Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

ARAHAN MENUNAIKAN SOLAT HAJAT.

Sempena hari Jumaat yang mulia dan penuh barakah ini, saya mengarahkan ahli-ahli PAS Negeri Selangor menunaikan solat hajat sama ada berjemaah atau bersendirian mendoakan keselamatan rakyat dan negara kita. Sejak-sejak akhir ini telah berlaku perkembangan-perkembangan yang amat membimbangkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang. Perkembangan ini sudah tentu akan memberi kesan bukan sahaja kepada generasi hari ini tetapi generasi akan datang. Marilah kita berdoa agar rakyat dan negara ini sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT. Agar kita sentiasa diberikan petunjuk dan panduan supaya sentiasa berada pada jalan yang diredhai olehNya. Berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang berusaha untuk menentang penyelewengan, salahguna kuasa dan kezaliman. Semoga doa-doa kita pada penghulu segala hari ini dimakbulkan oleh SWT. YB Dato' Iskandar Abdul Samad Naib Presiden PAS / Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor 22 Syawal 1436 / 7

Penyerahan 90 borang ahli PAS pada Majlis Hari Eidulfitri PAS Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 2 Ogos 2015.

Majlis Hari Raya Eidulfitri PAS Negeri Sabah pada 1 Ogos 2015 di Kota Kinabalu.

Menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Pasir Putih, Tanjung Aru, Putatan, Sabah pada 1 Ogos 2015.

Pertemuan Pesuruhjaya PAS Selangor Dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan-Kawasan Pada 3 Ogos 2015 Meriah.

SAH GHB TIDAK BERANI TUBUH PARTI POLITIK BARU - ISKANDAR

SHAH ALAM, 5 OGOS 2015 : Kenyataan Ahli Jawatankuasa Gerakan Harapan Baru (GHB) Datuk Kamarudin Jaafar bahawa 'tiada keperluan untuk ahli PAS dalam GHB keluar parti' membuktikan pergerakan itu tidak berani menubuh parti politik baru. Perkara itu ditegaskan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad. "Kenyataan Datuk Kamaruddin Jaafar mengiyakan kenyataan saya sebelum ini bahawa kumpulan progresif PAS (yang menubuhkan GHB) tidak berani menubuhkan parti baru itu", katanya kepada Antarapos. Iskandar sebelum ini berkata GHB sehingga kini tidak menubuhkan parti politik baru kerana tiada hala tuju dan kurang yakin berikutan masih mencari sokongan rakyat terhadap mereka. GHB bukan sahaja berkali-kali menangguh penubuhan parti politik baru malah sehingga kini bekas pemimpin PAS yang menyertai gerakan itu enggan meletakkan jawatan dan keluar parti. "Mereka telah mengangguhkan pelancaran (parti) beberapa kali. Mereka mendakwa akan menubuhkan parti baru tetapi

ROMBAKAN DEMI KEPENTINGAN SEORANG INDIVIDU?

PAS Selangor melahirkan kerisauan di atas rombakan kabinet yang dilaksanakan pada hari ini. Pada hari ini, Timbalan Perdana Menteri bersama beberapa menteri yang mempersoalkan isu 1MDB telah digugurkan. Ini merupakan isyarat jelas bahawa mereka digugurkan agar kepentingan Presiden UMNO terpelihara dan perhatian rakyat dialihkan daripada isu-isu besar yang melanda negara seperti 1MDB, Felda dan sebagainya. Selain itu, ini juga memaparkan tindakan-tindakan agresif yang mungkin membawa negara ke arah pemerintahan diktator. Ini adalah bukti paling jelas bahawa UMNO kini sudah hilang arah dan tidak lagi berjuang demi agama dan bangsa. UMNO kini akan bergerak untuk memelihara kepentingan pemimpin tertentu dan menggerakkan jenteranya agar mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu 1MDB dan pengurusan kewangan negara kepada isu-isu remeh. Namun, rakyat sudah sedar bahawa UMNO sudah tidak relevan dan telah dikotori oleh ketamakan kuasa dan kekayaan. Pertanyaan rakyat berkenaan isu 1MDB, Pe

NAJIB MENGIKUTI RAPAT TAKTIK DR MAHATHIR.

Survival politik Datuk Seri Najib Razak terbukti melebihi segalanya. Kini, ia semakin jelas bahawa Najib sedang meniru satu demi satu langkah teknik survival politik yang ditinggalkan bekas mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau mengambil langkah berani membuang Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri setelah Umno menunda pemilihan parti ke 2018. Di zaman Dr Mahathir, beliau pernah menggantikan tiga timbalannya iaitu Tun Musa Hitam meletak jawatan (1986), Tun Ghafar meletak jawatan (1993) dan akhirnya TPM Dato Seri Anwar dipecat (1998). Di zaman Dr Mahathir juga, pelbagai skandal kewangan berlaku seperti skandal RM30 bilion tukaran wang asing 1992, skandal MAS, Perwaja dan sebagainya. Namun, Dr Mahathir kekal sebagai PM selama 22 tahun. Formula Dr Mahathir memang terbukti berjaya. Cuma Najib perlu ingat, perbezaan ketara zaman Dr Mahathir dan zaman sekarang ialah wujudnya internet. Maklumat hari ini bergerak dengan dahsyat, manakala di zam

