Monday, March 21, 2016

PERMOHONAN LOT-LOT GANTIAN DARI EN. YAP KON CHIANG, PUAN LEOW KIM MOOI, EN LOK WAI HONG, EN. LOW SANG DAN EN. SING HOW FOOK DARI JALAN 15, KG. BARU AMPANG.


Pejabat Ahli Dewan Negeri Chempaka telah menerima aduan pada tahun 2014 daripada pemohon-pemohon di atas bahawa mereka telah diarah keluar dari rumah-rumah mereka oleh tuan tanah.

Menurut mereka, keluarga mereka telah menetap di tanah tersebut selama puluhan tahun tetapi tanah telah dipohon oleh orang lain dan telah diluluskan oleh kerajaan negeri.

Sebagai Ahli Dewan Negeri kawasan tersebut saya telah membawa perkara ini kepada perhatian kerajaan negeri dan akhirnya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada tahun 2015 telah bersetuju agar lot-lot tanah gantian diberikan.

Dengan kerjasama Pejabat Tanah Dan Galian Selangor dan Pejabat Tanah Dan Kuala Langat, satu lot tanah telah dikenalpasti di kawasan Dewan Negeri Teratai untuk pemohon-pemohon tersebut.

Walau bagaimanapun sebelum permohonan itu boleh diangkat untuk kelulusan MMKN, terdapat beberapa perkara seperti berikut yang perlu diselesaikan,

1.) Persetujuan di kalangan pemohon-pemohon tentang kedudukan lot-lot gantian itu.

2.) Penyelarasan bersama Ahli Dewan Negeri Teratai, YB Tew Way Keng.

Satu mesyuarat penyelarasan akan diadakan sepertimana berikut,

Tarikh - 21 Mac 2016 (Isnin)
Masa - 3.30 petang
Tempat - Pejabat Tanah Dan Daerah Hulu Langat,
Bangunan Sultan Hisamuddin Alam Shah,
Kompleks Pentadbiran Daerah,
Pesiaran Pusat Bandar,
Seksyen 9, 43650 Bangi.

Saya yakin dengan kerjasama semua pihak, segala isu-isu penghalang akan dapat diselesaikan dan permohonan dapat diangkat untuk kelulusan MMKN.

Tetapi jika tiada penyelesaian dapat dicapai maka lot tanah gantian yang lain akan dicari.

Walau bagaimanapun usaha-usaha ini merupakan satu bukti tentang keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tuan Hj Suhaimi 0197598622 atau Cik Lee di 012 2731027.

YB Dato Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
21 Mac 2016

Sunday, March 20, 2016

BN TIDAK BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA, TIDAK HORMAT KEPADA RAKYAT.


Jawapan pemimpin BN kepada tuntutan PAS agar diadakan pilihan raya umum dengan segera menunjukkan betapa BN telah tidak lagi berpijak di bumi yang nyata.

Terdapat pemimpin BN yang menempelak PAS dengan berkata bukan PAS yang patut menuntut pilihan raya diadakan tetapi rakyat.

Pemimpin tersebut nampaknya tidak nampak bahawa PAS juga mewakili  rakyat. Pemimpin PAS adalah rakyat, ahli-ahli PAS adalah rakyat dan wakil-wakil rakyat PAS sudah tentu mewakili rakyat.

Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin tersebut merupakan sikap BN hari ini yang merasakan mereka terlalu besar sehingga tidak boleh ditegur. Pandangan rakyat hanya diketepikan begitu sahaja. Tidak ada lagi rasa hormat kepada rakyat.

Rakyat Malaysia telah menyatakan kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka. Imej negara di peringkat antarabangsa teruk tercemar. Tetapi pemimpin BN telah memekakkan telinga mereka dan membutakan mata mereka seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku walhal rakyat terus menderita.

Oleh itu tuntutan agar Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan adalah paling wajar. Imej negara perlu dibersihkan dan rakyat perlu diselamatkan dengan segera.

YB Dato' Iskandar Abdul  Samad
Naib Presiden PAS
8 Mac 2016

Retreat Kelab Interaktif Komuniti (KLIK) di bawah Exco Perumahan Negeri Selangor pada 14 Feb 2016 di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat.


  






Retreat Kelab Interaktif Komuniti (KLIK) di bawah Exco Perumahan Negeri Selangor pada 14 Feb 2016 di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat.

PROGRAM "SELANGOR SMART SEWA" BANTU PENDUDUK MENABUNG UNTUK MEMBELI RUMAH.


Kerajaan Negeri Selangor sentiasa melaksanakan program-program perumahan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah sendiri.

Program yang terkini adalah program "SELANGOR SMART SEWA" untuk membantu rakyat membeli rumah.

