Nampaknya UMNO dan BN terlampau terdesak untuk mempertahankan kuasa sehingga sanggup membenarkan penduduk tetap mengundi pada pilihanraya umum akan datang.
Di atas adalah di antara mereka yang bukan warganegara Malaysia di Selangor yang telah menjadi pengundi yang sah.
Contoh di atas adalah seorang warga asing yang boleh mengundi di Taman Dagang di dalam DUN Chempaka.
Sudah tentu perkara ini akan membimbangkan setiap rakyat Malaysia kerana kerajaan Malaysia pada pilihanraya umum akan ditentukan oleh warga-warga asing.
Bukankah ini bermakna UMNO dan BN telah menggadaikan kedaulatan negara yang tercinta ini?
Pendedahan seperti ini menimbulkan tanda tanya terhadap operasi pemutihan pendatang tanpa izin yang sedang dijalankan oleh kerajaan Malaysia.
Apakah tujuan sebenar operasi ini?
Kenapa operasi ini dilanjutkan beberapa kali?
Kalaulah hanya 10 peratus sahaja dari lebih 2 juta pendatang yang telah didaftarkan itu dapat mengundikan maka ia akan dapat mempengaruhi keputus