Wednesday, July 31, 2013

EXCO SELANGOR DIUGUT SAMSENG BERPARANG - Harakahdaily


AMPANG, 1 OGOS 2013 : Exco Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad mendakwa telah diugut sekumpulan samseng berparang yang dipercayai ada kaitan dengan isu penguatkuasaan terhadap gerai haram di Kg Pandan.

Menurutnya, ianya bermula apabila pihak berkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) cuba menghantar notis kepada sebuah gerai haram di sini pada 22 Julai lepas.

Kemudian, setibanya di gerai itu, penguatkuasa tersebut telah diserang oleh tujuh orang lelaki bersenjatakan parang.

Bagaimanapun menurut Iskandar, penguatkuasa itu sempat lari namun cermin kenderaan mereka telah dipecahkan dan tayar kereta mereka telah dipotong oleh samseng terbait.

Selepas kejadian itu katanya, Ahli Majlis zon tersebut, Mohd Fauzi Khamis pula telah diugut samseng terbait.

"Malam tadi Fauzi telah memberitahu bahawa beliau diminta untuk menyampaikan mesej dari pihak yang menyerang penguatkuasa itu supaya saya berhati-hati.

"Kemungkinan besar ugutan-ugutan ini dibuat supaya kami tidak membangkitkan isu gerai-gerai haram di Kg Pandan," katanya kepada Harakahdaily.

Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri berkata, kawasan Kg Pandan dibanjiri dengan gerai-gerai dan premis-premis perniagaan haram warga asing. 

Malah katanya, ada di antara mereka yang menyewa dari orang tempatan.

Menurut Iskandar lagi, terdapat juga kafe siber tanpa lesen yang beroperasi 24 jam di sana.

"Apabila MPAJ hendak bertindak mereka diserang dengan parang. Maklumat operasi mereka dipercayai telah dibocorkan oleh orang dalam.

"Di mana kumpulan lelaki berparang itu mendapat maklumat tarikh dan masa kedatangan MPAJ?" soalnya.

Sehubungan itu beliau meminta polis Ampang agar segera bertindak memandangkan serangan tersebut sudah tujuh hari berlalu.

"Telah lebih 7 hari sejak kejadian serangan tetapi rakyat masih tidak dapat melihat sebarang tindakan yang meyakinkan.

"Jika polis dan MPAJ gagal bertindak maka Kg Pandan akan menjadi kawasan tanpa undang-undang," katanya.

Thursday, July 25, 2013

KENYATAAN AKHBAR : TIDAK BENAR MPAJ TIDAK AKAN ANGKAT SAMPAH DI KG PANDAN.

Saya ingin mengesahkan di sini bahawa khabar angin bahawa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menggantung perkhidmatan mengangkat sampah di Kg Pandan di atas sebab-sebab keselamatan adalah tidak benar. Saya telah hari ini mendapat pengesahan daripada Yang Dipertua MPAJ, Dato' Mohammad Yaacob.

Khabar angin ini mungkin timbul berikutan kejadian pasukan penguatkuasa MPAJ yang cuba menghantar notis kepada sebuah gerai haram di situ telah diserang oleh sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang.

Walau bagaimanapun, saya membantah walaupun memahami jika MPAJ berhasrat untuk menggantung perkhidmatan tersebut sekiranya berlaku lagi serangan seperti itu.

Selain dari serangan tersebut, saya juga telah menerima laporan bahawa sebuah lori MPAJ telah turut dipecahkan cermin dan 4 tayarnya dipotong.

Jika keadaan seperti ini berterusan maka kerja-kerja lain melibatkan MPAJ seperti kerja-kerja MARRIS (turap dan baikpulih jalan), projek membaikpulih longkang dan pembinaan dewan orang ramai di Jln H juga berhadapan dengan kemungkinan digantung demi keselamatan kakitangan dan kontraktor MPAJ.

Malah sekiranya keadaan menjadi bertambah tidak terkawal kerana saya difahamkan bahawa Ahli Majlis zon tersebut turut diugut, program Pejabat Ahli Dewan Negeri Chempaka di Kg Pandan seperti Jom Shopping, penyampaian bantuan Hari Raya, sambutan-sambutan dan pembayaran sumbangan Skim Mesra Usia Emas terpaksa ditangguh.


Saya amat berharap perkara tersebut tidak akan berlaku dan keadaan di Kg Pandan akan dapat kembali pulih seperti sediakala.

Adalah tidak adil seluruh penduduk kampung menerima hukuman akibat tindakan segelintir.


Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor / Ahli Dewan Negeri Chempaka

Wednesday, July 24, 2013

LIF-LIF DI DESA MENTARI AKAN DIBAIKPULIH DI BAWAH PROGRAM CERIA.


Iskandar Samad
SHAH ALAM, 24 JULAI : Penghuni empat blok Pangsapuri Desa Mentari boleh menarik nafas lega apabila Kerajaan Negeri mengumumkan bantuan RM100,000 bagi membaiki lif yang rosak.
Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad, kerja-kerja menyelenggara dan membaikpulih kesemua lif itu akan menggunakan peruntukan Skim Bantuan Baik Pulih Harta Bersama Pangsapuri (Ceria).
Katanya, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk membantu penduduk di situ ekoran maklumbalas daripada pihak pemaju yang mengatakan pungutan penyelenggaraan pangsapuri berkenaan adalah tidak mencukupi.
“Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap nasib penduduk yang terpaksa menggunakan tangga sebanyak 18 tingkat dalam bulan Ramadan ini.
“Kita mengambil keputusan untuk mempercepatkan proses menggunakan Skim Ceria tanpa mengikut prosedur biasa kerana ia perlu dibaikpulih dengan kadar segera,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco, di sini.
Dalam sidang media sama, Iskandar turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memantau, membaikpulih serta menyelesaikan masalah kersoakan lif di kawasan pangsapuri kos rendah seluruh Selangor.
Jelasnya, pasukan ini akan bertindak untuk memantau keadaan lif di pangsapuri supaya sebarang masalah atau kerosakan dapat dikesan lebih awal.
“Kerajaan Negeri memandang serius tentang kerosakan lif di seluruh Selangor, justeru penubuhan pasukan khas ini dapat mengesan sebarang kerosakan sebelum ia berlaku lebih serius,” katanya lagi.