DEDAHKAN STATISTIK BULANAN KEMASUKAN PEKERJA ASING

Kerajaan Persekutuan mesti mendedahkan kepada umum statistik bulanan kemasukan pekerja asing ke negara kita. Kemasukan pekerja asing adalah pada tahap yang amat membimbangkan rakyat. Contohnya pengumuman Kerajaan Persekutuan bahawa 1.5 juta pekerja warga Bangladesh akan dibawa masuk ke negara ini dikecam oleh orang ramai. Keadaan sekarang seolah-olah tidak terkawal kerana terdapat sektor-sektor pekerjaan yang dikuasai oleh pekerja asing. Telah terbukti juga bahawa tanpa mereka terdapat sektor-sektor seperti pembinaan dan perladangan akan lumpuh. Jika statistik kemasukan pekerja asing ini didedahkan secara telus kepada umum, Kerajaan Persekutuan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya membawa masuk pekerja asing. Rakyat berhak mengetahui jumlah kemasukan pekerja-pekerja asing ini kerana ia memberi impak yang besar kepada masyarakat. Rakyat juga berhak membuat bantahan. Tambahan pula terdapat laporan media bahawa wujudnya sindiket "warganegara ekspres" di mana warga-w

ADAKAH BIMBANG TIADA SOKONGAN PUNCA PENUBUHAN PARTI BARU DITANGGUHKAN?

Penangguhan penubuhan parti baru oleh kumpulan pemimpin PAS yang kalah pada Muktamar lepas dipercayai kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat kepada mereka. Pada asalnya parti tersebut dijangka ditubuhkan pada pertengahan bulan Ogos tetapi kemudian ditangguh kepada awal September. Yang terkini ia akan ditubuhkan pada pertengahan bulan September. Saya percaya kumpulan tersebut yang sekarang ini menggelar diri mereka sebagai Gerakan Harapan Baru (GHB) sedang meninjau sokongan rakyat terhadap gerakan tersebut. Saya tidak hairan jika penubuhan parti itu ditangguh sekali lagi sekirannya sokongan rakyat dilihat sebagai tidak memberangsangkan. Malah saya juga tidak terkejut jika penubuhan parti tersebut dibatalkan dan kumpulan itu hanya bergerak sebagai NGO. Jika mereka bertegas untuk menubuhkan sebuah politik baru maka ia perlu dilakukan dengan segera. Kredibliti mereka sedang dipertikaikan apabila halatuju mereka kelihatan kabur. Walau bagaimanapun jika benar mereka mahu memba

PILIHAN RAYA BUKAN DIMENANGI SELEPAS PENAMAAN CALON SAHAJA.

Mungkin ada wakil-wakil rakyat yang mendakwa bahawa mereka membelanjakan beratus ribu ringgit untuk pilihan raya maka mereka tidak terhutang budi kepada sesiapa. Saya hendak ingatkan mereka bahawa kempen untuk memenangkan seorang calon pilihan raya bukan bermula dari pembubaran Parlimen atau penamaan calon. Malah kempen atau usaha untuk memenangi pilihan raya bukan juga bermula 6 bulan atau 1 tahun sebelum hari pembuangan undi. Gerakerja pilihan raya adalah satu gerakerja berterusan. Ia adalah satu gerakerja yang terus menerus berjalan selama belasan malah puluhan tahun. Contohnya kemenangan untuk kerusi-kerusi pada pilihan raya umum 2013 adalah juga hasil gerak kerja seawal tahun-tahun 80'an dan 90'an. Setiap ahli atau penyokong yang bertungkus lumus sepanjang tempoh tersebut mempunyai saham di dalam kemenangan seorang calon. Setiap titik peluh yang dikeluarkan dan setiap sen yang dibelanjakan oleh mereka mesti diiktiraf dan bukan sahaja kerja-kerja selepas penamaa

PERUTUSAN 1SYAWAL 1436 DARIPADA YB DATO' ISKANDAR ABDUL SAMAD, NAIB PRESIDEN PAS / PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR : BAKTI UNTUK SEMUA

Di dalam kesempatan pada pagi 1 Syawal tahun ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada seluruh umat Islam. Saya juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang salah silap yang telah berlaku. Semoga hubungan yang terjalin di antara kita akan terus berkekalan. ISTIQAMAH TINGKATKAN AMAL IBADAH Alhamdulillah kita telah berjaya menunaikan ibadah puasa pada sepanjang bulan Ramadhan yang baru lalu. Bukan sahaja berpuasa tetapi mempertingkatkan amal-amal ibadah pada bulan yang penuh berkat itu. Semoga kita terus istiqamah dan meneruskan usaha untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. KUKUHKAN PERSAHABATAN Suasana riang gembira pada bulan Syawal ini merupakan satu peluang untuk mengukuhkan persahabatan sesama kita. Persahabatan bukan sahaja di kalangan umat Islam tetapi di kalangan seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Tingkatkanlah persefahaman di antara kita. Hormatilah satu sama lain. Elakkan sebarang perasaan curiga

S'gor PAS Commissioner : "I Want To Fulfill My Duties To The People"

Azreen Hani Malaysian Reserve Monday, June 1, 2015. Selangor Pas Commissioner Datuk Iskandar Abdul Samad's name may be well remembered as someone who was in the running to be the state's Mentri Besar, following the resignation of Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim last year, and recently this low profile leader is back in the limelight when he is contesting for the vice presidency post in the upcoming PAS election. Iskandar's nomination from PAS to replace Abdul Khalid last year came as a surprise many mainly due to his preference to speak out only on work related issues and avoiding unnecessary publicity while continuously focusing in improving the people's welfare. Speaking to The Malaysian Reserve in an exclusive interview recently, Iskandar seemed unruffled with the various issues surrounding his party and the Pakatan Rakyat coalition and was calm when speaking about the vice presidency post he is vying for in the coming party election. "Actually I am not e

Pandangan saya.

Lawatan ke tapak Muktamar 2015 di Kuala Selangor petang tadi.