Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa terus cemerlang.

Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa telah terus memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat di kawasan Parlimen itu. Begitulah kata Iskandar A. Samad, Ahli Dewan Negeri Chempaka ketika merasmikan Hari Kesihatan 2012 anjuran pusat khidmat tersebut dengan kerjasama Yayasan Prihatin Titiwangsa dan Pusat Khidmat ADN Chempaka di Kg Perwira Jaya dan Kg Desa Pahlawan. Kampung-kampung tersebut adalah unik kerana ia sebenarnya merupakan satu kampung di mana Kg Perwira Jaya terletak di dalam kawasan Dewan Negeri Chempaka, Selangor sementara Kg Desa Pahlawan di dalam kawasan Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur. Kedua-dua kampung itu berkongsi masjid yang sama. Sempena hari kesihatan itu, Iskandar telah menziarahi beberapa orang warga emas di rumah mereka. Menurut Iskandar, pusat khidmat tersebut telah berjaya mengisi kekosongan setelah pemergian Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Dato' Haji Ghazali tahun lepas. Katanya program-program telah dijalankan oleh pusat khidmat itu untuk memberikan perk

Iskandar : Komited Bina Rumah Mampu Milik

SHAH ALAM 27 MAC 2012 : Kerajaan Negeri komited melaksanakan projek perumahan Rumah Mampu Milik(RMM) kerana prihatin dengan keperluan dan kehendak golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri di negeri ini. Dalam ucapan penggulungan ketika sidang Dewan Negeri Selangor(DNS) Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya prihatin dengan kemampuan rakyat untuk membayar ansuran rumah, maka keputusan dibuat  untuk memastikan harga RMM adalah tidak melebihi RM100,000. "Jika lebih RM100,000, mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 tidak akan dapat membeli kerana perlu membayar ansuran bagi tempoh 20 tahun. "Tetapi jika RMM berharga sekitar RM89,000 maka bayaran ansuran bulanan hanya sekitar RM602 sebulan dan gaji minima untuk mendapat pinjaman pula adalah RM1,806," jelas Iskandar. Sementara itu, beliau turut memberitahu penyediaan rumah berkenaan adalah berdasarkan 'cross-subsidised' atau 'saling-

PENDUDUK KG. KOK DOH, SELAYANG TERIMA SAGUHATI.

PETALING JAYA, 18 JUN 2011 : Seramai 84 keluarga setinggan Kampung Kok Doh di Bandar Baru Selayang hari ini menerima saguhati pemindahan dan bantuan perumahan daripada kerajaan negeri Selangor bagi menjayakan projek perumahan Bukit Botak yang akan menempatkan 1,200 peneroka bandar yang telah menunggu lebih 20 tahun untuk memiliki rumah. Penduduk Kampung Kok Doh, yang tinggal di atas tanah milik anak syarikat kerajaan negeri yang terletak di sebelah Kampung Bukit Botak telah menerima saguhati berjumlah keseluruhan RM483,800 daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu majlis penyampaian cek di Dewan Kompleks Pegawai Daerah Gombak di Selayang tengahari tadi. Menurut satu kenyataan dari pejabat MB, saguhati pemindahan tersebut bukan sahaja melibatkan bantuan pemindahan sebanyak RM500 seorang tetapi juga tawaran dan bantuan pembelian rumah Semi-D Bukit Botak atau rumah kos rendah – mengikut kelayakan masing- masing. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Exco

10 PERATUS RUMAH MAMPU MILIK (RMM) NEGERI SELANGOR UNTUK IBU BAPA PESERTA TAWAS (TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR)

10 peratus RMM akan diperuntukkan untuk ibu bapa peserta-peserta TAWAS.   Penjualan RMM adalah dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.   Pemaju-pemaju yang membina RMM tidak boleh menjual RMM kepada sesiapa sahaja tetapi nama-nama pembeli mestilah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.   Peraturan yang sama digunapakai bagi penjualan Rumah Kos Rendah (RKR).   Tujuan peraturan ini adalah untuk memastikan hanya mereka yang layak dapat membeli RMM ini.   Sasaran utama program RMM adalah mereka yang berpendapatan di antara RM2,500 hingga RM5,000 dan tidak memiliki rumah sendiri.   Dengan peruntukan khas 10 peratus kepada ibu bapa peserta Tawas maka ini bermakna golongan muda terutamanya ibu bapa muda akan mendapat peluang yang lebih untuk memiliki rumah mampu milik.   Ini bermakna jika pada satu projek itu terdapat 500 unit RKR maka 50 diperuntukkan untuk ibu bapa peserta TAWAS.   Peruntukan ini adalah satu usaha Kerajaan Negeri untuk memberi nilai tamba

Kerajaan Negeri Selangor belanjakan lebih RM3.1 juta untuk membaiki lif dan pam air di PPR Kota Damansara dan Lembah Subang.