Monday, July 1, 2013

SOALAN NO. 4 DI DEWAN NEGERI SELANGOR HARI INI.


PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B TUAN BUDIMAN BIN MOHD ZOHDI ( SUNGAI PANJANG ) YANG DIJAWAB OLEH YB ISKANDAR ABDUL SAMAD ( EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANDAR DAN PENEROKA BANDAR )

TAJUK : MANIFESTO KEDIAMAN SENDIRI

Manifesto Pkatan di PRU-12 meliputi antaranya membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri.

Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar

a)           Nyatakan bilangan rakyat yang telah dibantu untuk memiliki rumah sendiri dari tahun 2008 hingga 2013?

b)           Nyatakan skim-skim perumahan untuk membantu mereka?

JAWAPAN :

a)         Untuk makluman Yang Berhormat secara keseluruhannya, seramai 15,105 orang pemohon telah ditawarkan untuk memiliki rumah kos rendah dari tempoh tahun 2008 hingga 2013.

Manakala seramai 1,568 orang pemohon telah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri untuk memiliki Rumah Mampu Milik semenjak ia mula diperkenalkan dari tahun 2011 sehingga 30 Mei 2013.

Pecahan tawaran mengikut jenis rumah adalah seperti jadual di bawah:

i)             Pemohon yang berjaya ditawarkan RKR dari tahun 2008 sehingga 30 Mei 2013.

Bil.
Daerah
2008
2009
2010
2011
2012
2013
Jumlah
1.
Klang
203
164
680
1,585
1,576
387
4,595
2.
Petaling
712
414
829
2,201
1,373
818
6,347
3.
Gombak
45
97
171
457
457
0
1,227
4.
H. Langat
326
247
211
332
527
36
1,679
5.
Sepang
25
27
5
7
2
0
66
6.
K. Langat
24
8
5
0
1
0
38
7.
K. Selangor
61
37
210
636
209
0
1,153
8.
H. Selangor
0
0
0
0
0
0
0
9.
S. Bernam
0
0
0
0
0
0
0
JUMLAH
1,396
994
2,111
5,218
4,145
1,241
15,105

Beberapa penambahbaikan telah dilakukan kepada proses penawaran RKR pada sessi lepas iaitu,

a.)  Pemilihan nama-nama pemohon yang berjaya ditawarkan dilakukan oleh satu jawatankuasa berpusat kendalian Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk memastikan pengagihan yang adil dan bebas dari campurtangan politik.
b.)  Mempamerkan nama-nama pemohon yang berjaya bagi projek-projek baru pada laman web LPHS selama 2 minggu untuk memberi peluang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati untuk melakukan bantahan.

ii)            Pemohon yang berjaya ditawarkan Rumah Mampu Milik dari tahun 2011 sehingga 30 Mei 2013.

Bil.
Daerah
2011
2012
2013
Jumlah
1.
Hulu Langat
134
12
0
146
2.
Gombak
0
1,422
0
1,422
JUMLAH
134
1,434
0
1,568


b)           Di antara skim-skim untuk membantu rakyat memilik rumah sendiri yang telah laksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut,

i)             Rumah Kos Rendah
-      Meneruskan polisi mewajibkan para pemaju membina RKR dengan harga jualan di bawah RM42,000 seunit untuk projek-projek melebihi lebih dari 10 ekar..
-      RKR adalah untuk golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan.

ii)           Rumah Mampu Milik Selangor
-      Melancarkan program RMM Selangor dengan harga jualan buat masa ini di antara RM85,000.00 sehingga RM120,000 seunit untuk mereka yang berpendapatan isi rumah kurang dari RM6,000 sebulan.

iii)         Bantuan Mendapatkan Pinjaman Perumahan.

-      Kerajaan Negeri pada peringkat akhir rundingan dengan sebuah bank untuk mendapatkan pinjaman perumahan bagi pembeli-pembeli RKR di Rimba Jaya ( Shah Alam ) dan Sg Sering ( Hulu Kelang ) dan peneroka bandar di Pandan Jaya ( Ampang ).

SOALAN TAMBAHAN-TAMBAHAN

1.)  Yang Berhormat Sg Panjang

-      Memang tidak ada penawaran RKR dan RMM di daerah Sabak Bernam.
-      Untuk penggal yang akan datang usaha-usaha untuk menyediakan kediaman di daerah Sabak Bernam akan dilakukan bersama potfolio yang baru dibentuk iaitu Pembangunan Desa di bawah Yang Berhormat Sabak.
-      Walau bagaimanapun pada penggal lepas satu projek RMM oleh Pebadanan Negeri Selangor Berhad telah dilancarkan di Ladang Air Manis, Sabak Bernam.

2.)  Yang Berhormat Taman Medan

-      Bantuan kepada pembeli-pembeli untuk mendapatkan pinjaman itu adalah berbeza dari skim pinjaman Kerajaan Negeri  yang dijanjikan di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk Pilihanraya Umum ke 13.
-      Walau bagaimanapun ia boleh menjadi perintis kepada program tersebut.