Di dalam satu program di Pandan baru-baru ini, seorang ahli telah bertanya adakah PAS telah gagal kerana telah lebih 50 tahun berjuang tetapi belum lagi dapat menawan Malaysia.
Pada pendapat saya adalah tidak adil untuk kita membandingkan PAS dengan hanya beberapa gerakan-gerakan Islam lain di dunia dan membuat kesimpulan sama ada PAS telah berjaya atau gagal.
Akhir-akhir ini ramai yang melihat kejayaan beberapa gerakan Islam atau parti Islam sebagai kayu pengukur kepada pencapaian PAS.
Ramai yang kagum dengan kejayaan Hamas di Palestin, Ikhwan Muslimin di Mesir dan Jordan, Refah dan AK Parti di Turki dan jiran kita Parti Keadilan Sejahtera di Indonesia.
Di sana mereka telah berjaya menubuhkan kerajaan sama ada bersendirian atau campuran, atau sekurang-kurangnya telah berjaya memenangi kerusi-kerusi Parlimen yang jauh lebih banyak dari PAS di Malaysia.
Walau bagaimanapun faktor peratusan penduduk Islam membezakan di antara kita dengan mereka.
Peratusan umat Islam di Palestin adalah 98%, Mesir 94%, Jordan 95%, Turki 99%, dan Indonesia 88%. Di Malaysia pula, peratusan umat Islam adalah di antara 55 hingga 60%.
Mungkin lebih tepat jika kita melihat pencapaian gerakan-gerakan Islam di negara-negara yang mempunyai peratusan umat Islam yang hampir sama dengan kita. Di antaranya adalah, Burkina Faso 55%, Chad 54%, Sierra Leone 60 % dan Lebanon 55%.
Selain dari Hizbullah di Lebanon mungkin kita tidak pernah mendengar nama-nama gerakan Islam di negara-negara tersebut!
PENGALAMAN KELANTAN
Untuk benar-benar melihat kejayaan PAS, maka lihatlah Kelantan. Dengan jumlah umat Islam lebih 95%, PAS telah berjaya membentuk kerajaan sebanyak 8 kali sejak 1959.
Mungkin begitulah keadaannnya jika seluruh negara mempunyai peratusan umat Islam seperti itu. PAS akan menang mudah setiap kali pilihanraya dan ini akan meletakkan kita sebaris dengan Refah, AK atau Hamas. Tetapi realitinya adalah sebaliknya dan kita mestilah menerima akan hakikat ini.
Kita boleh duduk di dalam kelompok kita, tidak bercampur dengan orang lain dan menipu diri kita bahawa kita sedang berada di Kelantan, Terengganu, Mesir atau Jordan tetapi apabila tiba pilihanraya, kita terpaksalah berhadapan dengan realiti yang sebenar.
MADINAH YANG KOSMOPOLITAN
Mungkin ramai yang akan berkata, “Di Madinah umat Islam minoriti tetapi Rasulullah SAW telah diterima sebagai pemimpin”.
Benar kepimpinan, kewibawaan, akhlak dan dakwah Baginda telah dapat menawan hati dan mendapat kepercayaan penduduk Madinah.
Tetapi adakah kita mempunyai ciri-ciri tersebut? Adakah kita sedang berusaha untuk memiliki ciri-ciri tersebut?
Adakah kita menjalankan kerja-kerja dakwah terhadap masyarakat bukan Islam atau sekadar turun sekali di dalam empat atau lima tahun untuk mendapatkan undi sahaja?
Pernahkah kita berdakwah kepada jiran bukan Islam kita?
Jika pernah adakah ianya seminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali atau sepuluh tahun sekali?
Kadang-kala kita hanya syok sendiri dengan fakta sejarah bagaimana Islam dapat memerintah Madinah yang kosmopolitan sehingga itu sahajalah modal kita yang dijaja ke hulur dan ke hilir.
Kenapa masyarakat kosmopolitan itu dapat menerima Islam tidak pernah kita dalami atau sekiranya telah didalami tetapi tidak dipraktikkan.
KELAB PENYOKONG PAS
Penubuhan Kelab Penyokong PAS adalah satu usaha-usaha yang dinantikan oleh ahli-ahli PAS terutamanya yang berada di kawasan-kawasan bandar seperti Pandan.
Akhirnya kita akan berhadapan dengan masyarakat bukan Islam dengan kekuatan kita sendiri.
Apabila DAP meninggalkan Barisan Alternatif (BA) dalam tahun 2002, ramai di antara kita yang mengeluh kerana seolah-olahnya “jambatan” yang menghubungkan kita dengan masyarakat Cina telah roboh sama-sekali.
