Tuesday, November 27, 2012

27 Nov 2012 - Majlis perasmian MC Blok L34 dan L35, Pandan Jaya.

POTONGAN 25 PERATUS CUKAI PINTU WALAUPUN TIDAK ADA JMB DAN MC.

 

Pemilik pangsapuri kos rendah boleh mendapat potongan 25 peratus cukai pintu daripada Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) walaupun tidak wujud JMB dan MC di pangsapuri mereka.

 

Ini ialah kerana potongan diberikan "on the spot" kepada pemilik ketika membuat bayaran cukai pintu di PBT bersama borang khas.

 

Potongan tidak hanya diberikan jika keseluruhan pemilik di sesuatu pangsapuri membuat permohonan.

 

Walaupun seorang pemilik membuat permohonan, beliau akan mendapat potongan 25 peratus.

 

Setiap permohonan mestilah disertakan bersama borang khas yang telah disahkan oleh sama ada :


1.     Pengerusi JMC atau MC;

2.     Pesuruhjaya Bangunan ( COB ) PBT atau;

3.     Ahli Majlis PBT

 

Potongan juga hanya untuk pangsapuri-pangsapuri yang didiami oleh pemilik atau waris pemilik.

 

Buat masa ini Kerajaan Negeri belum ada bilangan pemilik yang telah diberikan potongan kerana polisi ini baru sahaja dikuatkuasakan pada bulan September lepas.

 

Data-data ini akan diperolehi daripada PBT-PBT pada akhir tahun ini.

 

Dari data-data ini, satu kajian juga akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menentukan sama ada dengan potongan cukai pintu maka lebih ramai pemilik telah membayar yuran penyenggaraan (maintenance fees) pangsapuri mereka.

 

 

Iskandar bin Abdul Samad

EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan

Negeri Selangor

27 November 2012

 

Monday, November 26, 2012

25 Nov 2012 - Bersama penduduk flat Tmn Nirwana, Ampang.

26 Nov 2012 -Presiden PAS, Tuan Guru DS Abd Hadi Awang di Kg Pandan.

26 Nov 2012 -Presiden PAS, Tuan Guru DS Abd Hadi Awang di Kg Pandan.

26 Nov 2012 -Presiden PAS, Tuan Guru DS Abd Hadi Awang di Kg Pandan.

26 Nov 2012 -Presiden PAS, Tuan Guru DS Abd Hadi Awang di Kg Pandan.

26 Nov 2012 -Presiden PAS, Tuan Guru DS Abd Hadi Awang di Kg Pandan.

26 Nov 2012 -Presiden PAS, Tuan Guru DS Abd Hadi Awang di Kg Pandan.

26 Nov 2012 -Presiden PAS, Tuan Guru DS Abd Hadi Awang di Kg Pandan.

26 Nov 2012 -Presiden PAS, Tuan Guru DS Abd Hadi Awang di Kg Pandan.

26 Nov 2012 - Ceramah YB Dato' Mahfuz Omar dan YB Tian Chua di Tmn Lembah Maju.

26 Nov 2012 - Ceramah YB Dato' Mahfuz Omar dan YB Tian Chua di Tmn Lembah Maju.

26 Nov 2012 - Ceramah YB Dato' Mahfuz Omar dan YB Tian Chua di Tmn Lembah Maju.

26 Nov 2012 - YB Dato' Mahfuz Omar sedang berceramah di Tmn Lembah Maju.

26 Nov 2012 - YB Dato' Mahfuz sedang berceramah di Tmn Lembah Maju, Ampang.

26 Nov 2012 - Tian Chua sdg berceramah di Tmn Lembah Maju.

SELANGOR NAFI SEROJA HENDAK SABOTAJ RUKUN TETANGGA

26 NOV 2012, SHAH ALAM : Kerajaan negeri Selangor pada Isnin menafikan penubuhan Skim Rondaan Kejiranan (Seroja) untuk mensabotaj Rukun Tetangga yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan kerajaan negeri, Iskandar A. Samad berkata, Seroja bukan untuk bersaing dengan Rukun Tetangga.

"Timbul tuduhan bahawa kerajaan negeri cuba sabotaj Rukun Tetangga dan juga Skim Rondaan Sukarela (SRS). Kita bukan nak sabotaj tetapi sebagai sokongan kepada Rukun Tetangga.

"Ini kerana di pangsapuri tidak ada Rukun Tetangga, tidak ada SRS," katanya kepada para pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Isnin.

Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka berkata, beliau berharap agar Kerajaan Persekutuan tidak memandang serong terhadap usaha kerajaan negeri dalam menubuhkan Seroja yang didakwa mahu mensabotaj Rukun Tetangga.

"Perumahan ini adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Dan kita juga berharap agar Kerajaan Persekutuan terlibat sama," katanya.

Rukun Tetangga yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan pada tahun 1975 merupakan program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia termasuk menjamin keselamatan penduduk di kawasan kejiranan.

Menurut Iskandar, Seroja ditubuhkan khusus untuk penduduk pangsapuri di Selangor yang mahu membuat rondaan keselamatan di kawasan perumahan mereka.

"Rondaan adalah terhad kepada kawasan-kawasan di bawah bidang kuasa Pengurusan Bersama (JMB) dan Jawatankuasa Pengurusan (MC)," katanya.

Beliau menambah, Seroja merupakan sebahagian daripada Kempen Pangsapuri Kita Bersih, Ceria dan Harmoni yang dilancarkan pada tahun 2009.

"Oleh itu, skim ini mempunyai matlamat yang lebih luas seperti mewujudkan rasa tanggungjawab di kalangan penduduk, menghidupkan semangat gotong-royong dan membanteras vandalisme," katanya.

Terdahulu, Iskandar merasmikan kawasan perintis bagi Seroja di Pangsapuri Taman Puchong Permai di Puchong pada 10 November lalu.