Dalam program ini, rakyat yang menyewa rumah dari kerajaan negeri akan mendapat balik sebahagian dari sewa yang dibayar apabila kontrak sewaan mereka tamat. Wang yang dikembalikan boleh digunakan oleh penyewa-penyewa untuk membeli rumah mereka sendiri. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu mereka membayar deposit untuk mendapatkan pinjaman perumahan dari bank.

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor  ( LPHS ) sedang dalam proses membeli rumah-rumah mampu milik atau Rumah Selangorku untuk disewakan kepada rakyat. Rumah-rumah ini akan diserahkan kepada Perumahan Dan Hartanah Selangor Sendirian Berhad ( PHSSB ) untuk diuruskan. PHSSB adalah syarikat yang ditubuhkan oleh LPHS.

Kerajaan negeri memahami bahawa terdapat ramai dari mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk mendapatkan pinjaman bank dan perlu menyewa rumah sehingga pendapatan mereka bertambah.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri sentiasa melaksanakan program-program untuk membantu rakyat seperti ini memiliki tempat tinggal yang sempurna.

YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar 
Negeri Selangor
7 Mac 2016

Majlis Ramah Mesra Veteran Pandan di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana pada 5 Mac 2016.








Majlis Ramah Mesra Veteran Pandan di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana pada 5 Mac 2016.

Ekspedisi mendaki Bukit Saga pada 28 Feb 2016 anjuran Masjid Al Azim Pandan Indah.







Expedisi mendaki Bukit Saga pada 28 Feb 2016 anjuran Masjid Al Azim Pandan Indah.

SEKITAR GRAND FINAL FUTSAL PIALA ISKANDAR DI AMPANG SPORTS PLANET PADA 28 FEBRUARI 2016.



 


Saturday, March 19, 2016

DIALOG BERSAMA "OTAI" DI GOMBAK.





Pada 6 Mac 2016 satu majlis dialog YB Dato' Iskandar A. Samad (Naib Presiden PAS / Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor) bersama "otai-otai" telah diadakan di restoran Kluang Station, Taman Samudera, Gombak anjuran PAS Kawasan Gombak sempena Sempena Hijau 2.0.

KHIDMAT MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN DILANCARKAN.




KUALA LUMPUR, 19 Mac 2016 - Khidmat Malaysia perlu melahirkan pakar dalam misi menyelamat dan dalam waktu yang sama perlu bertindak pantas bila berlaku sesuatu bencana. Itulah hasrat YB Dato' Iskandar Abd Samad Naib Presiden PAS selaku Ketua Pengarahnya semasa melancarkan Khidmat Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan pada petang 18 Mac 2016 di Darul Ummah, Kampong Pandan.

YB Dato' Iskandar memaklumkan bahawa dalam usia muda iaitu 3 tahun penubuhan Khidmat Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia (MEDM), ia telah berjaya dalam hasratnya untuk menjadi sebagai sebuah badan penyelamat yang cekap disemua peringkat yang diperolehi melalui pelbagai latihan.

"Khidmat Malaysia mempunyai dua fungsi utama. Pertama ia akan  bertindak sebagai penyelaras terhadap pelbagai aktiviti kemanusiaan yang dilakukan oleh pelbagai unit dalam PAS. Kedua sebagai penaung kepada pelbagai kepakaran penyelamat semasa bencana" tambah YB Dato' Iskandar lagi.

Sementara itu Tuan Hj Mohamad Noor Mohamad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli PAS disemua peringkat atas keperihatinan dan usaha kebajikan untuk  turun  ketengah-tengah  masyarakat. Ia sesuai dengan seruan alQuran untuk berlumba-lumba membuat kebajikan (fastabiqul khairat).

PAS mesti dilihat sebagai satu badan yang prihatin dan sensitif, bersedia turun ke lapangan pada bila-bila masa. Ia bukan sahaja sebuah badan syiasah atau dakwah, tetapi aktif dalam misi kemanusiaan dan kebajikan, tambah Tuan Pesuruhjaya lagi.

Dalam kata alu-aluannya, Pengerusi bagi Wilayah Persekutuan, Tuan Hj Yaccob Omar  pula memaklumkan bahawa penjenamaan semula Khidmat Malaysia yang kini di bawah kelolaan YB Naib Presiden telah memberikan nafas baru bagi memastikan PAS berada di tengah-tengah  masyarakat memberikan khidmat kemanusiaan dan kebajikan.

Tuan Hj Che Othman Husin, mantan Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Pahang kemudiannya berkongsi pengalaman beliau. Pengisian beliau dalam program Bual Bicara menjurus kepada pelbagai tata-cara pengurusan bencana khususnya pihak agensi kerajaan.

YB Dato' Iskandar kemudiannya melancarkan Kenderaan Khidmat Malaysia yang terdiri dari beberapa buah kenderaan pacuan empat roda, van, lori dan pick-up truck.