Ketika itu, masih di Ampang Jaya, kita hanya mengenali pimpinan DAP sahaja dan apabila mereka meninggalkan BA, hubungan kita dengan masyarakat Cina terputus terus. Inilah akibatnya apabila kita terlalu mengharapkan orang lain untuk membantu kita menyebarkan risalah kita.
Walau bagaimanapun saya berharap agar kelab penyokong ini bukan ditubuhkan semata-mata untuk tujuan pilihanraya.
PAKCIK BALA
Ketika saya bersekolah rendah di Petaling Jaya, terdapat seorang pekerja di situ yang bernama Bala.
Kami tidak tahu apakah tugas sebenar beliau kerana beliau melakukan hampir segala-galanya.
Beliau adalah tukang kebun, jaga, buruh, pengawal trafik malah jurulatih pasukan bolasepak.
Apabila sekolah memerlukan sebuah rostrum baru, Pakcik Bala yang telah membuatnya.
Apabila gelanggang badminton memerlukan garisan, Pakcik Bala yang akan menyimen “mosaic”.
Apabila ada saja peralatan yang perlu dibaiki, guru-guru kami akan berkata, “Go and ask Bala”.
Pendekata beliau adalah kakitangan yang paling penting di sekolah itu. Lebih penting dari guru-guru!
Kini setelah lebih 30 tahun meninggalkan sekolah rendah, kadang-kala ketika bertugas di Pejabat Kawasan dan mendapati bil-bil belum dibayar, mesin fotokopi rosak, mesin faks sangkut, Streamyx tidak berfungsi, sampah tidak dibuang dan rumput tidak dipotong, hati saya sering berkata-kata, “Alangkah baik sekiranya kita mempunyai seorang seperti Pakcik Bala di Pandan”.
MARUAH UMAT ISLAM
Pada 15 Julai 1974, pemimpin-pemimpin tentera berbangsa Greek di Cyprus telah menggulingkan Presiden Makarios dan merampas kuasa di pulau yang didiami oleh bangsa Greek dan Turki itu.
Bimbang akan nasib penduduk Turki di bawah pemerintahan tentera tersebut, Republik Turki telah menghantar tenteranya ke pulau itu pada 20 Julai 1974. Tentera Turki telah ditempatkan di kawasan-kawasan majoriti penduduk Islam walaupun dikecam oleh masyarakat antarabangsa.
Sehingga hari ini pulau Cyprus telah terbahagi dua, di utara dengan majoritinya penduduk Islam dan di selatan dengan majoritinya penduduk Kristian.
Walaupun Turki adalah sebuah negara sekular tetapi inilah kali terakhir sebuah negara umat Islam menghantar tentera ke sebuah negara bukan Islam untuk melindungi penduduk Islam.
Kita sering mendengar tentang kisah bagaimana seorang khalifah menghantar tentera kerana seorang wanita Islam telah dimalukan tetapi malangnya ianya hanya tinggal cerita sahaja. Tidak ada pemimpin Islam sekarang yang berani membela umat Islam yang ditindas oleh pemerintah-pemerintah bukan Islam.
Tidak perlu kita memandang jauh, perkembangan di wilayah-wilayah Islam yang diduduki Thailand sudah cukup memilukan kita semua.
PENDAFTARAN PENGUNDI
Terdapat penganalisis politik yang meramalkan pilihanraya umum akan belaku pada pertengahan tahun ini. Ada pula yang meramalkan selepas sambutan kemerdekaan negara yang ke 50.
Walau bila pilihanraya itu diadakan, hanya mereka yang berdaftar sebagai pengundi akan layak mengambil bahagian. Oleh itu adalah menjadi tugas kita untuk mendaftar sebagai pemilih.
Laporan bahawa hampir 5 juta rakyat Malaysia belum lagi mendaftar mengejutkan kita semua. SPR Selangor pernah juga memberitahu bahawa hampir 1 juta yang layak di Selangor tetapi gagal mendaftar.
Maka tugas anda adalah untuk memastikan seramai mungkin ahli-ahli dan penyokong-penyokong kita telah berdaftar sebagai pengundi.
Pastikan juga mereka mendaftar sebelum bulan Jun ini supaya jika pilihanraya umum berlaku tahun ini mereka akan layak mengundi.
Pastikan juga pendaftaran kita dibuat secara berperancangan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sdra. Suhaimi Ghazali di 016-307 8274.
25 RABIUL AWWAL 1428 / 13 APRIL 2007