Susulan lawatan YAB Dato' Menteri Besar Selangor ke PPR Kota Damansara dan PPR Putra Damai, Lembah Subang pada 23 Oktober 2011, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberi bantuan kewangan bagi membiayai, 1.) Kerja-kerja pembaikan lif 2.) Penggantian pam air yang telah rosak sejak sekian lama. Untuk pembaikan lif, kontrak-kontrak berikut telah diberikan, 1.) PPR Kota Damansara - RM973,393.00 untuk 12 lif - Tarikh mula kerja 9 Disember 2011 dan tarikh siap 8 Mac 2012. 2.) PPR Putra Damai, Lembah Subang - RM1,936,257.00 untuk 17 lif - Tarikh mula kerja 9 Disember 2011 dan tarikh siap 7 Januari 2012 dan 8 April 2012. JUMLAH UNTUK PEMBAIKAN LIF - RM2,909,650.00 Sementara untuk pembaikan pam air pula, kontrak-kontrak berikut telah diberikan, 1.) PPR Kota Damansara - RM197,600.00 untuk 8 pam (semua pam baru) - Tarikh mula 8 Februari 2012 dan tarikh siap 8 Mac 2012. 2.) PPR Putra Damai, Lembah Subang - RM87,500.00 untuk 16 pam (termasuk 1 pam baru) - Tarikh mula 8 Februari 2012 dan tari

Kampung Sri Temenggong villagers given affordable housing deal

GOMBAK, 5 OCT 2011 - After countless attempts to resist eviction, the remaining 29 families of former Kampung Sri Temenggong, Selayang was offered affordable housing priced at RM42,000 by the Selangor government, yesterday. State exco for housing, building development and squatters Iskandar Samad briefed the residents in a dialogue last night, in which he said each unit of the flats will have 850sq ft of built up space. He said the space is two times the size of the unit previously offered by the BN government in 2005, with a slightly higher price. "Last time (the BN government) sold it at RM42000, but for the villagers could get it at RM35,000," "Now the selling price for these are around RM90,000, and you can get it at RM42,000," he told 30-odd villagers who attended the dialogue. He added that market value of these flats are up to RM150,000, which is definitely a big gain for the villagers. In spite living in the area for half a century, some 166 families of Kamp

PEMBELI RUMAH SAUJANA PUTRA FASA 5B SELESAI

PUCHONG, 8 NOV 2010 :  110 pembeli rumah teres satu tingkat projek terbengkalai Saujana Putra Fasa 5B boleh menarik nafas lega apabila kediaman mereka telah mendapat Sijil Layak Menduduki Bangunan atau CF dari Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL). Satu majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad, pada 2 November lepas. Majlis telah turut dihadiri oleh Pembantu Exco, Saari Sungib. Projek tersebut telah dimulakan dalam tahun 2003 dan dijangka siap dalam tahun 2005 tetapi pemaju telah gagal menyiapkannya menurut perjanjian jual beli. Satu jawatankuasa khas telah memantau dan mengadakan beberapa siri rundingan dengan pemaju, pembeli, MDKL dan agensi-agensi yang berkaitan di dalam usaha untuk memastikan projek terbengkalai itu dapat disiapkan.  Akhirnya usaha ini telah berhasil apabila masalah-masalah seperti bekalan air dapat diselesaikan dan MDKL telah bersetuju untuk mengeluarkan CF untuk rumah-rumah tersebut. Projek

72 ORANG PENDUDUK KG. KEMENSAH TERIMA KUNCI

HULU KELANG, 13 MAC 2011 - Seramai 72 orang penduduk di Kg Kemensah telah menerima kunci rumah "town house" masing-masing pagi semalam. Majlis penyerahan kunci rumah ini telah mendapat kerjasama daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor. Penyerahan kunci rumah ini telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Menyuarat Kerajaan Negeri Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar B. Abdul Samad. Iskardar berkata, PNSB, sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor telah diberikan tanggungjawab untuk menempatkan semula penduduk -penduduk asal Kg Kemensah Hilir menerusi Program Penempatan Semula Setinggan Negeri Selangor. "Projek ini yang dibangunkan oleh pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd merangkumi 72 buah unit 'town house" yang merangkumi Block A, B, C, D dengan keluasan 850 kaki persegi dan dijual dengan harga RM50,000.00 seunit. Pembangunan projek Kemensah Hilir yan

SOALAN NO. 48 - RUMAH MAMPU MILIK DAN ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI.

KENYATAAN AKHBAR JAWAPAN Y.B. TUAN ISKANDAR ABDUL SAMAD, EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN NEGERI SELANGOR KEPADA PERTANYAAN NO. 48 OLEH TUAN HAJI SULAIMAN (PERMATANG).     a)             Kerajaan Negeri amat prihatin dan memandang serius terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya dalam penyediaan kediaman yang mampu dimiliki oleh golongan tersebut. Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru hanya dilancarkan oleh Kerajaan Negeri pada 8 Jun 2011 di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi sebanyak 124 unit.   Tetapi untuk menjawab pertanyaan ini, kategori-kategori Rumah Kos Rendah (RM 35,000.00 hingga RM 42,000.00), Rumah Kos Sederhana Rendah (bawah RM 72,000.00) dan Rumah Kos Sederhana (bawah RM 100,000.00) akan dilaporkan kerana hanya ada satu projek Rumah Mampu Milik yang sedang dibina oleh anak syarikat kerajaan negeri. Secara keseluruhannya, sebanyak 23,637 unit rumah mampu milik yang telah dibina oleh PNSB dan PKNS bagi tempoh April 2008 sehingga kini. Berik