Majlis pelancaran tersebut diserikan juga dengan pelbagai aktiviti menarik. Di samping pameran kegiatan Khidmat Malaysia, beberapa meja perkhidmatan Paramedic & Pemeriksaan Perubatan serta Dapur Rakyat juga dipertontonkan kepada umum.

PAS SERIUS UNTUK MENJADI "CHECK AND BALANCE" DI SARAWAK. 伊斯蘭黨志在"監督與平衡"砂拉越


1.) PAS serius di dalam  usaha untuk menjadi "check and balance" (semak dan imbang) di Sarawak.
伊斯蘭黨(簡稱伊黨)志在為"監督與平衡"砂拉越而努力。

2.) PAS telah mengerahkan seluruh jenteranya untuk memastikan PAS dapat memenangi beberapa kerusi ADUN pada pilihan raya negeri yang dijangka berlaku pada bulan Mac atau April ini.
伊黨已指示其全體選舉機制確保該黨能在三、四月份的砂州選舉中贏取數席。

3.) PAS akan bertanding pada 11 kerusi DUN dan sudah tentu bukan tujuan PAS untuk membentuk kerajaan.
伊黨將競選11個州議席,但目的不是要組成政府。

4.) Walau bagaimanapun PAS tidak akan bersekongkol dengan Barisan Nasional.
無論如何,伊黨將不會與巫統合作。

5.) PAS akan membawa suara rakyat menentang apa sahaja penyelewengan di samping mempertahankan hal-hak rakyat Sarawak.
伊黨將𣏌人民的心聲帶入州議會以對抗偏差,並捍衛砂州子民的權益。

6.) PAS akan bersama-sama memperjuangkan kepentingan-kepentingan anak negeri agar Sarawak dapat mencapai kemajuan setaraf dengan negeri-negeri termaju di Malaysia.
伊黨將致力於落实砂州子民的利益,使之與国內最前進州屬同等水平。

7.) PAS juga bukan hanya sebuah parti untuk orang-orang Islam tetapi memperjuangkan nasib semua kaum di Malaysia.
伊黨也不只是一個服務伊斯蘭教徒的政黨,也為國內所有族群而努力。

8.) Di negeri-negeri seperti Selangor, wakil-wakil rakyat PAS telah berperanan dengan cemerlang di kalangan masyarakat bukan Islam.
在其他州屬如雪州,伊黨代議士已在非伊斯蘭社會扮演角色,並作出優良政績。

9.) Wakil-wakil rakyat PAS cukup prihatin kepada isu-isu masyarakat bukan Islam seperti bahasa ibunda, pendidikan, perumahan, tanah, kebajikan dan tempat ibadat.
伊黨代議士關注非伊斯蘭社會的議題如母語、教育、房屋、土地、福利與宗教場所。

10.) Oleh yang demikian tuduhan bahawa PAS hanya memperjuangkan nasib masyarakat Islam adalah tidak benar.
有鍳於此,那些責難伊黨只照顧伊斯蘭社會的說词是不正確的。

11.) Walaupun sebelum memenangi pilihan raya, PAS Sarawak telah menjalankan usaha-usaha untuk membantu rakyat di bawah program-program seperti projek-projek kemudahan awam dan ekonomi untuk rakyat.
盡管還未贏得選舉,砂州伊黨已經努力在一些項目中提供公共設備和經濟上的協助予砂民。

12.) Di atas kesungguhan ini, rakyat Sarawak wajar memberi peluang kepada PAS untuk mewakili mereka pada pilihan raya negeri kali ini.
經上述工作基礎,盼砂民在即將來臨的州選中,讓伊黨擁有代表他們的機會。

YB Dato' Iskandar A Samadd
Naib Presiden PAS
14 Mac 2016
拿督依斯甘達阿都沙末
伊斯蘭黨全國副主席
2016年3月14日

TIDAK PERLU CEMAS DENGAN BLOK KETIGA.


Rakyat tidak perlu terkejut atau cemas dengan penubuhan blok politik ketiga yang diusahakan oleh PAS.

Penubuhan pelbagai blok politik adalah satu perkara biasa di negara-negara maju.

Kerjasama sama di antara blok-blok terebut untuk menumbangkan kerajaan yang memerintah adalah juga satu perkara biasa.

Di Selangor saya yakin penubuhan blok ketiga tidak akan menjejaskan hubungan PAS dengan PKR.

PAS masih mempunyai hubungan politik dan juga di dalam kerajaan bersama PKR.

Kami mempunyai matlamat yang sama untuk menumbangkan kerajaan UMNO-Barisan Nasional dan mempertahankan kerajaan negeri.

Saya yakin semua akan besikap matang dan terbuka dengan penubuhan blok ketiga oleh PAS seperti di negara-negara maju.

Blok ketiga yang diusahakan oleh PAS pula tidak hanya terhad kepada parti-parti politik tetapi kepada NGO-NGO dan tokoh-tokoh negara serta masyarakat.

YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Naib Presiden PAS
18 Mac 2016