingga 20 ekar - 40 peratus
20 hingga 50 ekar - 40 peratus
50 ekar ke atas - 50 peratus

ZON 3

2 hingga 5 ekar - Tidak wajib
5 hingga 10 ekar - Tidak wajib
10 hingga 20 ekar - 40 peratus
20 hingga 50 ekar - 40 peratus
50 ekar ke atas - 50 peratus

Terdapat 4 jenis Rumah Selangorku, jenis A, B, C dan D dari RM42,000 hingga RM250,000.

Iskandar A Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor
9 April 2014

Popular posts from this blog

KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BUAT PENJELASAN.

Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek tersebut adalah untuk  menempatkan  semula para peneroka Bukit Botak. Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir. Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut. Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS. Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme. Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diad

LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.

Bahagian 2 - PEMANASAN GLOBAL DAN KEKURANGAN OKSIGEN. Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad Pemanasan global (global warming) akibat perubahan iklim (climate change) yang telah mengakibatkan aras laut (sea level) naik bukan sahaja mengancam mereka yang tinggal pesisir pantai tetapi hidupan-hidupan yang tinggal di dalam lautan. Pemanasan global ini juga sudah tentu akan mengakibatkan laut kita menjadi lebih hangat. Apabila suhu laut kita meningkat, kandungan oksigen di dalamnya akan berkurangan dan akan menimbulkan masalah kepada hidupan di dalamnya. Justeru pemanasan global memberi kesan secara langsung kepada hidupan-hidupan di lautan. Akibatnya kawasan-kawasan di dasar lautan yang boleh didiami oleh hidupan-hidupan ini juga akan berkurangan. Zon-zon yang tidak dapat menampung kehidupan kerana paras oksigen yang rendah atau "dead zone" semakin bertambah.  Banyak racun perosak (pesticides) dan nutrien (nutrient) yang digunakan di dalam pertanian telah berakhir di laut di pesisi

HATI-HATI BILA MEMBELI PANGSAPURI PERKHIDMATAN.

Hari ini banyak pemaju yang memasarkan kediaman yang dinamakan "service apartment" atau pangsapuri perkhidmatan. Kediaman jenis ini diiklankan sebagai satu  gaya hidup moden untuk generasi hari ini. Tujuan asal pembangunan pangsapuri ini adalah merupakan kediaman yang disediakan untuk disewa oleh pelancong dan "expatriate" bagi tempoh masa jangkapendek atau jangkapanjang sebagai alternatif yang lebih murah kepada penginapan di hotel. Pangsapuri pekhidmatan lazimnya dilengkapi dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti housekeeping, business centre, laundrette, kafe, nurseri dan kawalan keselamatan. Namun hari ini trend ini telah berubah di mana pangsapuri-pangsapuri ini didiami oleh pemiliknya sendiri ( owner occupier ). Pihak berkuasa perlu mendedahkan statistik jumlah pembangunan yang masih mengekalkan tujuan asal iaitu dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan seperti sebuah hotel. Sebenarnya terdapat pemaju yang terpaksa membina pangsapuri perkhidmatan kerana tanah