Thursday, August 6, 2015

ARAHAN MENUNAIKAN SOLAT HAJAT.

Sempena hari Jumaat yang mulia dan penuh barakah ini, saya mengarahkan ahli-ahli PAS Negeri Selangor menunaikan solat hajat sama ada berjemaah atau bersendirian mendoakan keselamatan rakyat dan negara kita.

Sejak-sejak akhir ini telah berlaku perkembangan-perkembangan yang amat membimbangkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Perkembangan ini sudah tentu akan memberi kesan bukan sahaja kepada generasi hari ini tetapi generasi akan datang.

Marilah kita berdoa agar rakyat dan negara ini sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT.

Agar kita sentiasa diberikan petunjuk dan panduan supaya sentiasa berada pada jalan yang diredhai olehNya.

Berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang berusaha untuk menentang penyelewengan, salahguna kuasa dan kezaliman.

Semoga doa-doa kita pada penghulu segala hari ini dimakbulkan oleh SWT.

YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Naib Presiden PAS /
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
22 Syawal 1436 / 7 Ogos 2015

Penyerahan 90 borang ahli PAS pada Majlis Hari Eidulfitri PAS Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 2 Ogos 2015.


Majlis Hari Raya Eidulfitri PAS Negeri Sabah pada 1 Ogos 2015 di Kota Kinabalu.





Menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Pasir Putih, Tanjung Aru, Putatan, Sabah pada 1 Ogos 2015.








Pertemuan Pesuruhjaya PAS Selangor Dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan-Kawasan Pada 3 Ogos 2015 Meriah.






SAH GHB TIDAK BERANI TUBUH PARTI POLITIK BARU - ISKANDAR

SHAH ALAM, 5 OGOS 2015 : Kenyataan Ahli Jawatankuasa Gerakan Harapan Baru (GHB) Datuk Kamarudin Jaafar bahawa 'tiada keperluan untuk ahli PAS dalam GHB keluar parti' membuktikan pergerakan itu tidak berani menubuh parti politik baru.

Perkara itu ditegaskan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.

"Kenyataan Datuk Kamaruddin Jaafar mengiyakan kenyataan saya sebelum ini bahawa kumpulan progresif PAS (yang menubuhkan GHB) tidak berani menubuhkan parti baru itu", katanya kepada Antarapos.

Iskandar sebelum ini berkata GHB sehingga kini tidak menubuhkan parti politik baru kerana tiada hala tuju dan kurang yakin berikutan masih mencari sokongan rakyat terhadap mereka.

GHB bukan sahaja berkali-kali menangguh penubuhan parti politik baru malah sehingga kini bekas pemimpin PAS yang menyertai gerakan itu enggan meletakkan jawatan dan keluar parti.

"Mereka telah mengangguhkan pelancaran (parti) beberapa kali. Mereka mendakwa akan menubuhkan parti baru tetapi tidak mahu keluar dari PAS.

"Saya menggesa kepada mereka (kumpulan progresif) yang bersama dengan GHB diatas alasan untuk menyertai parti baru agar meninggalkan GHB. Saya berharap mereka kembali bersama PAS yang begitu jelas halatujunya", ujar Iskandar.

Sabtu lalu, Iskandar yang Pesuruhjaya PAS Selangor berkata PAS sedia untuk menerima kembali kumpulan progresif berkenaan sekiranya hilang kepercayaan terhadap gerakan berkenaan.

Sebelum ini Iskandar turut memberi amaran kepada kepimpinan GHB agar tidak mendekati mana-mana pemimpin atau ahli PAS untuk menyertai gerakan itu dan seharusnya mencari ahli lain untuk mengukuhkan kedudukan pembangkang di negara ini.